Di dalam kisah yang penuh pengajaran dan hikmah ini sangat jelas menunjukkan bahawa untuk tujuan dakwah, wang zakat juga boleh digunakan untuk diberi manfaat kepada bukan muslim yang layak menerimanya.
Antara golongan-golongan yang layak menerimanya telah diterangkan dalam surah At-Taubah, Ayat 60 di bawah.
Salman Al-Farisi merupakan salah seorang sahabat karib junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat menyerlah daya kepimpinannya dan amat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. lantaran keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kemewahan dan kehidupan duniawi.
Nama penuh Salman Al-Farisi ialah Mabah bin Budzkhasyan bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani. Beliau berasal daripada keluarga Zoroastrian yang begitu dihormati dan disegani dari sebuah desa, iaitu Jayyan yang terletak berhampiran Kota Isfahan, Persia (Parsi). Bapanya adalah seorang Dihqan (Ketua Kampung) dan juga merupakan orang terkaya yang memiliki rumah terbesar dan juga kebun kurma yang sangat luas dan banyak hasilnya. Beliau amat disayangi oleh bapanya sehingga beliau telah ditempatkan di sebuah kuil agama Majusi sebagai penjaga api.
Pencarian yang panjang
Namun begitu, Salman tetap tidak merasa tenang dan aman dengan agama yang dianutinya sehingga berlaku pergolakkan jiwa dalam dirinya, lantas mendorong beliau untuk mencari agama baru yang lebih baik dan boleh mendamaikan jiwanya. Dengan hidayah Allah SWT, beliau meneruskan pencarian dan pengembaraannya untuk mencari agama baru yang lebih baik dan menepati kehendak hatinya. Kisah perjalanan kehidupan Salman Al-Farisi untuk mendapatkan hidayah Allah SWT amatlah panjang.
Sebelum memeluk Islam, beliau asalnya adalah seorang yang beragama Majusi, berbangsa Parsi dan kemudian memeluk agama Nasrani. Beliau sanggup pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib dan seterusnya ke Madinah, semata-mata untuk mencari kebenaran dalam agamanya. Sewaktu mula-mula beliau memeluk agama Islam, beliau adalah seorang hamba, namun demikian Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan kepada para sahabat supaya memerdekakannya.
Salman Al-Farisi sangat terkenal sebagai seorang mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tiada langsung tertarik dengan kehidupan dan kemewahan duniawi. Beliau amat terkenal dengan sifat taqwa dan zuhudnya. Beliau juga merupakan seorang tokoh sahabat nabi yang banyak meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w. kerana beliau adalah salah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda Rasulullah s.a.w. sendiri.
Pernah suatu ketika juga beliau tinggal serumah, bersama dengan Abu Darda’ yang terkenal sebagai seorang ahli sufi, yang mempunyai kebiasaan melakukan ibadah pada waktu malam dan shaum diwaktu siang. Oleh yang demikian Salman telah melarangnya dari keterlaluan beribadah seperti itu lantas menegur Abu Darda’ dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
“Sesungguhnya kedua matamu mempunyai hak atas dirimu, demikian pula keluargamu mempunyai hak atas dirimu, Di samping engkau shaum, berbukalah dan di samping melakukan solat tidurlah.”
Peristiwa ini telah sampai ke pendengaran Rasulullah s.a.w. maka baginda pun bersabda :
“Sungguh, Salman telah dipenuhi dengan ilmu.”
Sepanjang hayatnya, Salman Al-Farisi sempat menjalani kehidupan bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah kepada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan, iaitu khalifah Islam yang ketiga. Baginda Rasulullah s.a.w. sering memuji-muji Salman Al-Farisi lantaran kecerdasan dan ketinggian ilmu yang dimilikinya, sebagaimana beliau memuji agama dan budi pekerti serta akhlaknya yang luhur, ketika orang Anshar dan Muhajirin ingin mendapatkannya.
Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Salman adalah golongan kami, Ahlul Bait.”Demikianlah betapa kasihnya Rasulullah s.a.w. kepada Salman Al-Farisi.
