Tasawuf + Tawasul + Rabitah (Penuntun Hati) + Muroqabah (Radar Allah) + Wasilah (Pangkat Rohani) = MANUSIA
Sabtu, 26 April 2014
Selasa, 24 Disember 2013
Islam Itu Sebenarnya Berlapis-lapis (jilid 2)
Oleh : Hamba Allah
Sudah
menjadi hukum pasti yang berlaku di alam bahawa di dunia ini segala sesuatu
diciptakan Allah dengan berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat yang kesemuanya
itu mempunyai tujuan tersendiri. Allah menciptakan bumi berlapis-lapis, bermula
daripada lapisan paling atas berupa tanah yang subur, kemudian dibawahnya ada
batuan yang keras sampai kemudian kepada kerak bumi yang terdiri dari batuan
cair yang sangat panas dan kesemua susunan yang begitu teratur itu mempunyai
tujuan dan tunduk kepada hukum Alam (Sunatullah) yang diciptakan oleh Allah
saat dunia ini diciptakan. Buah-buahan ciptakan dengan berlapis, tanaman pun
demikian bahkan atom sebagai bahagian benda terkecil yang diketahui manusia
saat ini juga mempunyai lapisan.
Begitu juga
Agama Islam yang kita kenal, mempunyai tingkatan atau lapisan yang dengan
tingkatan tersebut memudahkan manusia untuk mempelajari agama. Syariat
merupakan kumpulan hukum-hukum atau aturan yang harus dijalankan oleh umat
Islam adalah pintu paling depan, etalase yang
mewakili Islam itu sendiri. Orang yang belum mengenal Islam ketika ditanya apa
itu Islam, kita boleh menjelaskan dengan sederhana melalui Rukun Islam yang
dikerjakan oleh umat Islam seluruh dunia. Melalui ucapan syahadat, pelaksanaan
solat 5 waktu dan solat sunat di masjid atau di rumah masing-masing, membayar
zakat, melaksanakan puasa ketika bulan Ramadhan dan puasa sunat serta menunaikan
ibadah haji akan boleh mewakili atau menjelaskan apa itu Islam.
Apa yang
nampak terlihat sebagai rukun Islam yang 5 perkara itu tentu saja mempunyai aspek
rohaniahnya, aspek esoteris yang mendukung gerak zahir daripada pelaksaaan
rukun Islam yang 5 perkara. Gerakan-gerakan zahir, ucapan yang keluar daripada
mulut akan boleh dilakukan oleh sesiapapun, bahkan orang yang baru mengenal
Islam sekalipun atau sangat awam akan begitu mudah memahami dan melaksanakan
ibadah yang diwajibkan dalam Islam.
Satu hal
yang harus kita fahami bersama bahawa Islam yang kita kenal sekarang bukan
turun dalam tempoh satu malam, bukan paket yang dihantar oleh malaikat kemudian
dilaksanakan oleh umat atau dalam bahasa mudahnya, Islam bukan agama ‘mee
segera’. Solat sebagai ibadah wajib baru dilaksanakan umat Islam setelah 13
tahun Nabi berdakwah, lalu ibadah apa yang dilaksanakan oleh umat sebelum
adanya kewajiban solat? Apakah mereka tidak beribadah sama sekali?
Selama 13
tahun Nabi menanamkan Tauhid, Kalimah Allah Yang Maha Tinggi iaitu La Ilaha
Ilallah yang merupakan perkara asas daripada agama. Kenapa harus memerlukan
waktu 13 tahun untuk mengajarkan ucapan pendek tersebut? Inilah yang menjadi
bahan renungan dan kajian kita bersama. Nabi menjelaskan bahawa perkerjaan
paling mudah adalah menyebut nama Allah dan pekerjaan paling sulit juga menyebut
nama Allah. Kalau hanya sekadar menyebut nama Allah atau mengucapkan syahadat,
maka seluruh manusia yang berakal dan boleh berbicara akan mampu mengucapkannya
akan tetapi mengucapkan kalimah Allah disertai oleh Allah itu pekerjaan yang
sangat sulit seperti yang dijelaskan oleh Nabi.
Kerana
agama mempunyai aspek zahir dan batin, tidak terkecuali juga Kalimah Syahadat,
mempunyai aspek zahir dan batin pula. Dalam sebuah hadist Qudsi Allah
Berfirman,
“La Ilaha Ilallah adalah kalimah KU dan dia adalah AKU, barangsiapa yang
menyebut La Ilaha Ilallah akan masuk dalam benteng-KU dan barangsiapa yang
masuk dalam benteng-KU maka dia terbebas daripada azab-KU”.
