Rabu, 1 Ogos 2018

HUKUM MEKANIK KUANTUM ADALAH 80% DARIPADA ILMU KASYAF AHLI SUFI




           Di dalam kajian sains, pengkhususan di dalam hukum mekanik kuantum ada membincangkan tentang kejadian cahaya. Bagi kita pengamal ilmu tasawuf dengan method pelaksanaannya yang dikenali sebagai  tarekat (sufi), ianya sangat berkait rapat dan tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya adalah perkara ilmiah yang 80% hampir sama. Penggunaan istilah mekanik kuantum hanya memperlihatkan ianya tampak lebih moden, gah bergaya dan lebih digemari oleh saintis barat.


Penemuan teori relatif, halaju cahaya yang telah dipopularkan oleh saintis terkenal dunia iaitu Albert Einstein, beliau telah menampilkan formula yang tampak lebih gah dan profesional di zaman moden iaitu, E = mc*2. (Tenaga = jisim x halaju cahaya x halaju cahaya)

Jika di Malaysia, formula ini telah diperkenalkan dalam subjek fizik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ya, saya sendiri pernah berasa teruja dengan formula ini sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur pada sesi tahun 2001-2002 yang silam.



Di dalam Al-Quran, Surah An-Nur - Ayat 35 yang bermaksud,

"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi"

Menurut Al-Quran, matahari sebenarnya membakar dan mengeluarkan cahaya, sedangkan bulan hanya menerima cahaya dan memantulkan cahaya tersebut sehingga kita seakan-akan melihat bulan yang mengeluarkan cahayanya sendiri di waktu malam.


Perkara ini selari dengan penemuan kajian saintis barat, bahawa matahari sebenarnya adalah bintang sedangkan bulan adalah ibarat satelit.

Apa yang menarik dan harus menjadi renungan bersama, di dalam Surah Sad : Ayat 71-72 yang bermaksud :


Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat : 

"Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya, dan Ku tiupkan ke dalamnya dari roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya (dengan cara) bersujud"




Untuk kepastian, sila download terjemahan Al-Quran dalam aplikasi Google Play masing-masing.

Ramai orang cerdik yang belajar ilmu sains tahu, semua tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan oksigen untuk manusia bernafas. Sekaligus cahaya matahari juga dapat menyebabkan pokok dapat terus hidup dan dijadikan sebahagian daripada rantai makanan manusia untuk kelangsungan ekosistem makhluk di bumi agar berpanjangan.


Begitu juga dengan roh manusia, sudah pasti ianya memerlukan cahaya Tuhan agar manusia dapat berhubungan dengan Allah SWT di dunia secara langsung.

Ianya telah dijelaskan dalam hadis nabi riwayat Abu Daud,

"Jadikanlah diri mu (rohani mu) beserta dengan Allah. Jika belum boleh, jadikanlah diri mu beserta dengan orang yang (rohaninya) telah beserta dengan Allah. Maka (rohani) orang itulah yang akan menghubungkan engkau kepada Allah".


Diperkuatkan hujah lagi tentang maksud perkataan Wasilah yang telah direkodkan di dalam kitab Al-Quran,

Al-Maidah, Ayat 35 :


Perkataan "Wasilah" ini ada disebutkan di dalam doa selepas azan yang membawa maksud pangkat rohani salah seorang daripada Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW,






Bagi murid-murid sufi yang sudah mencapai level makrifat (mengenal dan berhubungan dengan Allah), mereka sangat faham dan sangat jelas tentang perkara ini. Disinilah tidak ada dinding yang membatasi antara manusia dan Allah SWT. Sudah pastilah tahap ketajaman kasyaf bagi setiap ahli sufi bergantung kepada level kerohanian masing-masing.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, kasyaf  itu adalah "sixth sense" atau deria ke-6 yang terbit dalam diri manusia.


"Sixth sense" adalah bahasa yang sudah tentu tampak lebih moden dan terkini dalam ilmu mekanik kuantum yang berkait rapat dengan kelajuan cahaya. Ianya bermaksud rohani seseorang manusia (ianya bersifat ghaib) dapat merentas ruang masa, dengan cara itu manusia dapat mengetahui samada tentang rahsia dirinya, orang lain, haiwan atau apa saja (masa silam, semasa atau masa depan).


