Khamis, 9 Jun 2016

Apakah Maksud Program NLP Minda Separa Sedar?






 Sumber : Hamba Allah



Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.



Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.



Sejarah NLP


NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz pada pertengahan tahun 1970'an oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa di universiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).




Definisi NLP


Pendekatan mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan  itu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.

Pakar-pakar dan  pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:




  • “NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.
  • “NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia”.......... John Grinder.
  • “NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts




Aplikasi NLP

Anthony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia. Malahan Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan tenis Andre Agasi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas prestasinya menurun beberapa waktu.



Buku-buku terkenal tulisan Anthony Robbins iaitu "Unlimited Power" dan "Awaken The Giant Within" secara khususnya memperihalkan bagaimana teknologi NLP boleh digunakan dalam mencapai apa juga yang kita mahu. Walaupun beliau menukarnya kepada satu akronim yang baru iaitu NAC (Neuro Associative Conditioning) hakikatnya apa yang dipaparkannya adalah berlatarbelakangkan NLP.



Bagaimana NLP Dapat Membantu Setiap Individu


Selagi setiap manusia yang dipanggil insan masih lagi mempunyai apa sahaja kemahuan atau keinginan maka sesukar dan sesulit mana pun kemahuan tersebut NLP dapat membantunya untuk mencapai keinginan tersebut.

Dua soalan utama NLP iaitu "Apakah yang saya mahu?" adalah sebagai penunjuk arah tuju dan kompas bagi sesuatu destinasi keinginan. Ini disusuli dengan pertanyaan "Bagaimanakah saya dapat mencapainya?" yang merupakan soalan proses dan kaedah serta rancangan dan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.


Oleh kerana semua tindakan merupakan perlakuan yang dicerna dan dikendali oleh minda maka apa juga program serta skrip yang kita jana bentuk dan jana dalam minda akan mempengaruhi hasil yang diperolehi. Komunikasi dari minda kepada motor yang mengawal saraf dan otot yang mengendali tindakan penting bagi mendapatkan sesuatu. 


Disinilah peranan bahasa dalam menghubungkan neuro atau saraf kepada otak. Skrip yang kita bina menjadi baris-baris atau 'kod-kod seperti dalam program komputer. Setiap baris menghasilkan sesuatu. Jika baris itu dapat ditukar dan digantikan maka pastinya hasil yang diperolehi juga berubah dari sebelumnya.



Oleh sebab penggantian inilah ia menghasilkan sesuatu dengan cepat sekali. Trauma dan fobia dapat diubah dalam masa yang pendek. Apabila skrip "ketakutan" atau "kebencian" diubah dalam minda maka hasilnya juga berubah. 

Tiada lagi ketakutan atau kebencian. Kod ketakutan atau kebencian sudah digantikan dengan kos lain. Dan saraf serta otot yang menimbal balas akan mengikut arahan minda yang baru melalui koding yang baru.


Ianya nampak amat abstrak tetapi kaedahnya penuh dengan tatacara dan konsep saintifik yang dapat dibuktikan. Hasil yang diperolehi adalah bukti yang paling nyata.


Maka jika anda inginkan sesuatu yang masih elusif atau bagaikan mengejar pelangi petang maka kaedah NLP pastinya dapat membantu anda.

Semoga ianya bermanfaat. Amin.
 

Sabtu, 14 Mei 2016

Refresh Mursyid Kali ke-2



Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita dilimpahkan nikmat kurnia yang sentiasa memenuhi ruang hidup. Bagi saya, antara nikmat yang paling saya syukuri adalah nikmat tubuh badan yang sihat.

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya, kerana sekali lagi telah diperbaharui mandat yang telah diberi tidak lama dahulu

Pada tanggal 4 Mei, lebih kurang pukul 4.00 am sekali lagi saya bermimpi berada di surau yang merupakan pusat perguruan saya ketika dahulu. Pada ketika itu kelihatan seperti sebuah majlis yang gilang-gemilang diadakan. Ramai murid berada di segenap penjuru surau yayasan tersebut.