Pernahkah
kita kemudian mengkaji, membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah? membuktikan
bahawa diri kita masuk dalam kapsul yang Maha Menang sehingga Iblis beserta
bala tenteranya tidak akan boleh menembus hati sanubari kita? Pernahkah kita
membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah seperti yang tercantum dalam al-Qur’an
AR-RA’AD ayat 31 berikut :
“Dan sesungguhnya andai kata ada suatu bacaan (Kitab
Suci) yang dapat membuat gunung-gunung berjalan/ bergoncang dahsyat atau bumi dipotong-potong /
dibelah-belah atau orang-orang mati diajak berbicara / dapat berbicara (hidup
kembali) nescaya Kitab Suci itu ialah Al-Quran. Dan mereka pun tidak juga beriman
(dan juga masih tidak berikir juga untuk mengkajinya, walaupun Tuhan mengatakan
KEDAHSYATAN AL-QURAN itu bertubi-tubi)”
Para Auliya
Allah termasuk Guru saya sendiri telah mengkaji dan membuktikan secara nyata
dan fakta dan apa yang dilakukan Beliau boleh dilakukan juga oleh para murid
kerana memang memakai formula yang sama sehingga hasilnya sama. Al-Quran yang
kita kenal bukan hanya untuk dibaca, dialun-alunkan dengan nada indah atau
dipertandingkan di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, lebih jauh
Al-Quran apabila diketahui teknologinya boleh menghasilkan tenaga yang Maha
Dahsyat.
Subhanallah.
Rabu, 25 September 2013
Rahsia Sifat Manusia Pada Huruf Nama
Oleh : H.M Tuah Iskandar
Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan
anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya
ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri.
Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita
mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu
dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.
Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.
Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.
Misalnya, kalau TUAH jadinya :

Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.
Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang-kurangnya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan
itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan
untuk ditangisi tapi dinikmati.
Selasa, 9 Julai 2013
Cerpen - Ibu Oh Ibu
Dikarang Oleh : Mursyid Muda
Ibu Oh Ibu !
Menerima
cahaya mata adalah saat terindah buat mana-mana ibu yang melahirkan anak.
Walaupun melalui saat-saat sukar selama sembilan bulan sepuluh hari serta
melalui detik paling mencemaskan ketika melahirkan bayi tersebut, ia akan
hilang serta-merta setelah melihat bayi yang dilahirkan tersenyum ketika menatap
wajahnya. Ia terjadi juga terhadap Qalisya. Tetapi sakit yang dialaminya
sebulan yang lalu masih terasa hingga kini. Trauma ketika melahirkan bayi
tersebut masih terasa. Begitulah beratnya sakit kurnia dari tuhan ketika
melahirkan seorang anak yang sangat istimewa. Anak yang bakal menggegarkan dan membawa perubahan besar penduduk Kota Arked.
Dialah seorang bayi lelaki yang diberi nama ‘Azmi’ !
“Mari sini cucu atuk , biar
atuk dukung ya? Alalala, comelnya cucu atuk ni.”
Malib mengangkat Azmi dari
kendongan ibunya. Azmi tersenyum. Raut wajah bayi itu sangat comel.
“Ayah, bila kita nak adakan
kenduri kesyukuran ni?” - tanya Zikri.
“Ya tak ya juga. Dah sebulan
dia dilahirkan. Tapi masih belum buat kenduri kesyukuran lagi.”
“Apa kata kita buat malam
jumaat minggu depan?”
“Ayah pun fikir begitu
juga.”
“Kalau macam tu nanti aku
beritahu Abu tentang perkara ni. Bolehlah dia ajak kawan-kawan politik dia ke
majlis tu nanti.”
“Ha, eloklah tu. Bagus juga.
Sekurang-kurangnya mereka tau, kita dah ada seorang lagi ahli keluarga yang
baru. Hehhee” -ketawa Malib
“Heheee. Ayah, mintak sini
aku dukung. Nak jugak rasa bermanja-manja dengan anak buah kesayangan aku ni.”
– kata Zikri.
“Nah, pegang baik-baik.”
Ø Sebulan
kemudian di rumah Qalisya.
“Qalisya, umur budak ni dah
dua bulan.” – kata Riana.
“Ye la, sedar tak sedar, dah
dua bulan saya melahirkan Azmi.”
“Eh, dah cari ibu susuan dia
ke?”
“Hermm.belum lagi.”
“Ye la. Nanti kalau dah
diserahkan pada ibu susuan dia, boleh la awak bekerja cari nafkah untuk Azmi
nanti.”