Ianya bukan hanya boleh berlaku kepada Guru atau seorang individu, malah kepada semua murid sufi yang telah mencapai level pelajaran tertentu.





Halaju Cahaya



Di dalam teori relatif halaju cahaya yang dikemukan pada perenggan kedua diatas, ada dua perkara yang menarik untuk dikaitkan dengan peristiwa yang telah dicatatkan dalam Al-Quran, iaitu pemindahan sekelip-mata singgahsana istana Ratu Balqis dari kerajaan Sabak ke istana Nabi Sulaiman serta peristiwa agung, Israk dan Mikraj yang telah berlaku kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Bagi kaum sufi yang telah mengkaji dengan mendalam tentang ilmu ketuhanan, kedua-dua peristiwa bersejarah tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hukum mekanik kuantum hanyalah sebahagian daripada ilmu kasyaf atau sesetengah orang memanggilnya ilmu laduni. Ilmu kasyaf ini telah diolah oleh para saintis barat dengan menggunakan istilah mekanik kuantum.



Jadi disini, kita telah dapat membuat satu kesimpulan bahawa sebenarnya saintis di eropah dan amerika masih belum lengkap menyelesaikan kajian dan pencarian mereka tentang keberadaan Allah s.w.t. yang hakiki sifatnya.





Semoga ayat Al-Quran ini menjadi panduan dan renungan yang mendalam untuk kita bersama.



Allah SWT berfirman:

اِتَّخَذُوْۤا اَيْمَا نَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوْا عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗ اِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُوْنَ
ittakhozuuu aimaanahum junnatan fa shodduu 'an sabiilillaah, innahum saaa`a maa kaanuu ya'maluun

"Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 2)








Kita yang mana?





Sebagai penutup artikel ini, kami ingin menampilkan ayat Al-Quran yang sering digunakan ketika selesai amalan zikirullah khusus orang-orang sufi, 



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰۤاَ يَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ۖ 
yaaa ayyatuhan-nafsul-muthma`innah

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 27)



ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَا ضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ 
irji'iii ilaa robbiki roodhiyatam mardhiyyah

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 28)



فَا دْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِى ۙ 
fadkhulii fii 'ibaadii

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 29)


وَا دْخُلِيْ جَنَّتِى
wadkhulii jannatii

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 30)






Dengan perasaan rendah hati, semoga artikel ini menjadi rujukan bagi ilmuan muda khususnya sahabat-sahabat kami di Instagram, Twitter, TikTok dan Bigo Live agar membangunkan PUSAT PENGAJIAN TASAWUF yang berpaksikan method tarekat (kesufian) di sebuah lokasi terpilih di dalam parlimen Wangsa Maju.









Yang Benar,

Mursyid Muda (Guru Sufi),
Ahli Salasilah Guru Mursyid ke-37,
Tarekat Naqshabandi Tareef Abidin.






                       Sumber : Youtube

Selasa, 24 Julai 2018

Syarat Menjadi Guru Mursyid Sangat Ketat Bagi Golongan Sufi











Ada sebuah pertanyaan yang menarik bagi saya dan bagi kalangan pengamal tarekat. Pertanyaan itu tidak pernah ditanyakan dan dianggap tabu. Soalan yang sangat tabu itu berbunyi, 














“Kalau saya 
 mengamalkan zikir tarekat, berapa lama saya boleh menjadi Mursyid?”


Bagi kita yang telah menekuni tarekat tentu saja pertanyaan seperti itu ganjil kerana kita semua tahu bahawa tidak ada seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi guru yang Mursyid. Seorang Mursyid bukanlah hasil dari beramal, bukan pula kerana pengetahuannya tentang tarekat, bukan lamanya menekuni tarekat akan tetapi seseorang diangkat jadi Mursyid semata-mata kerana Allah SWT. Saya yakin pertanyaan diatas ditanyakan juga oleh sebahagian pembaca.


Dalam beberapa Tarekat termasuk Naqshabandi memang masih ada pengangkatan  banyak Mursyid seperti Tarekat Naqshabandi Al Khalidi yang ada di Aceh dibawah pimpinan Syekh Muhibuddin Wali bin Syekh Muhammad Wali Al Khalidy. Seorang yang telah diizinkan untuk memimpin suluk diberi gelaran mursyid sedangkan dibawahnya disebut wakil mursyid dan dibawahnya disebut khalifah sedangkan pimpinan secara keseluruhan dan menjadi Mursyid dari seluruh jemaah disebut Saidul Mursyid.



