Khamis, 9 Jun 2016

ARKIB ASLI 37 GURU MURSYID TAREKAT NAQSHABANDI TAREEF ABIDIN

       




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.



      Pada awal kemunculan Tarekat Naqshabandi ianya merupakan satu ilmu rahsia Allah sejak 1437 tahun yang silam. Ia merupakan satu dasar ilmu yang jauh lebih berharga jika dibandingkan dengan nilai harta segunung emas. Ilmu ini telah diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui malaikat jibril a.s. kepada satu-satunya hamba yang sangat dikasihi dan sangat disucikan rohaninya, hamba yang menjadi pilihannya, yang menjadi junjungan para nabi, rasul, para khalifah Allah Ta’ala, para waliyullah dan manusia seluruhnya, iaitu Nabi Muhammad SAW.

 Ilmu rahsia ini selanjutnya oleh ulama sufi disebut dengan ilmu tasawuf atau ilmu tarekat. Dan nama-namanya mengikuti guru-guru yang mengembangkannya dari zaman Rasulullah sampai zaman sekarang ini. Tetapi agaknya dari zaman Guru Mursyid ke-15 sehingga zaman Guru Mursyid ke-37 secara rasminya pada tarikh 9 Jun 2016, tarekat ini masih menggunakan 'brand' Naqshabandi, iaitu sempena nama Guru Mursyid ke-15.

Setelah Guru Mursyid ke-15 hanya nama tambahan yang digunakan sebagai "school branding" iaitu Al Mujaddidi, Al Kholidi, Al Amin dan kini yang terakhir adalah 'TAREEF ABIDIN'.

Untuk info, Tareef Abidin bermaksud ibadah yang sangat istimewa atau ibadah yang sukar ditemui. Ini disebabkan tarekat ini menggunakan pendekatan yang lebih moden dan lebih ilmiah pada abad ke-21 ini, ianya sudah pasti sesuai untuk golongan belia berumur 18 tahun ke atas.


Kenapa nama tambahan ini harus digunakan?

Ini kerana di rantau Nusantara terlalu banyak perguruan sufi yang menggunakan 'brand' NAQSHABANDI dan juga NAQSHABANDI AL-KHALIDI.

Selain itu ianya bertujuan supaya masyarakat awam tidak terkeliru, kerana di Nusantara ini ramai Guru Mursyid yang menggunakan 'brand' ini.

Ada yang asli, ada juga yang tarekat 'celup'. 

Sama seperti emas celup.

Salah satu intipati kurikulum Tarekat NAQSHABANDI TAREEF ABIDIN adalah pengambilan pelajar akan dilakukan secara berperingkat setiap tahun. Syarat wajib untuk menjadi murid yang berhasil adalah mampu untuk menjaga adab kepada Guru Mursyid dan surau di bawah bimbingan beliau.
 

Sebahagian pendiri atau pengasas tarekat yang dikenali sebagai Guru Mursyid telah menamakan tarekatnya dengan nama Tarekat Jabal Abu Qubais bagi menandakan silsilah Gurunya masih bersambung terus sampai kepada Rasulullah SAW. Tarekat Jabal Hindi, untuk nama Tarekat Naqshabandi yang terputus silsilahnya, atau tarekat yang mursyidnya mengangkat dirinya sendiri.


Sudah pastilah cara ini tidak bertepatan dengan asal-usul tarekat itu sendiri kerana Guru Mursyid adalah murid pilihan Guru Mursyid yang sebelumnya secara rohani yang sudah pasti adalah izin dari Allah SWT yang hakiki.






 Tarekat pada zaman Rasulullah SAW (571-632 M),  semasa Nabi masih hidup, belum dikenal bentuk perkumpulan yang didefinisikan dan dinamai Tarekat tetapi keberadaannya hanya berbentuk sebuah kegiatan rutin, khusus, halus, dan tersembunyi berupa kegiatan zikir-zikir untuk Tazqiyatun Nafs dan Tazqiyatul Qolb, {pembersihan jiwa dan hati}, kerana halusnya maka dinamakan tarekatus Sirriyah.

Kemudian daripadanya ilmu rahsia ini diwariskan kepada Abu Bakar As-Siddiq.



         Tarekat pada zaman selepas Rasulullah S.A.W adalah :



1. Abu Bakar As-Siddiq . Pada masa kekhalifahan Abu Bakar As Siddiq, kegiatan rutin dan halus itu dinamakan Tarekatul Ubudiyah, kerana wujud gambaran tingginya dan secara total pengabdian Abu Bakar kepada Nabi Muhammad, dalam rangka mengabdi kepada Allah SWT. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 2. Salman al Farisi. Kesempurnaan Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam pengabdiannya dan perjuangannya melaksanakan seluruh perintah dan amalan Nabi Muhammad, termasuk kegiatan zikir-zikir secara terus-menerus. Dikembangkan dan diamalkan zikir-zikir khusus dan halus tersebut. Kemudian dinamakan dengan Tarekatus Siddiqiyyah. Tarekat ini namanya popular sampai pada masa Abu Yazid al Bustami. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 3. Qasim ibn Muhammad ibn ‘Abi Bakar al Shiddiq. Qutubul Aulia’, Imam Thareqatus Siddiqiyah. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 4. Ja’far as Shidiq (w.148/765). Saidina Ja’far as Shiddiq ra, cucu Saidina Qasim ra daripada ibundanya yang merupakan cucu Saidina Ali ra. Selama proses belajar, pengaruh ibundanya paling sebati dengan ilmunya. Beliau juga bernasabkan pada datuknya Saidina Qasim, dan secara politiknya mengikut jejak ayahandanya iaitu keturunan putera seorang Imam Syiah.

Khalifah-khalifah Ja’far ash Soddiq yang mengembangkan Tarekat As-Shiddiqiyah dan menjadi penyambung antara Imam Ja’far dan Abu Yazid al Busthami adalah Sayyidina Imam Musa al Qadim, Sayyidina Imam Ali Ridho dan Syaikh Ma’ruf al Kharhi. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan secara barzakhi kepada :

 5. Abu Yazid Thaifur al Bisthami (w.260/874). Auliya’ Akbar, al Qutub. Karya-karyanya yang dieksplorasi dari pengalaman rohaninya, merupakan salah satu dasar doktrin Rabbani. Doktrin ini juga dianut oleh Abu Hafas al Naisabur, Abu Sa’id al Harraz, Junaid al Baghdadi, at Thusi, al Kalabasi, al Hallaj, Ibnu Arabi, Suhrawardi dan Maulana Rummi sedangkan Wahdatul al syuhud dianut oleh sufi al Makki, Muhasibi al Sulami, Hujwiri, al Qusyairi dan al Ghazali serta Abdul Qadir Jilani dan Ahmad Rifa’i. Kemudian darinya ilmu rahasia ini diwariskan secara barzakhi kepada :

 6. Abul Hasan al Kharaqani (w.425/1034). Inisiasi atau bai’at Abu Yazid kepada Abu Hasan dilakukan secara ghaib atau melalui Nabi Khidir yang dikenali dengan istilah bai’at uwaisi. Status kemursyidannya diperoleh langsung dari Nasabut Tarekatut Thaifuriyah. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

7. Abu ‘Ali al Farmadzi (w.535/1084), Quthubul Auliya, ahli fiqih dan ahli hadis. Di Nesafur fatwa-fatwanya senantiasa menjadi rujukan-rujukan para juru da’wah (da’i). Kemudian darinya ilmu rahasia ini diwariskan kepada :

 8. ‘Abu Ya’kub Yusuf al Hamadani (w.535/1140) 8 Dasar Tarekat diperkenalkan sebagai bentuk doktrin penyempurnaan, (1) Husy dar dam, (2) nazhar bar qadam, (3) safar dar watan, (4) khalwat dar anjuman, (5) yadkard, (6) bazgasyt, (7) nigah dast, dan (8) yads dast. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada:

 9. ‘Abd al Khalik al Ghujdawani (w.617/1220). Syaikh Abdul Khalik al Fajduani nasabnya sampai kepada al Imam Malik bin Anas RA. Abdul Khalik pernah diajari praktek pelaksanaan Nafi-Isbat di laut oleh Nabi Hidir. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 10. ‘Arif al Riwgari (w. 657/1259). Al Qutub dan ahli tafsir. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 11. Mahmud Anjir Faghnawi (w.643/1245 atau 670/1272). Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada:

 12. ‘Azizan ‘Ali al Ramitani (w.705/1306 atau 721/1321). Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 13. Muhammad Baba al Sammasi (w.740/1340 atau 721/1321). Sufi besar. Ahli Fiqih dan Tafsir Al-Quran. Ilmu agama (Fiqih, Hadis serta Tafsir Al Quran) Baha’uddin diperolehnya atas bimbingannya. Baba Samasi orang China yang bermukim di Sammas berdekatan Tasken perbatasan dengan Cina. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

 14. Amir Sayyid Kulal al Bukhari (w.772/1371). Sufi besar, seorang ahli Fikih dan Ilmu Kalam, Wali al Qutub serta ahli tembikar terkenal yang produknya tersebar ke Asia (China) dan Eropa. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada : 

15. Muhammad Baha’ al Din Naqshabandi (717-791/1318-1389). Auliya Allah yang Qutub, Penasihat utama Sultan Khalil di Samarqand, fatwa-fatwanya menjadi rujukan Hakim-Hakim Agung dalam memutuskan perkara. Kerana kebesaran namanya, Tarekat yang dipimpinnya tersebar dengan cepat dan termasyhur serta memiliki pengikut yang sangat banyak dan tersebar ke seluruh dunia. Kemudian darinya diwariskan kepada :

 16. Maulana Syaikh Muhammad al Bukhari al Khawarizumi QS. Penghulu di Bhukara’ tempat kelahiran seorang perawi hadis Bukhari Muslim. Beliau adalah Al Qutub. Pengajar Hadis di beberapa sekolah. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada : 

17. Maulana Syaikh Ya’kub al Jarkhi al Hasyary QS. Wali Qutub dan ahli Tafsir al Qur’an. Bersama Kwaja Muhammad Parsa yang juga murid Baha’uddin Naqsyabandi telah membuat Tafsir Quran. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada : 

18. Syaikh Nasiruddin Ubaidullah Al Ahrary as Samarqandi Salah seorang Wali Qutub yang amat kaya. Kekayaannya pernah menutup hutang-hutang kerajaan Samarqan, membantu kerajaan Mugol India keluar dari krisis kewangan. Setiap tahun berzakat 60 000 tan gandum. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

19. Maulana Syaikh Muhammad az Zahid QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

20. Maulana Syaikh Darwisy Muhammad as Samarqandi QS. Anak saudara perempuan Syaikh Muhammad az Zahid QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

21. Maulana Syaikh Muhammad al Khawajiki al Amkany as Samarqandi QS. Putera Syaikh Darwisi Muhammad as Samarqandi QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

22. Syaikh Muayyiduddin Muhammad al Baqibillah QS. Al Qutub. Asal Turki yang kemudian bermukim di India. Membangun Madrasah termegah dan terbesar di masanya. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

23. Syaikh Akhmad al Faruqi as Sirhindi QS. Murid kesayangan Baqibillah. Ketika al Faruqi mulai belajar kepadanya dan berbaiat, baqibillah telah berfatwa al Faruqi adalah orang yang akan menggantikan dirinya.

Menjelang kematiannya, Baqibillah memohon untuk menunda rohnya dicabut sampai menunjuk Al Faruqi sebagai penggantinya, ketika Al Faruqi sedang berkelana jauh. Ia seorang yang ahli Fiqih dan hafal al Quran. Ia adalah Mujadid Millenium kedua. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

24. Syaikh Muhammad Ma’sum QS. Beliau adalah putra Syaikh Akhmad al Faruqi as Sirhindi QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

25. Syaikh Muhammad Saifuddin QS. Beliau adalah putera Syaikh Syaikh Muhammad Ma’sum QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

26. Syaikh Syarif Nur Muhammad al Badwani QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada : 

27. Syaikh Samsuddin Habibullah Jan Janany Muzhhir al ‘Alawi QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

28. Syaikh Abdullah ad Dahlawi QS. Nasab Syaikh Abdullah sampai pada Sayyidina Ali bin Abu Thalib. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

29. Maulana Syaikh Dhiyauddin Khalid al Utsmani al Kurdi QS. Auliya Akbar, Sultanul Auliya’, al Qutub yang sangat termasyhur, khalifah-khalifahnya tersebar ke seluruh dunia. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

30. Syaikh Abdullah al Affandi QS. Pemimpin sekalian guru-guru dalam negeri Mekah al Mukarramah. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

31. Syaikh Sulaiman al Qarimi QS. Khalifahnya yang terkenal di Indonesia: KH. Ubaidah dan KH. Abdurrahman kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada : 

32. Saidi Syaikh Sulaiman az Zuhdi QS. Menantu Syaikh Sulaiman al Qarimi QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada:

33. Saidi Syaikh Ali Ridha QS. Menantu Maulana Sayyidi Syaikh Sulaiman az Zuhdi QS. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

34. Saidi Syaikh Muhammad Hasyim al Khalidi QS. Khalifahnya yang sangat menonjol adalah merupakan seorang Profesor Fizik-Kimia.

KH. As’ad Syamsul Arifin Situbondo pernah meminta talkin zikir Naqshabandi, ia dianjurkan untuk mengembangkan pesantren ayahandanya KH. Syamsul Arifin. Kemudian darinya ilmu rahsia ini diwariskan kepada :

35. Saidi Syaikh...?.... Banyak jasa yang telah disumbangkan kepada umat manusia. Samada dalam dunia politik, ketenteraan, pendidikan, perubatan, perniagaan dan lain-lain lagi. Ilmu rahsia ini telah diwariskan kepada seorang muridnya yang sangat dikasihi iaitu,

36. Saidi Syaikh...?.... Banyak jasa yang telah disumbangkan kepada alam dan manusia sepanjang hayatnya. Antaranya dalam bidang perubatan, bencana alam, pendidikan, dan lain-lain lagi.



Untuk mengetahui informasi yang lebih lengkap? 

Dear, boleh hubungi penulis blog ini melalui laman sosial rasmi :






Instagram  :  @tareef37
Twitter  :  @tareef37
TikTok  :  @tareef37
Bigo Live  :  @tareef37 



Sekian, salam persahabatan dari kami. Jika ada jodoh kita akan bertemu di alam nyata. Amin, Ya Robbala'lamin. 

Tiada ulasan: