Isnin, 27 Jun 2016

TERBARU : RAHSIA DISEBALIK KASYAF AHLI SUFI


Gambar sekadar hiasan


Oleh : Hamba Allah

Bagi pengamal Tarekat, lebih-lebih lagi yang sudah pernah suluk (iktikaf), rasanya tidak asing mendengar perkataan Kasyaf atau pengucapan mudahnya menjadi “Kasyaf”. Kalau ada teman seperguruan yang boleh meneka isi hati orang lain atau mengetahui hal-hal yang belum terjadi kemudian kita menamakannya dengan kasyaf. Kita semua sepakat bahawa seorang yang kasyaf adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengetahui hal-hal ghaib samada tentang dirinya mahupun diluar dirinya, yang telah terjadi atau yang akan terjadi. Akan tetapi pada umumnya kita tidak terlalu fokus tentang makna kasyaf yang sebenarnya.

Guru Besar IAIN Raden Patah Palembang dalam bukunya “Tasawuf dan Tarekat Naqshabandi” mengatakan bahawa Ilmu Kasyaf adalah ilmu yang diperolehi dengan terbukanya hijab (dinding atau tabir), sehingga hati nurani manusia mengetahui rahsia Ilahi, alam ghaib sebagai rahmat daripada Allah SWT, setelah dekatnya yang bersangkutan dengan Allah.

Menurut bahasa, kasyaf bererti terbuka atau tidak tertutup. Ilmu Kasyaf itu berpusat di hati sanubari manusia yang berada di dalam dada.


Muhammad Solikhin dalam buku “Ajaran Makrifat Syeikh Siti Jenar” mengatakan bahawa kasyaf adalah penyingkapan atau ilham, atau pengetahuan langsung daripada Allah setelah seorang sufi berhasil melampaui tahap dzauq. Kasyaf merupakan salah satu jenis pengetahuan langsung, yang dengan itu pengetahuan tentang Hakikat diungkapkan pada hati seorang sufi dan kekasih yang mencintai Allah.




Dalam dunia sufi, terdapat lima jenis penyingkapan yang sering terjadi pada para sufi :