Biasanya pengangkatan Mursyid dilakukan setelah selesai suluk. Oleh Saidul Mursyid mengijazahkan Mursyid, wakil mursyid dan khalifah kepada orang-orang yang dianggap layak menerimanya. Setiap suluk terkadang diangkat 2 orang Mursyid, 3 orang wakil mursyid dan sejumlah khalifah sesuai dengan keperluan daerah.


Oleh kerana tradisi adanya pengangkatan lebih dari seorang Mursyid seperti yang saya ungkapkan di atas maka wajar kalau orang bertanya bilakah dirinya boleh menjadi mursyid dengan tujuan ingin membimbing manusia ke jalan Tuhan.


Di dalam Tarekat Naqshabandi yang saya tekuni tidak ada pengangkatan Syekh atau Mursyid kerana cuma ada satu Mursyid iaitu Guru kami sendiri. Gelaran khalifah pun tidak lagi dipopularkan kerana Beliau khuatir gelaran itu akan membuatkan murid-muridnya menjadi sombong dan jauh dari sifat-sifat ubudiyah (mengabdi kepada Allah). Beliau dengan rasa kerendahan hati merasa tidak berhak mengangkat khalifah. Beliau pernah mengatakan, 



“Biarlah gelaran khalifah itu Allah sendiri yang memberikannya”.



Untuk pengurusan yang sistematik, beliau telah menggantikan perkataan khalifah itu kepada kepada suatu perkataan yang lebih simple mengikut bahasa daerah beliau.



Tentang kriteria dan syarat-syarat untuk menjadi seorang Mursyid, 
“Syarat-syarat bagi seorang Mursyid amatlah berat, dan kalau saya ditanya, adakah saya telah memenuhi syarat-syarat untuk menjadi guru yang Mursyid? Maka jawabnya amat berat untuk mengatakan “ya”, atau kalau ingin jawaban yang mudah saja, “tidak tahu” 

Ini kerana, sebenarnya bukan saya sendiri  yang harus menilai kualiti diri sendiri (begitulah beratnya kriteria seorang Mursyid) namun saya melaksanakan tugas dengan sepenuh tenaga, sepenuh jiwa dengan hati yang sebulat-bulatnya. 

Siap melaksanakan suruhan daripada Guru saya yang juga merupakan suruhan dari Allah dan Rasul, iaitu menegakkan Dzikrullah dalam diri peribadi saya dan dalam peribadi umat manusia. Jadi beliau-beliau yang diataslah yang menilai akan kualiti diri saya”.

Selanjutnya kriteria guru yang Mursyid dapat dilukiskan atau digambarkan secara fakta ke dalam enam perkara berikut :


  1. Pilih guru kamu yang Mursyid, (dicerdikkan oleh Allah secara rohani), bukan oleh perkara-perkara yang lain dan ianya mendapat izin Allah dan redho-Nya.
  2. Guru yang memberi bekas pengajarannya, (kalau ia mengajar atau berdoa, maka berbekas pada murid, si murid berubah ke arah kebaikan).
  3. Masyhur ke sana dan ke mari. Kawan dan lawan mengatakan “Dia seorang Guru Besar”.
  4. Tidak dapat dicela oleh orang yang berakal akan pengajarannya, yakni tidak dicela oleh Al-Qur’an dan Al Hadist serta ilmu pengetahuan yang lain.
  5. Tidak membuat hal-hal yang tidak murni halalnya setelah dia memulakan dakwahnya dengan memakai status Guru Mursyid. 
  6. Sebahagian hatinya tidak mencintai dunia. Ia sangat mencintai Allah, walaubagaimanapun dia tetap bergelora di dunia, bekerja keras untuk mengabdi kepada Allah SWT tetapi bukan untuk mencintai dunia.
Seorang Mursyid sangat berhati-hati dalam hal-hal yang belum pasti positif hasil akhirnya. Hatinya tidak condong kepada dunia dan selalu berkekalan dalam zikirullah. Apapun gerak dan tindakannya selalu memohon izin dan petunjuk dari Allah SWT.