Disuatu ruang, muncul Almarhum Guru saya iaitu Ahli Silsilah Guru Mursyid yang Ke-36.
Ketika itu saya berdiri dihadapan mihrab surau tersebut.

Satu ayat yang tidak akan saya lupa di dalam mimpi tersebut adalah beliau berkata,

"Bukan saya yang sepatutnya berada di ruang mihrab itu, tetapi beliaulah  yang seharusnya duduk di ruang mihrab itu ( dengan menyebut nama saya), sambil Ahli Silsilah Guru Mursyid Ke-36 itu menepuk tangan."

Saya membalas tepukan tangan daripada Beliau dan diperhatikan oleh seluruh warga dewan surau yang berada disitu.

Sebaik saja pengunguman daripada Guru saya itu, saya bersalaman dengan beberapa orang yang berada di surau itu. Antara wajah yang masih saya ingat ketika saya bersalaman adalah Rahmat Geni, beliau pernah belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia satu ketika dahulu. Kali terakhir saya tahu berita tentang beliau adalah ketika beliau menyambung ijazah Master di benua Eropah. Rahmat Geni merupakan rakyat Indonesia.  :)


Di dalam mimpi tersebut terlihat juga kelibat anak kandung Guru saya.

lebih kurang begitu lah mimpinya.

......................................

Sebenarnya mimpi ini terjadi kerana sebelum saya tidur pada malam itu, saya telah berdoa kepada Allah SWT, memohon petunjuk kepada-Nya samada saya harus meneruskan perguruan ini atas kapasiti saya sendiri sebagai seorang Guru Mursyid.

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi mandat dan pada kali ini Guru saya sendiri mengeluarkan fatwanya di dalam mimpi tersebut.

Sebenarnya catatan ini saya tulis bukanlah untuk dibaca oleh orang awam, tetapi ditujukan kepada para pengamal tasawuf atau ahli makrifat yang bertebaran di muka bumi ini. Ia terjadi kerana ada diantara mereka yang kurang arif mempertikaikan tugas saya sebagai Ahli Silsilah Guru Mursyid yang ke-37.

Bagi ahli makrifat, untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara samada yang zahir mahupun di alam mimpi, mereka akan menggunakan signal Muroqabah.

Signal petunjuk langsung daripada-Nya.


Selasa, 12 Ogos 2014

Kerana Mu Malaysia


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan 

Berkereta jenama negara 
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga....

Kerana Mu

Kami mendakap tuah

Kerana Mu 

Kami bangsa berjaya

Kerana Mu 

Kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Kerana Mu 

Kami bebas merdeka

Kerana Mu

Nyawa dipertaruhkan

Kerana Mu

Rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara.......

Kerana Mu

Negara Malaysia

Malaysia.......

Terima Kasih Malaysia !
------------------------------------------------------



Fikirkan Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan

Fikirkan Boleh !

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan

Engkau Boleh !


Ahad, 6 Julai 2014

Argentina Juara FIFA World Cup 2014?



Demam Piala Dunia kembali lagi. Keghairahan beserta semangat kesukanan yang tinggi, ramai diantara kita yang mengambil bahagian sebagai penonton acara perlawanan bola sepak dunia ini. 


Ada yang menyokong pasukan A,
Ada yang menyokong pasukan F.

Ada yang menyokong pasukan daripada negara kelahiran Brazil,
Ada juga yang menyokong daripada negara kelahiran England. 

Masing-masing mempunyai harapan tinggi untuk menang terhadap pasukan pilihan mereka.

Secara jujurnya, Saya bukanlah peminat bola sepak. Sejak daripada zaman sekolah tak minat bola sepak. hehehe.

Tetapi apabila dah dewasa, apatah lagi sudah melibatkan diri dalam bidang kepimpinan manusia, jadi Saya harus mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dunia saat ini.

Dipendekkan cerita, pada Piala Dunia kali ini Saya telah memilih Argentina sebagai pasukan kegemaran.

Kenapa Saya memilih Argentina?