Sara hidup dengan menganyam daun-daun kurma
Salman Al-Farisi, merupakan seorang gabenor di Al-Madain yang terletak berhampiran dengan Kota Baghdad. Selain itu beliau juga adalah seorang amir.
Meskipun beliau adalah seorang gabenor dan seorang amir yang terjamin kehidupan dan pendapatannya, namun beliau tetap berusaha gigih dan bekerja sendiri untuk menguruskan serta mengawasi kebun kurmanya bagi menyara hidup keluarganya.
Salman Al-Farisi sanggup mengambil upah meraut dan menganyam daun-daun kurma untuk dijadikan tikar, bakul dan beg sebagai sumber pendapatan beliau untuk menyara keluarganya. Beliau membelinya dengan harga 1 dirham dan dijualnya kembali dengan harga 3 dirham. Hasil pendapatan daripada jualannya itu telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu 1 dirham digunakan untuk pusingan modal, 1 dirham digunakan untuk bersedekah dan 1 dirham lagi digunakan untuk dinafkahkan kepada keluarganya. Di sini jelas menunjukkan betapa Salman Al-Farisi tidak sekali-kali menggunakan kuasa dan amanah yang dimandatkan kepadanya untuk kepentingan diri sendiri dan keluarganya. Inilah ciri-ciri seorang pemimpin dan ketua yang amat kita sanjungi yang sukar ditemui pada masa kini.
Sebagai seorang gabenor negara, sudah pastilah beliau mendapat insentif sebanyak 5000 dirham, tetapi kesemua wang tersebut telah diinfakkannya ke jalan Allah dan tidak ada satu dirham pun yang diambilnya untuk keperluan diri. Beliau sanggup menolak untuk tidak menerima wang gajinya sebagai seorang gabenor negara. Demikianlah pengorbanan besar yang dilakukan oleh Salman Al-Farisi yang begitu zuhud serta berpegang teguh dengan agamanya iaitu Islam.
Sumbangan dan jasa Salman Al-Farisi.
Sepanjang baliau bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. beliau tidak pernah sekalipun menyertai peperangan kecuali peperangan khandak yang merupakan peperangan pertama yang telah disertai olehnya. Bermula daripada detik itulah beliau tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk turut serta dengan Rasulullah s.a.w. di dalam peperangan-peperangan yang lain sebagai jihad dan perjuangannya menegakkan Islam.
Ketika berlakunya peperangan khandak yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. bersama dengan tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang, sedangkan pihak musuh pula terdiri daripada 10,000 orang maka, Salman Al-Farisi pun mencadangkan kepada Nabi agar kaum muslimin menggali parit di sekeliling Kota Madinah sebagai satu strategi utama, untuk menewaskan musuh-musuh Islam yang pada ketika itu tentera Islam telah diancam oleh tentera Musyrikin Mekah serta kaum yahudi yang laknat. Salman Al-Farisi menyuarakan pendapatnya kepada Rasulullah s.a.w. dan dengan persetujuan Rasulullah s.a.w. maka kerja-kerja pembinaan parit tersebut telah berjaya dilakukan dan dapat disiapkan dalam tempoh enam hari sahaja.
Berkat cadangan itu jugalah maka tentera Islam telah berjaya bertahan daripada dalam Kota Madinah. Madinah akhirnya terselamat daripada jatuh ke tangan musuh-musuh Islam dan umat Islam telah mendapat kemenangan besar di dalam peperangan khandak. Alangkah hebatnya Salman Al-Farisi menggunakan kepakaran yang ada pada dirinya, untuk menewaskan musuh Islam dengan kejutan yang telah dilakukannya.
Bagi pengamal Tarekat, lebih-lebih lagi yang sudah pernah suluk (iktikaf), rasanya tidak asing mendengar perkataan Kasyaf atau pengucapan mudahnya menjadi “Kasyaf”. Kalau ada teman seperguruan yang boleh meneka isi hati orang lain atau mengetahui hal-hal yang belum terjadi kemudian kita menamakannya dengan kasyaf. Kita semua sepakat bahawa seorang yang kasyaf adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengetahui hal-hal ghaib samada tentang dirinya mahupun diluar dirinya, yang telah terjadi atau yang akan terjadi. Akan tetapi pada umumnya kita tidak terlalu fokus tentang makna kasyaf yang sebenarnya.