Kedudukan seorang Mursyid ibarat seorang panglima perang yang menunggang kuda dengan kelajuan yang tinggi sambil memegang segelas air yang penuh. Kuda harus berlari dengan kencang sedangkan air tidak boleh tumpah setitispun.



Mudah-mudahan ayat kiasan yang telah di 'highlight' tulisannya diatas, boleh memberikan gambaran kepada kita semua tentang Mursyid dan menurut saya, apa yang dikemukakan sudah mewakili dari semua kriteria Mursyid yang pernah dikemukakan oleh para syekh tarekat dari dulu sampai sekarang.
Semoga artikel yang agak simple ini bermanfaat untuk pembaca khususnya untuk "silent followers" kami di Malaysia yang menetap di Seremban, Putrajaya, Bukit Kewangan, Bangsar South, Damansara New Village, Shah Alam, Teluk Intan, Bintulu, Miri, Kudat dan beberapa daerah lain yang tidak dapat kami sebutkan disini atas faktor-faktor politik  semasa di Malaysia.

Harap maklum.



Isnin, 9 Julai 2018

Siapakah Manusia Yang Paling Pintar Menurut Rasulullah?


Sumber: wajibbaca.com

Biasanya ketika disebut pandai atau pintar kita akan sering mengelak, kecuali orang-orang tertentu. Definisi pintar yang hanya sebatas pandai dalam suatu bidang memang berguna untuk dirinya perwibadi, tetapi lain lagi dengan orang yang pintar lagi bijaksana.



Seseorang bisa disebut pintar karena biasanya ia selalu memecahkan sebuah solusi dengan cara yang lebih kreatif daripada orang lain. Pintar atau cerdas adalah sebuah gelar yang tak tertulis yang siapapun dapat memilikinya.

Baca Juga : Kita Sering Buruk Sangka Dengan Orang Lain, Karena Belum Tahu 5 Hal ini

Seseorang dikatakan cerdas juga karena ia menjadi penemu atau pencipta pertama suatu hal atau barang. Seperti profesor dan lain sebagainya. Bahkan orang yang pintar selalu dituntut untuk melakukan hal-hal yang luar biasa. Saat masih kanak-kanak, anak yang pintar biasanya boleh lompat kelas atau mendapat materi belajar yang lebih sulit. Karena itu, orang yang cerdas cenderung punya rencana yang besar di masa depannya. Selain itu, mereka juga biasanya mempunyai sebuah ambisi, yang mana ingin mencapai posisi yang lebih tinggi, dari yang dimilikinya sekarang. Namun berbeda dengan apa yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah Saw. Orang yang pintar itu tidak seperti apa yang disebutkan di atas. Lalu bagaimana orang yang pintar menurut Rasulullah Saw tersebut?

Orang yang pintar tersebut dijelaskan dalam hadits Rasulullah Saw.

1. Orang yang Pintar

Syaddad bin Aus mengatakan bahwa Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam bersabda :

"Orang pintar adalah orang yang mau mengoreksi dirinya sendiri dan beramal untuk kepentingan akhirat nanti. Dan orang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi berharap - harap terhadap Allah." (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Thabrani).

2. Orang yang Paling Pintar

Umar bin Khattab radhiyallaahu 'anhu meriwayatkan bahwa ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam, tiba - tiba muncul seorang sahabat Anshar.


Setelah mengucap salam kepada beliau, ia bertanya : "Ya Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ?"

Beliau menjawab : "Yang paling baik akhlaqnya." Kemudian ia bertanya lagi 

: "Siapakah orang mukmin yang paling pintar ?" 

Beliau menjawab : "Yang paling sering ingat kematian dan yang punya persiapan terbaik untuk menyambut apa yang terjadi sesudahnya (dalam erti kata lain sentiasa menambah ilmu dan melakukan eksperimen amalan kerohanian sehingga dapat membuat kesimpulan akhir yang positif di dunia). Mereka itulah orang yang paling pintar." (HR. Thabrani dan Ibnu Majah).