Bukan kerana Saya minat bola sepak,
Bukan kerana kehebatan pasukan itu,


Tetapi oleh kerana Buenos Aires, Argentina adalah lokasi dakwah Saya di benua Amerika Latin untuk Misi Luar Biasa Tahun 2025


Itu saja. Boleh?  :)


Ya, Saya doakan Argentina menang. Amin, amin, amin, Ya robbal'alamin. 






Selasa, 24 Disember 2013

Islam Itu Sebenarnya Berlapis-lapis (jilid 2)




Oleh : Hamba Allah


Sudah menjadi hukum pasti yang berlaku di alam bahawa di dunia ini segala sesuatu diciptakan Allah dengan berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat yang kesemuanya itu mempunyai tujuan tersendiri. Allah menciptakan bumi berlapis-lapis, bermula daripada lapisan paling atas berupa tanah yang subur, kemudian dibawahnya ada batuan yang keras sampai kemudian kepada kerak bumi yang terdiri dari batuan cair yang sangat panas dan kesemua susunan yang begitu teratur itu mempunyai tujuan dan tunduk kepada hukum Alam (Sunatullah) yang diciptakan oleh Allah saat dunia ini diciptakan. Buah-buahan ciptakan dengan berlapis, tanaman pun demikian bahkan atom sebagai bahagian benda terkecil yang diketahui manusia saat ini juga mempunyai lapisan.


Begitu juga Agama Islam yang kita kenal, mempunyai tingkatan atau lapisan yang dengan tingkatan tersebut memudahkan manusia untuk mempelajari agama. Syariat merupakan kumpulan hukum-hukum atau aturan yang harus dijalankan oleh umat Islam adalah pintu paling depan, etalase yang mewakili Islam itu sendiri. Orang yang belum mengenal Islam ketika ditanya apa itu Islam, kita boleh menjelaskan dengan sederhana melalui Rukun Islam yang dikerjakan oleh umat Islam seluruh dunia. Melalui ucapan syahadat, pelaksanaan solat 5 waktu dan solat sunat di masjid atau di rumah masing-masing, membayar zakat, melaksanakan puasa ketika bulan Ramadhan dan puasa sunat serta menunaikan ibadah haji akan boleh mewakili atau menjelaskan apa itu Islam.


Apa yang nampak terlihat sebagai rukun Islam yang 5 perkara itu tentu saja mempunyai aspek rohaniahnya, aspek esoteris yang mendukung gerak zahir daripada pelaksaaan rukun Islam yang 5 perkara. Gerakan-gerakan zahir, ucapan yang keluar daripada mulut akan boleh dilakukan oleh sesiapapun, bahkan orang yang baru mengenal Islam sekalipun atau sangat awam akan begitu mudah memahami dan melaksanakan ibadah yang diwajibkan dalam Islam.

Satu hal yang harus kita fahami bersama bahawa Islam yang kita kenal sekarang bukan turun dalam tempoh satu malam, bukan paket yang dihantar oleh malaikat kemudian dilaksanakan oleh umat atau dalam bahasa mudahnya, Islam bukan agama ‘mee segera’. Solat sebagai ibadah wajib baru dilaksanakan umat Islam setelah 13 tahun Nabi berdakwah, lalu ibadah apa yang dilaksanakan oleh umat sebelum adanya kewajiban solat? Apakah mereka tidak beribadah sama sekali?


Selama 13 tahun Nabi menanamkan Tauhid, Kalimah Allah Yang Maha Tinggi iaitu La Ilaha Ilallah yang merupakan perkara asas daripada agama. Kenapa harus memerlukan waktu 13 tahun untuk mengajarkan ucapan pendek tersebut? Inilah yang menjadi bahan renungan dan kajian kita bersama. Nabi menjelaskan bahawa perkerjaan paling mudah adalah menyebut nama Allah dan pekerjaan paling sulit juga menyebut nama Allah. Kalau hanya sekadar menyebut nama Allah atau mengucapkan syahadat, maka seluruh manusia yang berakal dan boleh berbicara akan mampu mengucapkannya akan tetapi mengucapkan kalimah Allah disertai oleh Allah itu pekerjaan yang sangat sulit seperti yang dijelaskan oleh Nabi.