Guru Besar IAIN Raden Patah Palembang dalam bukunya “Tasawuf dan Tarekat Naqshabandi” mengatakan bahawa Ilmu Kasyaf adalah ilmu yang diperolehi dengan terbukanya hijab (dinding atau tabir), sehingga hati nurani manusia mengetahui rahsia Ilahi, alam ghaib sebagai rahmat daripada Allah SWT, setelah dekatnya yang bersangkutan dengan Allah.
Menurut bahasa, kasyaf bererti terbuka atau tidak tertutup. Ilmu Kasyaf itu berpusat di hati sanubari manusia yang berada di dalam dada.
Muhammad Solikhin dalam buku “Ajaran Makrifat Syeikh Siti Jenar” mengatakan bahawa kasyaf adalah penyingkapan atau ilham, atau pengetahuan langsung daripada Allah setelah seorang sufi berhasil melampaui tahap dzauq. Kasyaf merupakan salah satu jenis pengetahuan langsung, yang dengan itu pengetahuan tentang Hakikat diungkapkan pada hati seorang sufi dan kekasih yang mencintai Allah.
Dalam dunia sufi, terdapat lima jenis penyingkapan yang sering terjadi pada para sufi :
Kasyaf ‘aqli; Penyingkapan melalui akal. Ini merupakan tingkatan pengetahuan intuitif yang paling rendah. Allah tidak boleh diketahui dan dicintai melalui akal (al-‘agl), kerana akal membelenggu dan menghalangi manusia dalam tahap akhir kenaikan menuju Allah. Akal mempunyai dimensi rendah tentu saja tidak akan bisa menjaungkau Zat yang Tidak Terhingga yag mempunyai dimensi sangat tinggi. Sesiapapun yang mencari Allah melalui akal tidak akan boleh menemukan Hakikat Allah yang sebenarnya. : “Bumi dan langit-Ku tidak sanggup memuatkan-Ku, hanyalah hati hamba-Ku yang lembut lagi tenang yang sanggup memuatkan-Ku”
Kasyaf arwah. Adalah bentuk penyingkapan roh-roh. Diawali tentang pengetahuan atas roh diri sendiri, kemudian tentang roh-roh manusia dan makhluk lain, lalu meningkat ke roh dalam seluruh dimensi “alam al-ghaib. Puncak pada pengetahuan langsung ruh al-idhafi, dan diarahkan kepada al-Roh al-Haqq.
Kasyaf Bashariatau juga kasyaf kauni. Merupakan penyingkapan pada tataran makhluk. Penyingkapan visual yang terjadi melalui penciptaan yang dilakukan Allah. Dalam suatu peristiwa (tempat, tindakan, atau ucapan manusia) seorang yang suci boleh menjadi tempat bagi penyingkapan visual ini. Allah adalah Yang Maha Mutlak. Dia adalah Keindahan (Jamal) dan Keagungan (Jalal). Melalui makhlukNya, Allah boleh mengungkapkan diri-Nya pada hamba-Nya melalui salah satu Nama Keindahan-Nya yang akan menimbulkan kemanisan dan kesenangan atau melalui salah satu Nama Keagungan-Nya yang akan melahirkan ketakziman dan ketakutan. Disinilah peranan al-asma’ al-husna atau al-asma’ al-nabi sangat strategik untuk menghantarkan dan membawa seorang sufi ke dalam samudera penghayatan rohaniah.
Kasyaf Imani. Penyingkapan melalui keimanan. Penyingkapan ini terjadi melalui ketulusan iman seorang mukmin. Kadar intensiti penyingkapan ini boleh berfungsi sebagai pemangkin yang mengaktifkan sang Mukmin untuk lebih banyak lagi mencari dan pengetahuan spritual.