Menurut Rasulullah itulah ciri-ciri yang pintar dan orang yang paling pintar. Mirisnya saat ini banyak orang yang mempunyai gelar yang tinggi, akan tetapi mereka banyak tersangkut kasus korupsi. Sebab mereka tidak pernah mengoreksi diri sendiri dan beramal untuk kepentingan akhirat. Serta mereka jarang mengingat kematian. Mudah-mudahan kita termasuk golongan orang-orang yang pintar dan yang paling pintar seperti yang disebutkan oleh Rasulullah Saw tersebut. Amin, Ya Robbal'alamin.

Ahad, 1 Julai 2018

Piala Dunia 2018 : Selamat Pulang Portugal



Sumber : Harian Metro


SOCHI, Russia: Dua gol menarik Edinson Cavani membantu Uruguay menewaskan juara Eropah, Portugal 2-1 pada aksi peringkat 16 terakhir Piala Dunia menghiburkan, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Uruguay menempah aksi suku akhir menentang Perancis, Jumaat ini selain menghantar pulang Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo yang tampil dengan prestasi mengecewakan.
Cavani meletakkan Uruguay di depan seawal minit ketujuh apabila bijak memperdaya pertahanan Portugal dengan melonjak tinggi bagi menanduk masuk hantaran rakan serangannya, Luis Suarez.
Ketinggalan 0-1 ketika rehat, Portugal bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Pepe juga menerusi tandukan pada minit ke-55. Ia gol pertama yang dilepaskan Uruguay setakat ini pada Piala  Dunia Russia 2018.

Namun Uruguay kembali di depan tujuh minit kemudian apabila hantaran Rodrigo Bentancur bijak disambar Cavani yang melepaskan rembatan lencong menarik untuk menewaskan Rui Patricio buat kali kedua selain gol terakhir perlawanan.
Ronaldo dalam pada itu gagal menambah empat gol yang dijaringkan di Russia pada dua perlawanan awal dengan rekodnya buntu mencetak gol pada aksi kalah mati Piala Dunia berlarutan kepada enam perlawanan.
Peluang terbaik penyerang Real Madrid itu untuk meledak gol tiba selepas setengah jam tetapi sepakan percumanya dari jarak 30 meter sekadar menggegar palang.
Bagi Uruguay, satu-satunya perkara yang membimbangkan pengendalinya Oscar Tabarez adalah apabila Cavani terpaksa dikeluarkan pada lewat perlawanan sekali gus mencetus kegelisahan sama ada dia dapat diturunkan ketika bertemu Perancis.

Sabtu, 18 November 2017

Kesombongan Ahli Politik Indonesia Akhirnya Tunduk Setelah Ditegur Oleh Guru Sufi







Kisah ini adalah cerita daripada salah seorang tokoh Guru Sufi di Indonesia dalam menghadapi tekanan dan pandangan salah seorang muslim yang disampaikan oleh seorang tokoh parti politik di Indonesia yang sangat terkenal. Kita panggil saja namanya "DNA".




Dalam suatu rapat nasional bersama pimpinan-pimpinan nasional, bersamaan dengan itu, Guru Mursyid itu bertemu dengan DNA, beliau ingin menunjukkan bahawa seorang muslim yang sejati, genius, kuat dan bijak yang sebenarnya, bukanlah orang yang lemah, sombong, angkuh dan bongkak, yang dikiaskan dalam cerita berikut,


Zaman dahulu khabarnya binatang boleh berbicara dan bercakap-cakap. Kata sahibul hikayat, ada dua binatang sedang berbincang-bincang antara babi hutan dan kancil.


Babi ini sangat sombong kerana mempunyai taring yang menurutnya sangat kuat dan mantap!


Sudah pasti dengan kehebatan dan kekuatannya itu membuatkan si babi ingin menentang sesiapa saja jika ada yang lebih hebat selain dirinya! 

Si babi mendengar cerita daripada semua warga hutan  bahawa,

 "manusia adalah makhluk yang sangat kuat di hutan ini". 

Jadi, dia ingin sekali menguji level kehebatan sang Manusia itu.


Perbincangan si babi dengan si kancil, 

"Ada makhluk yang bernama manusia itu katanya hebat sekali dan selalu menang kalau beradu dengan binatang apa pun. Aku tidak percaya dan ingin mencuba bertanding dengannya, benarkah demikian kancil?" 

Lalu kancil berkata,

 "Itu benar babi, jangan berani kau melawan dia!" 


