10 daripada 25 orang Rasul yang telah diutuskan ke dunia, mereka bukan sahaja sebagai pemimpin rohani di zamannya, tetapi juga memiliki kemahiran ilmu duniawi yang harus dijadikan contoh teladan untuk seluruh umat manusia bagi yang mahu berfikir.
Jadi kita sebagai pengamal tasawuf yang berpaksikan method tarekat, khususnya Tarekat Naqshabandi Tareef Abidin ini, telah mengambil contoh kejayaan kekasih-kekasih Allah yang terdahulu dalam menyampaikan dakwah mereka kepada umat manusia di zaman masing-masing.
Nabi Kemahiran Duniawi
Adam a.s Pertanian, Penternakan, Kejuruteraan Besi.
Idris a.s Astronomi, Matematik, Kejuruteraan Binaan, Tekstil.
Nuh a.s. Kejuruteraan Perkapalan, Pelayaran, Zoologi, Botani.
Hud a.s. Teknologi Binaan.
Ibrahim a.s. Astronomi.
Yusuf a.s. Ekonomi, Perakaunan.
Daud a.s. Kejuruteraan Besi, Strategi Peperangan, Seni Suara.
Sulaiman a.s. Kejuruteraan Binaan, Penerbangan, Bahasa Haiwan, Teleportasi, Kejuruteraan Tembaga.
Isa a.s. Perubatan.
Muhammad s.a.w. Sains Politik, Pentadbiran, Ekonomi, Perubatan, Pendidikan dan lain-lain lagi.
ALLAH MENCINTAI HAMBANYA YANG DERMAWAN
Rasulullah pernah bersabda,
"Orang yang dermawan dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh daripada neraka. Orang yang kedekut jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Orang bodoh yang dermawan lebih dicintai oleh Allah berbanding ahli ibadah yang kedekut."
(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, kitab Abwab Al-Birri wa As-Silati, bab Ma Ja'a fi As-Sakhaei, no. hadith 1961, daripada Abu Hurairah, status hadith sahih)
Kajian Saintifik
Artikel yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Queensland ada menyebutkan bahawa orang-orang yang bersifat kedekut boleh meningkatkan stress.
Info Menarik
Abdul Rahman bin Auf dikenali sebagai sahabat nabi yang dermawan. Beliau menggunakan separuh daripada hartanya untuk jalan dakwah.
😃❤️🇲🇾