Kasyaf al-Ilahi. Penyingkapan Ilahi. Penyingkapan ini merupakan buah manis dari ibadah terus-menerus dan menghiasi hati dengan mengingat Allah (zikir Allah). Prosesnya boleh melalui zikir, wirid, atau mujahadah dan yang sejenis dengannya. Penyingkapan Ilahi ini boleh terjadi secara langsung di dalam hati, tanpa bantuan visual apapun, yakni ketika keindahan Allah masuk ke dalam hati seorang sufi dan pecinta-Nya. Ini juga boleh terjadi dengan bantuan visual berupa lokus tertentu bagi Cahaya Ilahi, seperti dengan sarana wushuliyah seorang Guru Sufi (Mursyid). Dibimbing oleh Guru Rohani yang dinamakan sebagai Mursyid dalam
melakukan amalan zikir khusus secara terus-menerus di dalam hati ibarat menyambungkan elektrik ke pusat sumber elektrik sehingga elektrik boleh mengalir dengan sempurna dan boleh digunakan untuk apa saja. Ia juga ibarat menyambungkan sebatang paip agar air boleh mengalir daripada sumber utamanya dan boleh digunakan mengikut keperluan.
Ilmu Kasyaf, Ilmu Laduni dan kemampuan ghaib adalah ilmu yang dimiliki oleh orang yang dekat dengan Allah. Kalau kita membuka cacatan sejarah akan kita jumpai banyak sekali kekeramatan yang dimiliki oleh Para Wali Allah dan juga Ulama yang dekat dengan-Nya. Syeikh Abdul Qadir Jailani, Syekh Abu Yazid Al Bisthami, Rabi’ah Al Adawiyah, Junaidi Al-Baghdadi, Abu Said Al-Kharaj, Imam AL-Ghazali adalah orang-orang yang mempunyai kekeramatan dan dicatat dalam sejarah Islam. Kemampuan mereka bukan untuk ditampilkan dengan penuh kesombongan akan tetapi semata-mata sebagai bahan dakwah untuk menambah keimanan orang.
Bagi kaum Sufi, kadang-kadang mereka tidak pernah tahu tentang definisi dan tingkatan kasyaf akan tetapi mereka sudah berada di alam kasyaf dan itu jauh lebih baik dari pada menghafal definisi dan pembahagian kasyaf namun tidak pernah sampai kepada alam kasyaf. Sebuah pesan diantara Sembilan Pesan Penting yang selalu dibacakan disaat penutupan suluk sebagai peringatan kita semua agar selalu berhati-hati dan terus bermujahadah tanpa henti.
“Jika engkau diperintahkan mengamalkan satu khatam, maka amalkanlah sekurang-kurangnya satu khatam, jika engkau diperintahkan mengamalkan sekali duduk maka amalkanlah sekurang-kurangnya sekali duduk. Jika engkau patuhi semuanya maka akan bertambah-tambah akan kasyaf mu dan jika engkau tidak kerjakan perkara itu maka lambat-laun akan hilanglah semuanya walaupun engkau seorang Ahli Kasyaf”
Kasyaf tidak hanya terjadi pada diri seorang nabi atau rasul yang dibekali dengan mukjizat, tetapi manusia biasa yang mencapai level spiritual tertentu juga boleh menyaksikannya.
Pada suatu hari yang amat panas, Rasulullah SAW berjalan menuju kompleks makam Baqi’ Al-Garqad.
Pada saat itu, sekelompok orang berjalan mengikutinya. Ketika mendengar suara sandal, Rasulullah sedar (kalau ia sedang diekori). Lantas nabi mempersilakan mereka lebih dahulu berjalan.
Ketika mereka berlalu, tiba-tiba ia memerhatikan dua kubur baru yang di dalamnya dua orang lelaki. Nabi berdiri dan bertanya siapakah orang yang berada di dalam kubur ini? Mereka menjawab si fulan dan si fulan. Mereka kembali bertanya kepada Rasulullah, apakah yang terjadi dengan kubur baru itu?