Kerana agama mempunyai aspek zahir dan batin, tidak terkecuali juga Kalimah Syahadat, mempunyai aspek zahir dan batin pula. Dalam sebuah hadist Qudsi Allah Berfirman,

“La Ilaha Ilallah adalah kalimah KU dan dia adalah AKU, barangsiapa yang menyebut La Ilaha Ilallah akan masuk dalam benteng-KU dan barangsiapa yang masuk dalam benteng-KU maka dia terbebas daripada azab-KU”.

Pernahkah kita kemudian mengkaji, membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah? membuktikan bahawa diri kita masuk dalam kapsul yang Maha Menang sehingga Iblis beserta bala tenteranya tidak akan boleh menembus hati sanubari kita? Pernahkah kita membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah seperti yang tercantum dalam al-Qur’an AR-RA’AD ayat 31 berikut :

“Dan sesungguhnya andai kata ada suatu bacaan (Kitab Suci) yang dapat membuat gunung-gunung berjalan/  bergoncang dahsyat atau bumi dipotong-potong / dibelah-belah atau orang-orang mati diajak berbicara / dapat berbicara (hidup kembali) nescaya Kitab Suci itu ialah Al-Quran. Dan mereka pun tidak juga beriman (dan juga masih tidak berikir juga untuk mengkajinya, walaupun Tuhan mengatakan KEDAHSYATAN AL-QURAN itu bertubi-tubi)”

Para Auliya Allah termasuk Guru saya sendiri telah mengkaji dan membuktikan secara nyata dan fakta dan apa yang dilakukan Beliau boleh dilakukan juga oleh para murid kerana memang memakai formula yang sama sehingga hasilnya sama. Al-Quran yang kita kenal bukan hanya untuk dibaca, dialun-alunkan dengan nada indah atau dipertandingkan di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, lebih jauh Al-Quran apabila diketahui teknologinya boleh menghasilkan tenaga yang Maha Dahsyat.


Subhanallah.



Rabu, 25 September 2013

Rahsia Sifat Manusia Pada Huruf Nama

 Oleh : H.M Tuah Iskandar

Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada. 


Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.


A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

F = semua orang menyayangi.

G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J = anda seorang yang cemburu.

K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

M = kejayaan mudah datang kepada anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka.

P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R = anda seorang yang gemar bersosial.

S = anda sangat broad-minded.

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

V = fizikal anda baik sekali.

W = anda suka menyendiri.

X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.

Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.


Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.




Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.

Misalnya, kalau TUAH jadinya :

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.



Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang-kurangnya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.

Selasa, 9 Julai 2013

Cerpen - Ibu Oh Ibu



Dikarang Oleh : Mursyid Muda  


Ibu Oh Ibu !


Menerima cahaya mata adalah saat terindah buat mana-mana ibu yang melahirkan anak. Walaupun melalui saat-saat sukar selama sembilan bulan sepuluh hari serta melalui detik paling mencemaskan ketika melahirkan bayi tersebut, ia akan hilang serta-merta setelah melihat bayi yang dilahirkan tersenyum ketika menatap wajahnya. Ia terjadi juga terhadap Qalisya. Tetapi sakit yang dialaminya sebulan yang lalu masih terasa hingga kini. Trauma ketika melahirkan bayi tersebut masih terasa. Begitulah beratnya sakit kurnia dari tuhan ketika melahirkan seorang anak yang sangat istimewa. Anak  yang bakal menggegarkan dan  membawa perubahan besar penduduk Kota Arked. Dialah seorang bayi lelaki yang diberi nama ‘Azmi’ !