“Itu lah. Takpe, esok boleh
Riana temankan saya cari ibu susuan dia?”
“Oh, boleh je. Nanti saya
bagi tau suami saya tentang perkara ni. Mintak izin dengan dia dulu.”
“Ye la. Nanti kalau jadi,
Riana datang la ke rumah ni ye?”
“Hehee, mestilah.”
“Eh, minum la air ni. Nanti
sejuk pulak.”
“Ok. Terima kasih.”
“Anak awak apa kabar? –
tanya Qalisya.
“Oh, dia sihat je. Seminggu
sekali ada juga menjenguk di rumah jagaan ibu susuan dia. Dah semakin berisi
badan dia. Rasa nak cubit-cubit je kalau tengok dia!!”
“Hehehee, ye ke? Kalau dah
habis tempoh jagaan dengan ibu susuan dia nanti, bawalah ke rumah ni. Saya nak
jugak tengok dia. Mesti comel kan? Ye la ibu dia kan cantik?”
“Heheehe. Terima kasih. Ye
la, nanti saya bawa dia ke sini ya.”
“Oh ya, muka dia mirip
siapa? Mirip Riana atau mirip wajah Adib ?”
“Hehee, alahh, mirip wajah
Adib. Ye la. Anak lelaki la katakan.”
“Hehhee, kacak la kalau dia
dah besar nanti ye?”
“Kalau kacak sangat nanti, takut
jadi 'buaya darat’ pulak. Hahaa !!”
“Hahaaa. Harap-harap jangan
la dia jadi nakal nanti ye? Kita sebagai ibu kena didik anak-anak kita supaya
jadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat.”
“Yurp, betul tu. Saya tak
nak dia jadi seperti orang-orang di tengah kota ni, terlalu ramai yang tak
bermoral ! Cukuplah apa yang saya telah
lalui sebelum ni. Bapak sendiri sanggup
jual anak dia kerana nak langsaikan hutang judi !”
“Hermm..ye la. Semoga jangan
berulang lagilah perkara yang macam tu pada generasi kita yang akan datang.”
“Harap-harap macam tu la.
Semoga ada insan yang dapat mengubah masyarakat kita ni menjadi lebih baik
akhlaknya.”
“Ye la. Banyak-banyaklah
kita berdoa kepada tuhan. Semoga dia menurunkan rahmat buat seluruh warga Kota
Arked ni.”
“Amin !!”
v Kampung
Raihan.
“Azmi, jangan nakal sangat
dengan ibu susuan kamu ni ya. Mak sayang Azmi. Jadilah anak yang baik untuk mak
dan juga ibu susuan kamu ni. Mak dah takde tempat nak bermanja dan berkongsi
kasih sayang lagi. Ayah kamu dah takde lagi.”
Qalisya menangis ketika
menatap wajah anaknya itu terimbas wajah arwah suaminya. Riana dan Delaila
hanya memandang sayu dua beranak itu dengan kerana kasihan melihat nasib yang
menimpa Qalisya.
“Sabarlah sahabatku Qalisya.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Kita sama-sama berdoa agar semuanya
akan berakhir dengan baik.”
“Herm….terima kasih Riana.
Saya pun harap macam tu juga.”
“Ye lah Riana. Saya janji
akan jaga dan sayang Azmi seperti anak kandung saya sendiri.”
“Terima kasih Delaila.”
“Sama-sama. Dah menjadi
tanggungjawab kita sebagai manusia.”
Qalisya dan Riana tersenyum
mendengar penjelasan dari Delaila itu.
Ø Tiga
tahun kemudian.
“Azmi , jom ikut mak?”
“Nak ke mana mak?”
“Mak nak ke kota. Nak beli
barang-barang sikit. Sambil tu boleh la kita jalan-jalan makan angin.”
“Jap..jap !.Azmi nak mandi
dulu, lepas tu nak pakai baju cantik-cantik !”
“Ye lah, anak mak ni ! Cepat
sikit ya, mak tunggu ni.”
“Ok !”
30 minit berlalu.
“Wah anak mak ni, pandai
pilih baju ye?. Kacaknya anak mak ni. mesti ramai budak perempuan yang terpikat
dengan Azmi nanti?”
“Hehehe, ye ke?”
“Ye lah. Jom kita bertolak
sekarang.”
“Jom, jom !! yea, yea, nak
keluar jalan-jalan, hehehe” – ketawa Azmi teruja.
Mendengar keletah dan ketawa
riang Azmi membuatkan hati Qalisya terasa sangat bahagia walaupun sudah
ketiadaan suaminya lagi. Mereka keluar ke rumah menuju ke pasar di
tengah-tengah Kota Arked.
“Eh, Riana ?!”
“Ha, Qalisya !”
“Kebetulan pulak y? Kita
jumpa di sini.”
“Ha, Azmi , apa kabar?” –
soal Riana.
“Sihat makcik.”
“Wah bukan main segak anak
awak ye Riana?” – tanya Qalisya.
“Takde lah makcik,
biasa-biasa je. Kairil takde la kacak sangat. Hehheeh” – jawab Kairil ketawa.
“Hehehe,
amboi pandai kamu menjawab ye?” Riana
mencelah.
“Hehehee, anak mak.” – jawab
Kairil.
“Dah alang-alang kita jumpa
ni, jom la kita jalan sama-sama.” -pelawa Riana.
“Ye lah. Tekak ni haus betul
la. Riana, jom kita pergi ke mana-mana gerai kedai minum.” – balas Qalisya.
“Oh, ok juga tu. Jom Kairil,
kita pergi minum dengan Azmi dan makcik Qalisya.”
“Jom, jom, jom !!” – jawab
Kairil teruja.
Kemesraan mereka berempat
menunjukkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Azmi dan Kairil main bersama-sama.
Adat kanak-kanak, tidak hilang daripada gurau-senda dan sentiasa riang gembira.
Setelah selesai minum, mereka semua berjalan-jalan sekitar kota mencari
barang-barang keperluan harian.
“Penatnya berjalan. Hari pun
dah petang ni. Rasanya elok kita balik dulu.”
“Ya lah Riana. Budak-budak
ni pun nampak macam da mengantuk je.”
“Herm, jom la kita balik.
Kairil, jom balik !”
Setelah kepenatan membeli-belah, mereka semua pulang menuju ke
rumah masing-masing untuk merehatkan diri.
v Bilik
Qalisya 10.25 malam.
“Azmi, sayang mak tak?”
“Sayanggg !!”
“Apa bukti Azmi sayang mak?”
“Nanti kalau Azmi dah besar,
Azmi akan bawa mak jalan-jalan. Kita pergi melancong jauh-jauh. Lepas tu nanti
Azmi belikan mak pakaian dan mainan, hehehehe.ok tak mak?”
“Hehehehee, pandai anak mak
ni. ok, mak pegang janji Azmi tu.”
“Mestilah pandai. Anak siapa
kan? Anak mak jugak .”
“Hermm, itu kalau Azmi dah
dewasa, kalau mak mati masa Azmi masih kecil lagi macam mana?” – soal Qalisya.
“Tak nak !! Azmi tak nak mak
mati ! kalau mak mati, Azmi nak ikut mak mati sekali !” – Azmi memberontak.
Qalisya menitiskan air mata
ketika mendengar jawapan Azmi.
“Jangan macam tu, Azmi tak
boleh ikut mak. Azmi mesti kena pandai jaga diri dan berdikari. Atuk kan ada ? Pakcik Zikri pun ada. Azmi ikutlah
mereka. Jagalah mereka kalau mereka dah tua nanti.”
“Mak jangan cakap macam tu.
Azmi tak nak mak mati. Azmi sayang mak…..”
Azmi memeluk ibunya dengan
erat. Dia menangis teresak-esak kerana terlalu sayangkan ibunya.
“Mak pun sayangkan Azmi
juga. Dah besar nanti, jangan nakal-nakal tau. Azmi mesti kene jadi anak yang
baik dan berguna untuk orang ramai. Azmi janji dengan mak ye?”
“Ya, Azmi janji. Azmi akan
jadi anak yang baik untuk mak.”
Kedua-dua anak dan ibu itu
menangis bersama-sama. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Qalisya
mengusap-usap ubun-ubun anaknya lantas mencium dahi dan pipi Azmi tanda sayang
kepada anak tunggalnya itu.
Ø Pada
keesokan harinya.
Seperti kanak-kanak yang
lain, Azmi juga seorang yang aktif. Dia
dan kanak-kanak yang lain dikejiranannya selalu ke luar bermain-main
berhampiran dengan kawasan rumah mereka.
“Fadhil, kau dah makan?”
“Dah.”
“Makan apa tadi?”
Makan roti bakar.”
“Oh, mesti sedap kan? Sarah,
kau pulak makan apa?”
“Sarah belum makan lagi.
Jarang makan pagi. Selalunya makan tengah hari terus.” – jawab Sarah.
“Oh, macam tu.”