Rasulullah menjawab bahawa salah seorang diantara keduanya dulu tidak bersih kalau ia membuang air kecil dan yang satunya selalu berjalan menebar adu-domba. Lalu Rasulullah mengambil pelepah daun kurma yang masih basah, sahabat bertanya untuk apa itu dilakukan? Dijawab oleh Nabi, “Agar Allah SWT meringankan seksaan terhadap keduanya.”
Mereka bertanya lagi, “Sampai bila keduanya diazab?” Dijawab, “Ini hal yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya selain Allah SWT. Seandainya hati kalian tidak dilanda keraguan dan tidak banyak berbicara, nescaya kalian akan mendengar apa yang sedang aku dengar.” (HR Ahmad).
Dalam riwayat lain dijelaskan, Hanzalah bin Al-Rabi’Al-Usaidi berkata, “Abu Bakar datang kepada ku lalu bertanya, "Apa yang terjadi dengan diri mu", Hanzalah menjawab, "Aku telah menjadi seorang munafik".
Abu Bakar berkata, "Subhanallah, kamu berkata apa" Lalu, aku jawab, "Kita berada di samping Nabi saat Beliau menjelaskan kepada kita tentang syurga dan neraka. Ketika itu seolah-olah kita sedang menyaksikan syurga dan neraka dengan mata kepala sendiri. Namun, ketika keluar dari majlis Beliau, kita tenggelam dengan urusan anak dan isteri, hal-hal lain yang sia-sia, kita banyak lupa”
Abu Bakar bertanya, “Demi Allah sesungguhnya kami pun mengalami keadaan seperti itu?” Lalu Abu Bakar berangkat hingga kami masuk ke ruangan Rasulullah, saat itu aku berkata, “Hanzalah menjadi seorang munafik wahai Rasulullah!”
Beliau bertanya, “Apa yang terjadi?” Lalu aku menjawab, “Kami berada disamping engkau saat engkau menjelaskan kepada kami tentang neraka dan syurga. Saat itu seolah-olah kami melihat syurga dan neraka dengan mata kepala sendiri. Namun, ketika kami keluar dari sisimu, kami tenggelam dalam segala urusan anak, dan isteri, dan hal-hal yang sia-sia, kami banyak lupa.”
Lalu, Nabi menjawab, “Demi Zat Yang Maha Menguasai jiwaku, seandainya kalian terus-menerus mengalami apa yang kalian alami saat berada disisi ku dan terus-menerus berzikir, nescaya para malaikat akan menyelami kalian di tempat-tempat pembaringan kalian dan di jalan-jalan yang kalian lalui. Hanya saja wahai Hanzalah, itu hanya terjadi waktu tertentu.” Beliau mengulang-ulangi perkataan ini tiga kali. (HR Muslim dan Tarmizi).
Dalam riwayat lain juga dijelaskan, sebagaimana diceritakan oleh Imam Bukhari dalam kitab Kitab “Jam’ul Fawaid”. Imam Bukhari meriwayatkan dari Usaid bin Hudhair, ketika ia membaca Surah Al-Baqarah di malam hari, sementara kudanya ditambatkan di sampingnya tiba-tiba kudanya meronta-ronta.
Beliau menenangkan kudanya hingga tenang lalu melanjutkan bacaannya lagi, tetapi kudanya meronta-ronta semula dan kemudian menenangkan kuda itu lagi. Kejadian ini berulang tiga kali. Ia juga memperingatkan anaknya bernama Yahya agar menjauhi kudanya agar tidak disakiti.
Usaid mendongak ke langit dan disaksikan ada naungan yang di dalamnya terdapat pelita besar. Ketika pagi tiba, dia melaporkan kejadian itu kepada Nabi. Nabi berkata, ‘Bacalah terus (Al-quran itu) wahai Usaid!’ diulang tiga kali. Aku juga menengok ke langit ternyata aku juga menemukan hal yang sama.
Nabi memberikan pendapat, “Itu adalah para malaikat yang mendekati suara mu. Seandainya kamu terus-menerus membaca (Al-quran), keesokan paginya manusia akan melihat para malaikat yang tidak lagi menyembunyikan fizikal diri mereka yang sebenar.”
Ketiga-tiga hadis sahih diatas mengisyaratkan adanya penyingkapan (kasyaf), iaitu kemampuan seseorang untuk melihat atau menyaksikan sesuatu yang bersifat ghaib, seperti melihat, mendengar, atau merasakan adanya suasana ghaib. Apa yang disaksikan itu berada di luar kemampuan dan jangkauan akal fikiran manusia normal.
Kasyaf tidak hanya terjadi pada diri seorang nabi atau rasul yang dibekali dengan mukjizat, tetapi manusia biasa yang mencapai maqam spiritual tertentu juga boleh menyaksikannya, walaupun sudah tentu, kapasiti kasyaf tersebut berbeza dengan penyaksian yang dialami oleh para nabi atau rasul.
Kasyaf dapat diakses oleh sesiapa saja yang memiliki kedekatan khusus (rohaninya) dengan Allah SWT. Hal itu ditekankan oleh Yusuf ibn Ismail An-Nabhani dalam karya monumentalnya berjudul “Jami’ Keramat Al-Auliya”.
Dalam kitab yang memuatkan 695 biografi wali (di luar wali-wali yang muncul di Asia Tenggara) itu, terlihat jelas betapa para wali semuanya memiliki kemampuan untuk mencapai level kasyaf.
Termasuklah orang-orang seperti Imam Ghazali, Ibnu Arabi, dan Imam Syafi’e. Bentuk kasyafnya bermacam-macam. Sesuai dengan kondisi dan objektif kehidupan para wali tersebut.
Rasulullah SAW juga pernah menegaskan, “Seandainya hati kalian tidak dilanda keraguan dan tidak mengajak kalian untuk banyak berbicara, nescaya kalian akan mendengar apa yang sedang aku dengar.”
Dalam hadis lain, sebagaimana dinukilkan dari kitab 'Ihya Úlum Al-Din' karya Imam Al Ghazali, Rasulullah berkata, ”Seandainya bukan kerana syaitan yang menyelimuti hati anak dan cucu kepada Nabi Adam, maka nescaya mereka akan dengan mudah menyaksikan para malaikat bertebaran di jagat raya kita.”
Di dalam Al-quran juga ada isyarat yang memungkinkan seseorang memperoleh kasyaf. Ada beberapa ayat yang mengisyarakatkan demikian. Diantaranya, ayat 37 Surah Qaaf. “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya.”
Ini diperkuatkan pula dengan ayat 69 Surah Al-An-kabut. Allah berfirman, “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhoan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”
Namun, Ibnu Athaillah mengingatkan kepada kita, jangan sampai lebih mengutamakan mencari kasyaf. Kenyataannya itu seperti termaktub di dalam kitab “Al-Hikam”, beliau berkata, “Melihat perkara ghaib di dalam diri sendiri lebih baik daripada melihat perkara ghaib yang tertutup dari mu.”
“Boleh jadi Allah memperlihatkan kepada mu hal-hal yang ghaib kerajaan-Nya dan menutup kemampuan mu untuk meneliti rahsia-rahsia hamba-Nya, namun jika tidak berakhlak dengan sifat kasih Tuhan, nescaya penglihatannya akan menjadi fitnah kepada mereka dan menyebabkan terperosok ke dalam bencana.”
Said Hawwa memberi ulasan dalam bukunya yang berjudul 'Tarbiyyatuna Al-Ruhiyyah'. Menurutnya, menyampaikan pesan khusus, jangan sampai kasyaf yang diperolehi akan menjadi hijab tebal bagi orang disekelilingnya.
Kenyataan Said Hawwa ini sejalan dengan ayat Al-Quran, “Dan demikianlah Kami menjadikan bagi setiap nabi memiliki musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada makhluk yang lain dengan perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhan mu menginginkan, nescaya mereka tidak akan mengerjakannya maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka rekayasa.” (QS Al-An’am [6]:112).
Dalam ayat yang lain disempurnakan, “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al-kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat.” Nauzubillah. Sumber : Youtube