“Mari sini cucu atuk , biar atuk dukung ya? Alalala, comelnya cucu atuk ni.”
Malib mengangkat Azmi dari kendongan ibunya. Azmi tersenyum. Raut wajah bayi itu sangat comel.
“Ayah, bila kita nak adakan kenduri kesyukuran ni?” - tanya Zikri.
“Ya tak ya juga. Dah sebulan dia dilahirkan. Tapi masih belum buat kenduri kesyukuran lagi.”
“Apa kata kita buat malam jumaat minggu depan?”
“Ayah pun fikir begitu juga.”
“Kalau macam tu nanti aku beritahu Abu tentang perkara ni. Bolehlah dia ajak kawan-kawan politik dia ke majlis tu nanti.”
“Ha, eloklah tu. Bagus juga. Sekurang-kurangnya mereka tau, kita dah ada seorang lagi ahli keluarga yang baru. Hehhee”  -ketawa Malib
“Heheee. Ayah, mintak sini aku dukung. Nak jugak rasa bermanja-manja dengan anak buah kesayangan aku ni.” – kata Zikri.
“Nah, pegang baik-baik.”


Ø  Sebulan kemudian di rumah Qalisya.

“Qalisya, umur budak ni dah dua bulan.” – kata Riana.
“Ye la, sedar tak sedar, dah dua bulan saya melahirkan Azmi.”
“Eh, dah cari ibu susuan dia ke?”
“Hermm.belum lagi.”
“Ye la. Nanti kalau dah diserahkan pada ibu susuan dia, boleh la awak bekerja cari nafkah untuk Azmi nanti.”
“Itu lah. Takpe, esok boleh Riana temankan saya cari ibu susuan dia?”
“Oh, boleh je. Nanti saya bagi tau suami saya tentang perkara ni. Mintak izin dengan dia dulu.”
“Ye la. Nanti kalau jadi, Riana datang la ke rumah ni ye?”
“Hehee, mestilah.”
“Eh, minum la air ni. Nanti sejuk pulak.”
“Ok. Terima kasih.”
“Anak awak apa kabar? – tanya Qalisya.
“Oh, dia sihat je. Seminggu sekali ada juga menjenguk di rumah jagaan ibu susuan dia. Dah semakin berisi badan dia. Rasa nak cubit-cubit je kalau tengok dia!!”
“Hehehee, ye ke? Kalau dah habis tempoh jagaan dengan ibu susuan dia nanti, bawalah ke rumah ni. Saya nak jugak tengok dia. Mesti comel kan? Ye la ibu dia kan cantik?”
“Heheehe. Terima kasih. Ye la, nanti saya bawa dia ke sini ya.”
“Oh ya, muka dia mirip siapa? Mirip Riana atau mirip wajah Adib ?”
“Hehee, alahh, mirip wajah Adib. Ye la. Anak lelaki la katakan.”
“Hehhee, kacak la kalau dia dah besar nanti ye?”
“Kalau kacak sangat nanti, takut jadi 'buaya darat’ pulak. Hahaa !!”
“Hahaaa. Harap-harap jangan la dia jadi nakal nanti ye? Kita sebagai ibu kena didik anak-anak kita supaya jadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat.”
“Yurp, betul tu. Saya tak nak dia jadi seperti orang-orang di tengah kota ni, terlalu ramai yang tak bermoral ! Cukuplah  apa yang saya telah lalui sebelum ni. Bapak sendiri  sanggup jual anak dia kerana nak langsaikan hutang judi !”
“Hermm..ye la. Semoga jangan berulang lagilah perkara yang macam tu pada generasi kita yang akan datang.”
“Harap-harap macam tu la. Semoga ada insan yang dapat mengubah masyarakat kita ni menjadi lebih baik akhlaknya.”
“Ye la. Banyak-banyaklah kita berdoa kepada tuhan. Semoga dia menurunkan rahmat buat seluruh warga Kota Arked ni.”
“Amin !!”


v  Kampung Raihan.

“Azmi, jangan nakal sangat dengan ibu susuan kamu ni ya. Mak sayang Azmi. Jadilah anak yang baik untuk mak dan juga ibu susuan kamu ni. Mak dah takde tempat nak bermanja dan berkongsi kasih sayang lagi. Ayah kamu dah takde lagi.”
Qalisya menangis ketika menatap wajah anaknya itu terimbas wajah arwah suaminya. Riana dan Delaila hanya memandang sayu dua beranak itu dengan kerana kasihan melihat nasib yang menimpa Qalisya.

“Sabarlah sahabatku Qalisya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Kita sama-sama berdoa agar semuanya akan berakhir dengan baik.”
“Herm….terima kasih Riana. Saya pun harap macam tu juga.”
“Ye lah Riana. Saya janji akan jaga dan sayang Azmi seperti anak kandung saya sendiri.”
“Terima kasih Delaila.”
“Sama-sama. Dah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia.”
Qalisya dan Riana tersenyum mendengar penjelasan dari Delaila itu.


Ø  Tiga tahun kemudian.

“Azmi , jom ikut mak?”
“Nak ke mana mak?”
“Mak nak ke kota. Nak beli barang-barang sikit. Sambil tu boleh la kita jalan-jalan makan angin.”
“Jap..jap !.Azmi nak mandi dulu, lepas tu nak pakai baju cantik-cantik !”
“Ye lah, anak mak ni ! Cepat sikit ya, mak tunggu ni.”
“Ok !”

30 minit berlalu.

“Wah anak mak ni, pandai pilih baju ye?. Kacaknya anak mak ni. mesti ramai budak perempuan yang terpikat dengan Azmi nanti?”
“Hehehe, ye ke?”
“Ye lah. Jom kita bertolak sekarang.”
“Jom, jom !! yea, yea, nak keluar jalan-jalan, hehehe” – ketawa Azmi teruja.

Mendengar keletah dan ketawa riang Azmi membuatkan hati Qalisya terasa sangat bahagia walaupun sudah ketiadaan suaminya lagi. Mereka keluar ke rumah menuju ke pasar di tengah-tengah Kota Arked.

“Eh, Riana ?!”
“Ha, Qalisya !”
“Kebetulan pulak y? Kita jumpa di sini.”
“Ha, Azmi , apa kabar?” – soal Riana.
“Sihat makcik.”
“Wah bukan main segak anak awak ye Riana?” – tanya Qalisya.
“Takde lah makcik, biasa-biasa je. Kairil takde la kacak sangat. Hehheeh” –  jawab Kairil ketawa.
“Hehehe, amboi pandai kamu menjawab ye?”  Riana mencelah.
“Hehehee, anak mak.” – jawab Kairil.
“Dah alang-alang kita jumpa ni, jom la kita jalan sama-sama.” -pelawa Riana.
“Ye lah. Tekak ni haus betul la. Riana, jom kita pergi ke mana-mana gerai kedai minum.” – balas Qalisya.
“Oh, ok juga tu. Jom Kairil, kita pergi minum dengan Azmi dan makcik Qalisya.”
“Jom, jom, jom !!” – jawab Kairil teruja.

Kemesraan mereka berempat menunjukkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Azmi dan Kairil main bersama-sama. Adat kanak-kanak, tidak hilang daripada gurau-senda dan sentiasa riang gembira. Setelah selesai minum, mereka semua berjalan-jalan sekitar kota mencari barang-barang keperluan harian.

“Penatnya berjalan. Hari pun dah petang ni. Rasanya elok kita balik dulu.”
“Ya lah Riana. Budak-budak ni pun nampak macam da mengantuk je.”
“Herm, jom la kita balik. Kairil, jom balik !”

Setelah kepenatan  membeli-belah, mereka semua pulang menuju ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri.




v  Bilik Qalisya 10.25 malam.

“Azmi, sayang mak tak?”
“Sayanggg !!”
“Apa bukti Azmi sayang mak?”
“Nanti kalau Azmi dah besar, Azmi akan bawa mak jalan-jalan. Kita pergi melancong jauh-jauh. Lepas tu nanti Azmi belikan mak pakaian dan mainan, hehehehe.ok tak mak?”
“Hehehehee, pandai anak mak ni. ok, mak pegang janji Azmi tu.”
“Mestilah pandai. Anak siapa kan? Anak mak jugak .”
“Hermm, itu kalau Azmi dah dewasa, kalau mak mati masa Azmi masih kecil lagi macam mana?” – soal Qalisya.
“Tak nak !! Azmi tak nak mak mati ! kalau mak mati, Azmi nak ikut mak mati sekali !” – Azmi memberontak.
Qalisya menitiskan air mata ketika mendengar jawapan Azmi.
“Jangan macam tu, Azmi tak boleh ikut mak. Azmi mesti kena pandai jaga diri dan berdikari. Atuk kan  ada ? Pakcik Zikri pun ada. Azmi ikutlah mereka. Jagalah mereka kalau mereka dah tua nanti.”
“Mak jangan cakap macam tu. Azmi tak nak mak mati. Azmi sayang mak…..”
Azmi memeluk ibunya dengan erat. Dia menangis teresak-esak kerana terlalu sayangkan ibunya.
“Mak pun sayangkan Azmi juga. Dah besar nanti, jangan nakal-nakal tau. Azmi mesti kene jadi anak yang baik dan berguna untuk orang ramai. Azmi janji dengan mak ye?”
“Ya, Azmi janji. Azmi akan jadi anak yang baik untuk mak.”
Kedua-dua anak dan ibu itu menangis bersama-sama. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Qalisya mengusap-usap ubun-ubun anaknya lantas mencium dahi dan pipi Azmi tanda sayang kepada anak tunggalnya itu.




Ø  Pada keesokan harinya.

Seperti kanak-kanak yang lain,  Azmi juga seorang yang aktif. Dia dan kanak-kanak yang lain dikejiranannya selalu ke luar bermain-main berhampiran dengan kawasan rumah mereka.

“Fadhil, kau dah makan?”
“Dah.”
“Makan apa tadi?”
Makan roti bakar.”
“Oh, mesti sedap kan? Sarah, kau pulak makan apa?”
“Sarah belum makan lagi. Jarang makan pagi. Selalunya makan tengah hari terus.” – jawab Sarah.
“Oh, macam tu.”
“Ha, Azmi kita nak main apa ye hari ni?” - tanya Fadhil.
“Kita main sembunyi-sembuyi nak tak?”
“Oh, ok juga tu. Siapa yang kene jadi tukang cari dulu?”
“Takpe, biar saya yang jadi dulu. Saya pejam mata, lepas tu korang semua pergi la sembunyi. Nanti saya akan cari sampai jumpa. Siapa yang saya jumpa dulu, dia la yang akan jadi ‘tukang cari’ seterusnya. Tapi kalau orang yang kedua dapat cuit belakang badan saya tanpa saya perasan, saya akan jadi ‘tukang cari’ sekali lagi. Hehhee.ok.” – jelas Azmi teruja.
“Ok. Pejamlah mata sekarang !” – jerit Fadhil.

Kanak-kanak di kejiranan Azmi mempunyai hubungan yang sangat akrab. Biasanya, Azmi pasti akan dijadikan ketua oleh rakan-rakan mereka apabila melakukan aktiviti. Begitulah cara kehidupan Azmi ketika di zaman awal kanak-kanak. Kehidupannya sentiasa ceria bersama kawan-kawan sekampung
.

Ø  Beberapa minggu selepas itu.

“Mana mak kau?” – tanya Malib.
“Dia ada kat dapur tengah masak, atuk.” – jawab Azmi.
“Oh, esok atuk nak ke Kota Doni, jalan-jalan makan angin. Mak kamu ikut sekali. Azmi nak ikut tak?”
“Ha, jalan-jalan ?! Mesti la nak ikut ! takkan la nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” –kata Azmi teruja.
“Hahahaa, yelah cucu atok ni.”
“Ayah, makanan dah siap terhidang ni.Mari la kita makan.” – pelawa Qalisya.
“Oh, kejap-kejap. Ayah tengah bermain dengan Azmi ni.” – jawab Malib.
“Alahh, esok-esok la kalau nak main pun, dah malam ni.” – rungut Qalisya.
“Hehee, yelah. Ha, Azmi, mak kamu dah panggil suruh makan tu. Jom kita ke dapur.” – pelawa Malib.
“Jom , jom !!!”

Dua jam selepas menikmati makan malam, Azmi dan Qalisya masuk ke dalam bilik tidur.

“Mak, kita nak pergi jalan-jalan kat mana esok?” – soal Azmi.
“Entahlah Azmi, kata atuk, dia nak pergi jumpa sahabat dia di Kota Doni. Sampai kat sana nanti, ada kenduri meraikan perkahwinan anak sahabat atuk tu.”
“Oh, mesti seronok kan mak?” soal Azmi teruja.
“Ye la, nanti kita boleh jumpa pakcik Tarmizi. Dia merupakan sahabat karib arwah ayah Azmi suatu ketika dulu. Dia pindah ke sana. Dia ada bukak perniagaan minyak wangi. Dengar cerita dah semakin maju sekarang ni.”
“Oh, ye ke?”
“Ye betul.Hermmm…jom la kita tidur ? Mak dah ngantuk sangat ni. Kepala pulak rasa pening-pening. Eloklah mak tidur dulu. Esok Azmi kena bangun awal pagi. Kalau Azmi dah bangun pagi esok tapi mak masih tidur, kejutkan mak ye?” – kata Qalisya letih tak bermaya.
“Ok. Mestilah, Azmi pun dah tak sabar nak pergi jalan-jalan esok ni !” – jawab Azmi teruja.
“Azmi, mak sayangggg Azmi tau, sayang mak tak?”
“Mesti la sayang.”
“Jadi anak yang baik bila dah besar nanti ye?”
“Baik mak.”

Kedua-dua anak-beranak itu saling berpelukan sehingga tertidur.


Ø  Pukul 8 pagi keesokan harinya.


“Argggghhh, dah pagi rupanya. Tak sabar rasanya nak pergi ke Kota Doni tu. Eh, mak masih tidur lagi? Betul la kata mak malam tadi. Rupanya mak  memang bangun lewat hari ni.” -bisik hati Azmi ketika melihat ibunya masih memejam mata.
“Mak , mak !! bangun la ! hari dah siang ni !” – jerit Azmi.
Azmi menggoyang-goyangkan badan ibunya supaya terjaga dari tidur.
“Mak, mak , kenapa tidur lagi ni ?!”
Puas dia menggerakkan ibunya, tetapi masih tidak bangun juga. Dia keluar bilik mencari atuknya. Azmi melihat atuknya sedang beristirehat di ruang tamu.
“Atuk, mak tak nak bangun? Dah puas Azmi gerakkan tapi tak nak bangun jugak !”
“Ha, biar betul ? Jarang nak tengok mak kamu ni bangun lewat. Takpe, biar atuk pergi gerakkan dia.”

“Qalisya, Qalisya. Bangun nak. Hari dah pagi ni. kejap lagi kita nak bertolak ke Kota Doni.”
Qalisya tetap tidak bangun dari tidur. Kulit muka Qalisya kelihatan sangat pucat, akhirnya Malib membuat keputusan untuk melihat gerak nadi dan pernafasan dari hidungnya.

“Atuk, kenapa atuk menangis?” – soal Azmi kehairanan.
“Mak kamu…..” – jawab Malib sayu.
“Kenapa dengan mak atuk?” – soal Azmi semakin pelik.
“Mak kamu dah meninggal dunia.”
“Ha? Mak ! Mak tak boleh mati ! Azmi masih kecik lagi ! Sudah la Azmi takde ayah , mak jangan tinggalkan Azmi pulak ! Mak dah janji malam tadi nak bawak Azmi jalan-jalan kan ?! Makkkkkkkkkkkkkk !!!!” – Azmi memberontak.
Azmi memeluk ibunya dengan erat, dia meraung sekuat hati. Melihat  tindak-balas Azmi,  Malib menepuk-nepuk belakang Azmi untuk ditenangkan. Malib turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa cucunya itu.