  1. Kasyaf ‘aqli; Penyingkapan melalui akal. Ini merupakan tingkatan pengetahuan intuitif yang paling rendah. Allah tidak boleh diketahui dan dicintai melalui akal (al-‘agl), kerana akal membelenggu dan menghalangi manusia dalam tahap akhir kenaikan menuju Allah. Akal mempunyai dimensi rendah tentu saja tidak akan bisa menjaungkau Zat yang Tidak Terhingga yag mempunyai dimensi sangat tinggi. Sesiapapun yang mencari Allah melalui akal tidak akan boleh menemukan Hakikat Allah yang sebenarnya. : “Bumi dan langit-Ku tidak sanggup memuatkan-Ku, hanyalah hati hamba-Ku yang lembut lagi tenang yang sanggup memuatkan-Ku”
  2. Kasyaf arwah. Adalah bentuk penyingkapan roh-roh. Diawali tentang pengetahuan atas roh diri sendiri, kemudian tentang roh-roh manusia dan makhluk lain, lalu meningkat ke roh dalam seluruh dimensi “alam al-ghaib. Puncak pada pengetahuan langsung ruh al-idhafi, dan diarahkan kepada al-Roh al-Haqq.
  3. Kasyaf Bashari atau  juga kasyaf kauni. Merupakan penyingkapan pada tataran makhluk. Penyingkapan visual yang terjadi melalui penciptaan yang dilakukan Allah. Dalam suatu peristiwa (tempat, tindakan, atau ucapan manusia) seorang yang suci boleh menjadi tempat bagi penyingkapan visual ini. Allah adalah Yang Maha Mutlak. Dia adalah Keindahan (Jamal) dan Keagungan (Jalal). Melalui makhlukNya, Allah boleh mengungkapkan diri-Nya pada hamba-Nya melalui salah satu Nama Keindahan-Nya yang akan menimbulkan kemanisan dan kesenangan atau melalui salah satu Nama Keagungan-Nya yang akan melahirkan ketakziman dan ketakutan. Disinilah peranan al-asma’ al-husna atau al-asma’ al-nabi sangat strategik untuk menghantarkan dan membawa seorang sufi ke dalam samudera penghayatan rohaniah.
  4. Kasyaf Imani. Penyingkapan melalui keimanan. Penyingkapan ini terjadi melalui ketulusan iman seorang mukmin. Kadar intensiti penyingkapan ini boleh berfungsi sebagai pemangkin yang mengaktifkan sang Mukmin untuk lebih banyak lagi mencari dan pengetahuan spritual.
  5. Kasyaf al-Ilahi. Penyingkapan Ilahi. Penyingkapan ini merupakan buah manis dari ibadah terus-menerus dan menghiasi hati dengan mengingat Allah (zikir Allah). Prosesnya boleh melalui zikir, wirid, atau mujahadah dan yang sejenis dengannya. Penyingkapan Ilahi ini boleh terjadi secara langsung di dalam hati, tanpa bantuan visual apapun, yakni ketika keindahan Allah masuk ke dalam hati seorang sufi dan pecinta-Nya. Ini juga boleh terjadi dengan bantuan visual berupa lokus tertentu bagi Cahaya Ilahi, seperti dengan sarana wushuliyah seorang Guru Sufi (Mursyid).    Dibimbing oleh Guru Rohani yang dinamakan sebagai Mursyid dalam 
  6. melakukan amalan zikir khusus secara terus-menerus di dalam hati ibarat menyambungkan elektrik ke pusat sumber elektrik sehingga elektrik boleh mengalir dengan sempurna dan boleh digunakan untuk apa saja. Ia juga ibarat menyambungkan sebatang paip agar air boleh mengalir daripada sumber utamanya dan boleh digunakan mengikut keperluan. 




Ilmu Kasyaf, Ilmu Laduni dan kemampuan ghaib adalah ilmu yang dimiliki oleh orang yang dekat dengan Allah. Kalau kita membuka cacatan sejarah akan kita jumpai banyak sekali kekeramatan yang dimiliki oleh Para Wali Allah dan juga Ulama yang dekat dengan-Nya. Syeikh Abdul Qadir Jailani, Syekh Abu Yazid Al Bisthami, Rabi’ah Al Adawiyah, Junaidi Al-Baghdadi, Abu Said Al-Kharaj, Imam AL-Ghazali  adalah orang-orang yang mempunyai kekeramatan dan dicatat dalam sejarah Islam. Kemampuan mereka bukan untuk ditampilkan dengan penuh kesombongan akan tetapi semata-mata sebagai bahan dakwah untuk menambah keimanan orang.


Bagi kaum Sufi, kadang-kadang mereka tidak pernah tahu tentang definisi dan tingkatan kasyaf akan tetapi mereka sudah berada di alam kasyaf dan itu jauh lebih baik dari pada menghafal definisi dan pembahagian kasyaf namun tidak pernah sampai kepada alam kasyaf.




 Sebuah pesan diantara Sembilan Pesan Penting yang selalu dibacakan disaat penutupan suluk sebagai peringatan kita semua agar selalu berhati-hati dan terus bermujahadah tanpa henti.


Jika engkau diperintahkan mengamalkan satu khatam, maka amalkanlah sekurang-kurangnya satu khatam, jika engkau diperintahkan mengamalkan sekali duduk maka amalkanlah sekurang-kurangnya sekali duduk. Jika engkau patuhi semuanya maka akan bertambah-tambah akan kasyaf mu dan jika engkau tidak kerjakan perkara itu maka lambat-laun akan hilanglah semuanya walaupun engkau seorang Ahli Kasyaf

Tiada ulasan: