Sabtu, 18 Jun 2016

APABILA SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT DISATUKAN, RASA LEBIH NIKMAT BERBANDING SYURGA BAGI KAUM SUFI







 4 Lapisan Bumi Adalah Kiasan Bagi Ilmu Tauhid/Agama


Kerak Bumi = Syariat
Mantel Bumi = Tarekat
Inti Luar = Hakikat
Inti Dalam = Makrifat

Inti luar sangat panas. Ia boleh dilihat ketika gunung berapi meletup lantas memuntahkannya. Maka binasalah segala hidupan di atas kerak bumi yang terkena limpahan tersebut.

P/s : Hadamkan ayat kiasan di atas.











Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.









Tuan-tuan, para pembaca blog ini yang kami muliakan.


Assalamualaikum w.b.t.



Pada kesempatan ini, kami ingin membahaskan mengenai hubungan yang sangat erat antara syariat dan hakikat dalam Islam. 

Syariat boleh diibaratkan sebagai jasmani (badan) tempat roh berada sementara hakikat ibarat roh yang menggerakkan badan, kedua-duanya sangat berhubungan erat dan tidak boleh dipisahkan. Badan memerlukan roh untuk hidup sementara roh memerlukan badan agar memiliki wadah (bekas).


Saidi Syeikh Muhammad Hasyim Al-Khalidi iaitu Guru Mursyid Tarekat Naqshabandi ke-34,  mengibaratkan syariat seperti baju sedangkan hakikat ibarat badan. Ibarat merawat tubuh  badan kita sebagai perhatian utama sedangkan merawat baju juga tidak boleh dilupakan.






Gambar sekadar hiasan untuk kita berfikir








Imam Malik berkata bahawa orang yang benar-benar beriman adalah orang yang amalan syariat dan hakikat berlaku secara serentak tanpa meninggalkan salah satu daripadanya. Terdapat adagium yang cukup terkenal, 

"Hakikat tanpa syariat ialah kepalsuan, syariat tanpa hakikat adalah sia-sia."



Sia-sia?


Adakah tidak merungsingkan fikiran statement Imam Malik ini, jika kita HANYA mengamalkan syariat Islam?


Fikir-fikirkan.








Imam Malik berkata,"  

Sesiapa yang bersyariat TANPA berhakikat, sudah tentu mereka akan menjadi jahat (dalam beragama)


Barangsiapa yang berhakikat tanpa bersyariat, sudah tentu ia akan menjadi zindik. Barangsiapa mengamalkan kedua-duanya [syariat dan hakikat], mereka telah benar-benar berhakikat . "

Syariat adalah hukum-hukum atau peraturan-peraturan dari Allah yang disampaikan oleh Nabi untuk dijadikan pedoman kepada manusia. Samada peraturan ibadah mahupun yang lain-lain. Apa yang tertulis dalam kitab Al-Quran hanyalah merupakan asas kepada ajaran dan ianya bersifat universal. 


Nabi  merupakan orang paling dekat dengan Allah dan paling memahami ayat-ayat Al-Quran untuk menjelaskan peraturan asas tersebut melalui ucapan dan tindakan Beliau. Oleh itu, para sahabat menjadikan ianya sebagai pedoman kedua yang dikenali sebagai hadist. Ucapan Nabi bernilai tinggi dan masih sarat dengan simbol-simbol yang memerlukan kepakaran untuk menafsirkannya.

Para sahabat sebagai orang-orang pilihan yang dekat dengan nabi merupakan orang yang paling memahami nabi. Mereka paling mengerti tentang maksud ucapan Nabi kerana mereka memang hidup sezaman dengan nabi. Oleh itu, penafsiran daripada para sahabat itulah kemudiannya telah diterjemahkan dalam bentuk hukum-hukum oleh generasi selanjutnya. 


Para ulama sebagai pewaris ilmu Nabi melakukan ijtihad, menggali sumber utama hukum Islam kemudian menterjemahkan sesuai dengan perkembangan zaman ketika itu. Maka lahirlah cabang-cabang ilmu yang digunakan sampai generasi sekarang. Sumber hukum Islam itu kemudian dikenali dengan memiliki 4 tahap iaitu : Al-Quran, Hadist, Ijmak dan Qiyas. Itulah yang dikenali sebagai Syariat Islam.

Untuk melaksanakan Syariat Islam terutama di bidang ibadah harus dengan cara yang tepat dan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah berpandukan dengan apa yang dilakukan Rasulullah SAW sehingga hasilnya akan sama. Sebagai contoh yang sederhana, Allah telah memerintahkan kita untuk solat, kemudian Nabi melaksanakannya, dan para sahabat mengikutinya. 

Nabi mengatakan, “Solatlah kalian seperti aku solat”. Kaedah solat Nabi yang disaksikan oleh sahabat telah dilaksanakan oleh sahabat kemudian dijadikan peraturan oleh Ulama.

Maka kita kenali sebagai rukun solat yang 13 perkara. Kalau hanya sekadar solat maka peraturan 13 itu boleh menjadi pedoman untuk seluruh umat Islam agar solatnya  'standard' sesuai mengikut solat Nabi.

Tetapi, di dalam rukun solat tidak diajarkan cara yang khusus supaya khusyuk dan manusia boleh mencapai tahap makrifat agar kita boleh memandang wajah Allah s.w.t.

Ketika memulakan solat dengan doa iftitah, 

Wajjahtu wajhiya lillaa-dzii fatharos-samaawaati wal-ardho haniifam-muslimaw- wamaa ana minal-musy-rikiin..” yang bermaksud, 

"ku hadapkan wajah ku kepada wajah-Nya, dzat (kuasa) yang menciptakan langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah diri, dan tidaklah aku termasuk orang-orang yang musyrik".


Seharusnya seorang hamba sudah menemukan 'channel' atau gelombang kepada Tuhan, menemukan wajah-Nya yang Maha Agung, sehingga kita tidak termasuk orang-orang musyrik yang telah menyekutukan Tuhan. 


Kita dengan mudah menuduh orang lain musyrik, tanpa disedari kita hanya mengenal nama Tuhan sahaja sementara yang hadir dalam solat adalah wajah-wajah lain, selain daripada wajah-Nya. Kalau wajah-Nya sudah ditemukan di awal solat maka ketika sampai kepada bacaan Al-Fatihah, disana akan benar-benar terjadi dialog yang sangat akrab antara hamba dengan Tuhannya.

Syariat Islam tidak mengajarkan perkara-perkara seperti itu kerana syariat hanya merupakan hukum atau aturan  dalam ibadah sahaja.

Untuk boleh melaksanakan agama Islam yang lebih menyeluruh secara fakta dan realiti, maka roh ibadah itu harus hidup.

Oleh itu, ia memerlukan metodologi pelaksanaan ibadah yang memiliki disiplin ilmu dan adab yang sangat tinggi, ia dikenali sebagai 'Tariqatullah' iaitu jalan kepada Allah yang kemudian disebut sebagai Tarekat.

Nama Tarekat diambil dari sebuah istilah di zaman Nabi iaitu Tariqatussiriah yang bermakna Jalan Rahsia atau Amalan Rahsia untuk mencapai kesempurnaan ibadah. 


Sebagai contoh sederhana, di dalam kerajaan Malaysia, ada perkara yang harus dirahsiakan oleh barisan menteri kabinet. Ianya tertakluk dibawah Akta Rahsia Rasmi. Jadi jangan kita fikir semua rahsia kerajaan disampaikan kepada khalayak umum 100%. Ianya bagi menjamin kestabilan sesebuah pemerintahan kerajaan.


Begitu juga dengan ilmu agama.


Munculnya perkumpulan Tarekat dikemudian hari adalah untuk menyesuaikan dengan perkembangan zaman agar orang-orang dalam ibadah lebih teratur, tertib dan terurus seperti nasihat Saidina Ali bin Abi Thalib k.w, 

“Kejahatan yang terurus boleh mengalahkan kebaikan yang tidak terurus”.

Kalau ajaran-ajaran agama yang kita kenali sebagai syariat islam itu tidak dilaksanakan dengan formula yang lengkap (Thariqatullah), maka ibadah akan menjadi kosong dan hanya sekadar memenuhi kewajiban agama saja. 


Solat hanya mengikut rukun-rukun dengan hanya gerak kosong belaka, badan bergerak mengikuti gerakan solat namun hatinya berkelana kemana-mana. Sepanjang solat akan muncul berpuluh-puluh khayalan kerana roh masih di alam dunia dan masih belum sampai ke alam Rabbani (alam Tuhan).



Disini sebenarnya terletak kesilapan kaum muslim di seluruh dunia, terlalu disibukkan dengan peraturan syariat dan lupa tentang ilmu untuk melaksanakan Islam itu dengan teknik yang lebih sempurna iaitu Tarekat. Ketika ilmu tarekat dilupakan bahkan sebahagian orang bodoh menganggap ilmu warisan nabi ini sebagai bida'ah, maka pelaksanaan ibadah menjadi kacau-bilau. 


Anggota tubuh seolah-olah khusyuk beribadah sementara hatinya lalai, menari-nari di alam duniawi dan yang diperolehi dari solat itu bukannya  pahala tetapi ancaman Neraka Wail.

Harus diingat bahawa “lalai” yang dimaksudkan adalah  bukan sekadar tidak tepat waktu tetapi apabila hati kita sepanjang ibadah tidak mengingat Allah. 

Bagaimana mungkin kita di dalam solat boleh mengingat Allah kalau diluar solat tidak dilatih berzikir (mengingat) Allah? 

Bagaimana mungkin seseorang boleh berzikir kalau jiwanya masih belum disucikan? 

Urutan latihannya sesuai dengan perintah Allah dalam surah Al-A'la, Ayat 14-15.

 “Beruntunglah orang yang telah mensucikan jiwanya (hatinya), kemudian dia berzikir menyebut nama Tuhannya dan (kemudian) dia mendirikan solat”.





1)  






2) 




3) 




Sumber gambar di atas  : Google Image







Mudah-mudahan artikel ini boleh menjadi renungan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia yang GENUINE untuk berguru. Syaratnya sangat mudah, harus faham maksud :


1) murid
2) Guru


dan boleh membezakan kedua-dua peranan dan tanggungjawab mereka serta mengamalkannya kelak. 


"Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila ianya baik maka baiklah seluruh badan. Tetapi apabila ianya rosak, maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah, ianya adalah HATI"


(Hadis Riwayat Bukhari)




"HATI YANG BERSIH ADALAH SYARAT UTAMA NEGARA YANG BERSIH"






P/s : Proses pendaftaran murid (yang dikenali sebagai bai'at) bagi tarekat ini, HANYA dilakukan sekitar bulan Mac hingga Mei pada setiap tahun. 


Proses bai'at ini berlangsung selama 2 Hari, 1 Malam secara "face to face".



Semoga kita berjumpa di alam yang nyata.




Sumber : Youtube






P/s : Untuk berhubung, sila ke laman sosial facebook peribadi, Instagram dan Twitter rasmi penulis.  Terima Kasih.





following  :  @tareef37




following :  @tareef37