"Tapi, aku ada taring yang sangat kuat dan kekuatan ini sangat luar biasa! Kalau dibuat menyondol mangsa, maka kemungkinan besar akan mati manusia itu."  

"Benarkah engkau ingin mencuba bertarung dengannya?" tanya si kancil. 


"Ia betul, kalau tidak ada bukti, aku tidak akan percaya sampai mati dengan kesaktian si manusia" sahut babi. 


"Oh ya, kebetulan ada jalan yang biasa dilalui oleh manusia itu dan mari kita ke sana bersama-sama" kata kancil. 

"Ok, Mari!" jawab babi. 

"Tapi begini babi, kalau nanti ada manusia yang lalu di sini, aku akan beritahu dan jangan engkau menyerang dia sebelum aku bersembunyi terlebih dulu pada sumber air di hujung hutan ini, ya?" kata kancil. 

"Oh ya, baiklah kalau begitu" kata babi. 


Kedua-dua binatang itu bersembunyi disebalik semak di pinggir jalan. Hari yang masih pagi, muncullah seorang budak sekolah berusia 9 tahun berangkat ke sekolah melalui pinggir hutan. 

Bertanya si babi itu kepada kancil, " Apakah seperti itu, manusia yang engkau maksudkan, kancil?" 

"Bukan, itu bukan manusia tetapi masih bakal manusia" jawab kancil.


Pada siang hari seorang nenek tua ganyut berjalan melalui jalan yang diperhatikan oleh si kancil dan babi, nenek tersebut sedang mengumpulkan ranting-ranting di sekitar jalan yang dilalui lalu babi bertanya lagi, 

"Hai kancil, itukah manusia?" Maka kancil menjawab dengan santainya, "Bukan, itu mantan manusia"


Menjelang petang hari, muncullah seorang pemburu, yang menyandang 'senapang berloop dua' (sejenis senjata laras panjang dipangkal dan hujungnya) dengan sangkur yang terselip di pinggangnya. 

Lalu bertanya si babi pada si kancil, "Apakah itu yang disebut manusia?". 


"Oh ya betul, itulah yang dinamakan manusia. Tapi jangan kau menyerang dulu, aku akan bersembunyi dulu, selepas itu nanti aku memberi isyarat serang, kamu baru melakukan penyerangan" jawab kancil. 

"Oh ya, baiklah" kata babi." 

Manusia itu pun mula semakin dekat jaraknya dengan babi. 


Maka kancil memberi isyarat "Siap tempur!" Lantas, babi terus menyerang manusia itu, begitu pemburu itu mengetahui babi akan menyondol dengan taringnya, maka dengan secepat kilat pemburu itu mencabut pedang yang ada di pinggangnya lalu dihayunkan ke kepala babi maka putuslah telinga babi tersebut! 


Setelah kembali menyerang, maka ditariklah pelatuk senapangnya maka hancurlah kaki depan babi! lantas ia lari sambil tertatih-tatih kesakitan, menuju ke tempat  sewaktu sebelum melakukan penyerangan.


Si kancil menyapa babi yang sedang merintih kesakitan. Menanyakan bagaimana khabar dari pertempuran yang baru terjadi. Maka babi bercerita,

 "Ya, memang hebat manusia itu, seperti kata mu!"


Bagaimana tidak dikatakan hebat? 

Ketika aku datang menyondolnya dengan taring ku ini, tiba-tiba dia mencabut tulang rusuknya lalu dia menebas telinga ku hingga putus seperti yang kau lihat sekarang!


Ketika aku kembali menerjahnya lagi, lantas dia mengambil tulang punggungnya hingga menyebabkan kaki depan ku menjadi hancur!

Sehingga aku tidak boleh berjalan seperti ini. Maka sekarang aku mengaku bahawa manusia itu memang hebat!"



Begitu cerita Ulama Pewaris Nabi ke-35 kepada ahli politik Parti X.


"Hai DNA, jika anda selalu mengkritik tentang Islam yang selalu kurang di pola pikir anda, inilah produk Islam yang seutuhnya (sambil ulama itu menunjukkan dirinya kepada DNA). 


Manusia sang pemburu seperti cerita tadi, muslim seutuhnya tidak sama dengan yang anda nilai. "begitulah sindiran  Guru Mursyid itu kepada DNA. 

DNA benar-benar tersentak dengan teguran  beliau yang serius menentang DNA dalam pembuktian sebagai insan Ilahi yang seutuhnya. 

Sebelum ini, DNA anggap sebagai bualan dan khayalan saja. DNA benar-benar diam seribu bahasa menerima tentangan  Guru Mursyid yang terkenal dengan kecendekiawannya, kealimannya dan kehebatan-kehebatan yang lain.


Asal-usul cerita itu disampaikan kepada DNA kerana beliau memandang rendah terhadap agama Islam. Beliau melihat seorang anak pak kiyai minum arak, seorang ustaz yang dengan mudah makan rasuah.


"Kalau begitu, apa gunanya agama Islam? Islam sebagai agama candu belaka, tidak ada ertinya langsung, lebih baik tidak beragama dan ikut komunis atau atheis yang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan". 


Mendengar perkataan DNA itu, maka Guru Mursyid itu menyampaikan cerita kiasnya itu untuk benar-benar membuktikan produk Islam yang seutuhnya tersebut sebagai contoh insan Ilahi, ulama pewaris nabi yang sejati.


Di atas adalah perbedaan sebagai renungan bagi orang yang sudah menjalankan Islam secara kaffah atau lengkap ilmu dunia dan akhirat yang tentunya mempraktikkannya dengan method yang smart sehingga mengeluarkan energi dan power yang rahmatan lil alamin (rahmat seluruh alam) kepada sekitarannya.

Kesungguhan dan kesabaran untuk mengasah intan yang telah diberikan oleh Allah SWT di dalam diri kita semua, sehingga kilaunya saja sudah membuat hati semua insan tertarik untuk mencuba memegangnya dan memilikinya.


Semoga tulisan ini bermanfaat hendaknya. Amin. 

Allah hu Akbar!

Selasa, 24 Oktober 2017

6 TANDA ANDA MUNGKIN GENIUS!




Sumber : Kejadian Aneh

Dunia memiliki begitu banyak rahasia dan fakta yang tidak bisa diungkap secara jelas dan gamblang. Salah satu fakta yang masih juga menjadi misteri adalah tingkat kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang. Banyak dari mereka yang tidak sadar jika di dekatnya terdapat orang yang cerdas atau mungkin kamu sendiri tidak tahu secara pasti jika nyatanya, kamu adalah orang yang cerdas.

Lantas apa saja tanda-tanda yang secara umum dimiliki oleh orang yang cerdas? Berikut ini merupakan enam tanda orang cerdas. Siapa tahu kamu adalah salah satunya. 


1. Cenderung melakukan pekerjaan di malam hari

Penelitian menyebutkan, jika mereka yang memilih waktu malam untuk  beraktivitas, serta bisa memberikan kemampuan terbaik mereka di malam hari, merupakan tipe dengan IQ tinggi.

Begadang memang bukan pilihan tepat untuk belajar atau mencerdaskan otak, namun bagi orang pintar, umumnya lebih suka bekerja di malam hari dan lebih sulit untuk cepat tidur. Mereka yang demikian itu, biasanya memiliki keterampilan yang mampu membuat orang lain terkejut.


2. Tidak Pernah Merasa Berpuas Hati Dengan Prestasi Sendiri

Salah satu kegagalan terbesar dalam mempertahankan kesuksesan adalah ‘terlena’ dengan kemampuan atau prestasi yang sudah kita miliki saat ini. 
Bagi orang cerdas, mereka tidak pernah merasa puas hati dengan hasil yang mereka sudah raih saat ini, berpuas hati dalam arti positif disini adalah mereka akan selalu mencari terobosan atau inovasi baru agar semakin berkembang dan semakin sulit disusul oleh para pesaingnya.

3. Pendiam

Orang dengan sifat pendiam, umumnya mudah disalah pahami. Mereka umumnya dijuluki sebagai orang introvert dan kurang bisa bergaul dengan sekitar. Nyatanya, hal ini tidaklah selalu benar.

Mereka dengan IQ yang cerdas, umumnya cenderung menahan diri untuk berbicara  karena ingin membaca situasi dengan baik. Setelahnya, mereka akan berbicara di waktu yang tepat. Mereka merupakan tipe orang yang berpikir terlebih dahulu sebelum mengucapkan sesuatu.