“Ha, Azmi kita nak main apa
ye hari ni?” - tanya Fadhil.
“Kita main sembunyi-sembuyi
nak tak?”
“Oh, ok juga tu. Siapa yang
kene jadi tukang cari dulu?”
“Takpe, biar saya yang jadi
dulu. Saya pejam mata, lepas tu korang semua pergi la sembunyi. Nanti saya akan
cari sampai jumpa. Siapa yang saya jumpa dulu, dia la yang akan jadi ‘tukang
cari’ seterusnya. Tapi kalau orang yang kedua dapat cuit belakang badan saya
tanpa saya perasan, saya akan jadi ‘tukang cari’ sekali lagi. Hehhee.ok.” –
jelas Azmi teruja.
“Ok. Pejamlah mata sekarang
!” – jerit Fadhil.
Kanak-kanak di kejiranan
Azmi mempunyai hubungan yang sangat akrab. Biasanya, Azmi pasti akan dijadikan
ketua oleh rakan-rakan mereka apabila melakukan aktiviti. Begitulah cara
kehidupan Azmi ketika di zaman awal kanak-kanak. Kehidupannya sentiasa ceria
bersama kawan-kawan sekampung
.
Ø Beberapa
minggu selepas itu.
“Mana mak kau?” – tanya
Malib.
“Dia ada kat dapur tengah
masak, atuk.” – jawab Azmi.
“Oh, esok atuk nak ke Kota
Doni, jalan-jalan makan angin. Mak kamu ikut sekali. Azmi nak ikut tak?”
“Ha, jalan-jalan ?! Mesti la
nak ikut ! takkan la nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” –kata Azmi teruja.
“Hahahaa, yelah cucu atok
ni.”
“Ayah, makanan dah siap
terhidang ni.Mari la kita makan.” – pelawa Qalisya.
“Oh, kejap-kejap. Ayah
tengah bermain dengan Azmi ni.” – jawab Malib.
“Alahh, esok-esok la kalau
nak main pun, dah malam ni.” – rungut Qalisya.
“Hehee, yelah. Ha, Azmi, mak
kamu dah panggil suruh makan tu. Jom kita ke dapur.” – pelawa Malib.
“Jom , jom !!!”
Dua jam selepas menikmati
makan malam, Azmi dan Qalisya masuk ke dalam bilik tidur.
“Mak, kita nak pergi
jalan-jalan kat mana esok?” – soal Azmi.
“Entahlah Azmi, kata atuk,
dia nak pergi jumpa sahabat dia di Kota Doni. Sampai kat sana nanti, ada
kenduri meraikan perkahwinan anak sahabat atuk tu.”
“Oh, mesti seronok kan mak?”
soal Azmi teruja.
“Ye la, nanti kita boleh
jumpa pakcik Tarmizi. Dia merupakan sahabat karib arwah ayah Azmi suatu ketika
dulu. Dia pindah ke sana. Dia ada bukak perniagaan minyak wangi. Dengar cerita
dah semakin maju sekarang ni.”
“Oh, ye ke?”
“Ye betul.Hermmm…jom la kita
tidur ? Mak dah ngantuk sangat ni. Kepala pulak rasa pening-pening. Eloklah mak
tidur dulu. Esok Azmi kena bangun awal pagi. Kalau Azmi dah bangun pagi esok
tapi mak masih tidur, kejutkan mak ye?” – kata Qalisya letih tak bermaya.
“Ok. Mestilah, Azmi pun dah
tak sabar nak pergi jalan-jalan esok ni !” – jawab Azmi teruja.
“Azmi, mak sayangggg Azmi
tau, sayang mak tak?”
“Mesti la sayang.”
“Jadi anak yang baik bila
dah besar nanti ye?”
“Baik mak.”
Kedua-dua anak-beranak itu
saling berpelukan sehingga tertidur.
Ø Pukul
8 pagi keesokan harinya.
“Argggghhh, dah pagi
rupanya. Tak sabar rasanya nak pergi ke Kota Doni tu. Eh, mak masih tidur lagi?
Betul la kata mak malam tadi. Rupanya mak memang bangun lewat hari ni.” -bisik hati Azmi
ketika melihat ibunya masih memejam mata.
“Mak , mak !! bangun la !
hari dah siang ni !” – jerit Azmi.
Azmi menggoyang-goyangkan
badan ibunya supaya terjaga dari tidur.
“Mak, mak , kenapa tidur
lagi ni ?!”
Puas dia menggerakkan
ibunya, tetapi masih tidak bangun juga. Dia keluar bilik mencari atuknya. Azmi
melihat atuknya sedang beristirehat di ruang tamu.
“Atuk, mak tak nak bangun? Dah
puas Azmi gerakkan tapi tak nak bangun jugak !”
“Ha, biar betul ? Jarang nak
tengok mak kamu ni bangun lewat. Takpe, biar atuk pergi gerakkan dia.”
“Qalisya, Qalisya. Bangun
nak. Hari dah pagi ni. kejap lagi kita nak bertolak ke Kota Doni.”
Qalisya tetap tidak bangun
dari tidur. Kulit muka Qalisya kelihatan sangat pucat, akhirnya Malib membuat
keputusan untuk melihat gerak nadi dan pernafasan dari hidungnya.
“Atuk, kenapa atuk
menangis?” – soal Azmi kehairanan.
“Mak kamu…..” – jawab Malib
sayu.
“Kenapa dengan mak atuk?” –
soal Azmi semakin pelik.
“Mak kamu dah meninggal dunia.”
“Ha? Mak ! Mak tak boleh
mati ! Azmi masih kecik lagi ! Sudah la Azmi takde ayah , mak jangan tinggalkan
Azmi pulak ! Mak dah janji malam tadi nak bawak Azmi jalan-jalan kan ?! Makkkkkkkkkkkkkk
!!!!” – Azmi memberontak.
Azmi memeluk ibunya dengan erat,
dia meraung sekuat hati. Melihat
tindak-balas Azmi, Malib
menepuk-nepuk belakang Azmi untuk ditenangkan. Malib turut menitiskan air mata
mengenangkan nasib yang menimpa cucunya itu.
Khamis, 13 Jun 2013
Biografi Alexander The Great
· NAMA: Alexander The
Great
·
PEKERJAAN: King
TARIKH LAHIR: c. 356 SM
TARIKH LAHIR: c. 356 SM
·
TARIKH
KEMATIAN: c. 323 SM
·
PENDIDIKAN: Kuil Nymphs di Meiza (telah tutored oleh Aristotle di sana)
·
TEMPAT
LAHIR: Pella, Macedonia
·
TEMPAT
KEMATIAN: Babylon, Parsi (kini Iran)
·
AKA: Alexander the Great
·
AKA: Megas Alexandros
·
AKA: Great Alexander
Penakluk
dan Raja Macedonia, Alexander the Great dilahirkan 20 Julai 356 SM di Pella,
Macedonia. Semasa
kepimpinan beliau, beliau bersatu Yunani bandar-negeri dan membawa Liga
Corinthian.Beliau juga menjadi raja Parsi, Babylon dan Asia, dan
mewujudkan jajahan Macedonian di Iran. Walaupun
mengingati penaklukan Carthage dan Rom, Alexander meninggal dunia akibat
malaria di Babylon pada 13 Jun 323 SM.
Alexander the Great telah dilahirkan di rantau ini
Pella Macedonia pada 20 Julai, 356 BC kepada ibu bapa Raja Philip II dari
Macedon dan Permaisuri Olympia, anak kepada Raja Neoptolemus.Putera muda dan
kakaknya telah dibangkitkan di mahkamah diraja Pella ini. Membesar,
Alexander gelap mata dan kerinting kepala tidak pernah melihat bapanya, yang
menghabiskan sebahagian besar masa beliau terlibat dalam kempen ketenteraan dan
hal ehwal luar nikah. Walaupun Olympia berkhidmat sebagai model peranan
yang kuat untuk lelaki, Alexander berkembang untuk membenci ketiadaan bapanya
dan philandering.
Alexander mendapat pendidikan awal di bawah didikan
Leonidas.Leonidas, yang telah diupah oleh Raja Phillip untuk mengajar Alexander
matematik, menunggang kuda dan memanah, bergelut untuk mengawal pelajar derhaka
beliau. Tutor seterusnya Alexander adalah Lysimachus, yang menggunakan
peranan-bermain untuk menarik perhatian budak resah ini. Alexander
terutamanya gembira dalam menyamar Achilles pahlawan.
Dalam 343 SM, Raja Philip II mengupah ahli falsafah Aristotle untuk
tutor Alexander di Kuil Nymphs di Meiza. Sepanjang tiga tahun, Aristotle
diajar Alexander dan beberapa rakan-rakan beliau falsafah, puisi, drama, sains
dan politik. Melihat bahawa Iliad Homer diilhamkan Alexander untuk impian
untuk menjadi seorang pahlawan yang berani, Aristotle mewujudkan versi ringkas
satu jilid untuk Alexander untuk menjalankan dengan beliau pada kempen
ketenteraan.
Alexander pendidikan di Meiza dalam 340 SM Setahun
kemudian, ketika masih hanya remaja, beliau menjadi seorang askar dan memulakan
ekspedisi pertama tentera, terhadap suku kaum Thracian.Pada 338, Alexander
mengambil alih Berkuda sahabat dan dibantu bapanya mengalahkan tentera Athens
dan Theban di Chaeronea.Apabila Philip II telah berjaya dalam kempen beliau
untuk menyatukan semua negeri Yunani (tolak Sparta) ke dalam Liga Corinthian,
perikatan antara bapa dan anak tidak lama lagi hancur.Philip berkahwin
Cleopatra Eurydice, anak saudara Attalus Negara, dan bekas ibu Alexander,
Olympia. Alexander dan Olympia terpaksa melarikan diri Macedonia dan
tinggal bersama keluarga Olympia di Epirus sehingga Alexander dan Raja Philip
II dapat mendamaikan perbezaan mereka.
Pada 336, kakak Alexander berkahwin raja Molossian,
seorang bapa saudara yang juga dipanggil Alexander. Semasa perayaan yang
diikuti, Raja Philip II telah dibunuh di tangan Pausanias, seorang Macedonian
mulia.
Berikutan kematian bapanya, Alexander, maka 19,
bertekad untuk merebut takhta oleh apa-apa cara yang diperlukan. Beliau
cepat mendapat sokongan Tentera Macedonian, termasuk umum dan tentera beliau
telah berjuang dengan sekurang Chaeronea.
Tentera Alexander mengisytiharkan raja feudal dan diteruskan
untuk membantu beliau pembunuhan waris lain yang berpotensi untuk takhta. Pernah seorang ibu yang setia,
Olympia terus memastikan tuntutan anaknya takhta menyembelih anak kepada Raja
Philip II dan Cleopatra Cleopatra dan memandu dirinya untuk membunuh diri.
Walaupun Alexander adalah raja feudal Macedonia, dia tidak
mendapatkan kawalan automatik Liga Corinthian. Malah, negeri-negeri selatan
Greece telah meraikan kematian Philip II dan menyatakan kepentingan dibahagikan. Athens mempunyai agenda sendiri: Di
bawah kepimpinan demokratik Demosthenes , kerajaan
berharap untuk menjaga liga.Memandangkan mereka melancarkan gerakan kemerdekaan,
Alexander menghantar selatan tenteranya dan dipaksa rantau Thessaly ke mengakui
dia sebagai pemimpin Liga Corinthian.Kemudian pada suatu mesyuarat anggota liga di
Thermopylae, Alexander mencungkil penerimaan mereka terhadap kepimpinan beliau. Dengan kejatuhan 336, beliau
diterbitkan semula perjanjian dengan Yunani bandar-negeri yang dipunyai oleh Corinthian
League-dengan Athens masih enggan keahlian dan telah diberikan kuasa tentera
penuh dalam kempen menentang Empayar Parsi. Tetapi, sebelum bersedia untuk
berperang dengan Parsi, Alexander pertama menakluki Triballians Thracian di
335, mendapatkan sempadan utara Macedonia.
Kempen dan penaklukan
Sebagai Alexander telah hampir akhir kempen utara, beliau telah
dihantar berita bahawa Thebes, Yunani bandar-negeri, telah dipaksa keluar
tentera Macedonian yang garrisoned sana. Takut pemberontakan di kalangan
lain-lain bandar-negeri, Alexander melompat ke dalam tindakan, berarak-tentera
besar-besaran yang terdiri daripada 3,000 pasukan berkuda dan 30,000
infantri-selatan sepanjang jalan ke hujung semenanjung Yunani. Sementara itu, Alexander umum,
Parmenion, telah dibuat jalan ke Asia Minor.
Alexander dan tenteranya tiba di Thebes begitu cepat bahawa di
bandar-negeri tidak mempunyai peluang untuk menarik bersama-sama sekutu bagi
pertahanan. Tiga hari
selepas ketibaan beliau, Alexander membawa pembunuhan beramai-ramai Thebes. Ia adalah harapan Alexander bahawa
kemusnahan Thebes akan bertindak sebagai satu amaran kepada bandar-negeri
pemberontakan menimbang. Taktik
ugutan beliau terbukti berkesan; Yunani lain bandar-negeri, termasuk Athens,
memilih untuk berjanji perikatan mereka kepada Empayar Macedonian atau memilih
untuk kekal neutral.
Pada 334, Alexander memulakan ekspedisi Asiatic beliau, tiba di
Troy bahawa musim bunga. Alexander
kemudian berhadapan tentera berhampiran Sungai Grancius Parsi Raja Darius III;
tentera Darius 'telah pantas dikalahkan. Oleh kejatuhan, Alexander dan
tenteranya telah dibuat di seluruh pantai selatan Asia Kecil untuk Gordium, di
mana mereka mengambil musim sejuk untuk berehat. Pada musim panas tahun 333, tentera
Alexander dan Darius sekali lagi pergi menuju ke kepala dalam pertempuran di
Issus. Walaupun
tentera Alexander telah mengatasi, beliau menggunakan bakat beliau untuk
strategi ketenteraan untuk mewujudkan pembentukan yang mengalahkan Parsi lagi
dan disebabkan Darius melarikan diri. Pada bulan November 333, Alexander
mengisytiharkan dirinya raja Parsi selepas menangkap Darius dan menjadikan dia
seorang pelarian.
Sehingga seterusnya dalam agenda Alexander adalah kempen untuk
menakluk Mesir.
Selepas mengepung Gaza dalam perjalanan ke Mesir, Alexander
mudah dicapai penaklukan; Mesir jatuh tanpa rintangan. Pada 331, beliau mencipta bandar
Alexandria, yang direka sebagai hab budaya Yunani dan perdagangan. Kemudian tahun itu, Alexander
mengalahkan Persia dalam Pertempuran Gaugamela. Dengan keruntuhan Tentera Parsi,
Alexander menjadi "Raja Babylon, Raja Asia, Raja Empat Quarters Dunia."
Penaklukan seterusnya Alexander adalah timur Iran,
di mana dia mencipta jajahan Macedonian dan 327 dirampas kubu di
Ariamazes. Selepas
menangkap Prince Oxyartes, Alexander berkahwin dengan anak perempuan putera,
Rhoxana.
Pada 328, Alexander mengalahkan tentera Raja Porus 'di utara
India. Mencari
sendiri kagum dengan Porus, Alexander semula beliau sebagai raja dan memenangi
kesetiaan dan pengampunan beliau. Alexander palsu ke arah timur ke
Ganges tetapi pulang apabila tentera beliau enggan untuk memajukan mana-mana
lebih jauh. Dalam
perjalanan mereka kembali bersama-sama Indus, Alexander cedera oleh
pahlawan-pahlawan Malli.
Pada 325, selepas Alexander telah pulih, dia dan tenteranya
menuju ke utara di sepanjang lasak Teluk Parsi, di mana ramai menjadi mangsa
kepada penyakit, kecederaan dan kematian. Pada bulan Februari 324, Alexander
akhirnya mencapai bandar Susa. Terdesak untuk mengekalkan
kepimpinan beliau dan merekrut lebih askar, dia cuba untuk menyambung bangsawan
Parsi ke Makedonia untuk mencipta kelas pemerintah. Untuk tujuan ini, di Susa beliau
memerintahkan supaya sebilangan besar Macedonia berkahwin dengan puteri Parsi. Selepas Alexander berjaya merekrut
beribu-ribu askar Parsi ke dalam tentera, beliau menolak banyak tentera yang
sedia ada beliau Macedonia. Ini menimbulkan kemarahan tentera,
yang bercakap kritikal tentera baru Alexander dan mengutuk beliau untuk
mengamalkan adat resam Parsi dan adab. Alexander ditenangkan tentera
Macedonian dengan membunuh 13 pemimpin tentera Parsi. Perayaan Kesyukuran di Susa, yang
telah menjurus ke arah memantapkan ikatan antara Parsi dan Macedonia, dibentuk
untuk menjadi sebaliknya.
Kematian
Walaupun mengingati penaklukan Carthage dan Rom, Alexander the
Great meninggal dunia akibat malaria di Babylon pada 13 Jun, 323 SM Beliau
hanya berusia 32 tahun. Rhoxana
melahirkan anaknya beberapa bulan kemudian.
Selepas Alexander meninggal dunia, empayar runtuh dan
bangsa-bangsa di dalamnya berjuang untuk kuasa. Lama kelamaan, budaya Greece dan
Orient disintesis dan berkembang pesat sebagai kesan sampingan Empayar
Alexander, menjadi sebahagian daripada legasi beliau dan menyebarkan semangat
Panhellenism.
Sumber : © 2013 A + E Networks. Semua hak terpelihara.
10 Petanda Dia adalah Jodoh Kita !
Berikut adalah
10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber: PakarCinta.com

Langgan:
Catatan (Atom)