Setelahnya mereka akan merespon pembicaraan dengan inti bicara yang memadai. Inilah kenapa, pembicaraan mereka umumnya berkualitas alias berbobot.

Mereka yang pendiam, akan lebih diperhatikan saat berbicara. Banyak orang yang akan menaruh hormat, sehingga ide yang mereka ungkapkan pun biasanya akan selalu diprioritaskan dan dipertimbangkan.


4. Mampu menghadapi masalah dengan baik.


Tiap orang sudah tentu memiliki masalahnya masing-masing. Namun yang paling penting adalah bagaimana cara mereka bisa lepas dari masalah tersebut. Bisakah mereka menemukan solusi atas masalahnya atau malah terkurung dalam masalah tanpa solusi.

Mereka yang cerdas, umumnya tahu bagaimana cara memprioritaskan serta menangani masalah yang muncul. Mereka bisa mencari jalan keluar dengan baik sebelum masalah mulai membesar dan menjadi sulit untuk dikendalikan.

Jika kamu merupakan tipe orang yang menghadapi masalah dengan baik serta menyambut tantangan, ada kemungkinan jika kamu adalah orang yang cerdas. Mereka dengan IQ cerdas, biasanya akan berpikir dulu sebelum melakukan tindakan.

Mereka juga akan memikirkan segala sesuatu dengan baik sehingga mampu menjadi seorang perencana yang cukup handal. Slogan paling terkenal bagi orang-orang cerdas adalah, Jalan Keluar Terbaik dari Masalahmu adalah MENGHADAPINYA.

5. Menyukai Seni dan Bermain Game


Hampir di setiap negara maju, janin bayi dalam kandungan Ibu selalu di dengarkan musik klasik. Konon, musik ini bagus untuk perkembangan janin karena memiliki tempo dan struktur nada yang teratur, sehingga bisa memberikan sebuah penggambaran tersendiri bagi otak si calon bayi. Selain musik, kita juga bisa melihat contoh dari seorang anak kecil yang menyukai bermain video game.

Fakta unik dari video game adalah mengajarkan anak untuk berpikir cerdas dalam menaklukan lawan. Mereka akan selalu berpikir kreatif dalam hal menyusun strategi atau perencanaan agar menang. Dan ini sangat berguna untuk menyelesaikan masalah jika nanti mereka hadapi dalam kehidupan nyata.

Selain itu, bermain game juga bisa mengajari mereka arti bekerja sama dalam tim (multiplayer), konsep ini akan melatih pola pikir mereka jika nanti bekerja di dunia nyata, mereka pasti bisa berinteraksi dan bekerja sama dengan tim kerjanya untuk meraih kesuksesan.
6. Bergaul dengan orang yang pintar biar ketularan
Pergaulan mempunyai dampak yang begitu besar dalam kehidupan sehari- hari. Pergaulan seseorang nyatanya menunjukkan bagaimana cerminan  kepribadian dari orang tersebut. Jika kamu cenderung memilih bergaul dengan orang pintar dan kreatif, maka kamu akan punya banyak ide atau inspirasi agar masa depanmu lebih baik, bahasa gaulnya ketularan pinter!

Bergaul dengan orang yang pintar merupakan pilihan yang tepat. Kamu bisa bertanya mengenai hal apapun yang membuatmu penasaran. Seorang yang cerdas, identik dengan rasa ingin tau yang luar biasa bahkan pada hal yang terbilang remeh sekalipun.

Tanyakan apa yang ingin kamu ketahui, karena dengan bertanya, maka akan banyak hal yang bisa kamu mengerti. Tingkat kecerdasan, nyatanya tidak bisa hanya dilihat dari segi penampilan semata. Bukan berarti mereka yang memakai kacamata atau yang berpenampilan esmod tentu memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi.

Faktanya orang-orang cerdas yang berhasil meraih kesuksesan dalam hidupnya, kebanyakan berasal dari keluarga biasa-biasa saja dan bukan keluarga kaya raya. Tahu penyebabnya? Karena mereka tidak biasa hidup selalu dituruti oleh orang tuanya alias dimanja. Dan jika mereka ingin meminta sesuatu harus menunjukkan prestasinya terlebih dahulu.