Jumaat, 8 Mac 2013

Terjemahan Surah Al-Jin


بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
Sahih International
Say, "It has been revealed to me that a group of the jinn listened and said, 'Indeed, we have heard an amazing Qur'an.
Malay
Katakanlah  "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar, lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran  yang  sungguh menakjubkan!"

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا
Sahih International
It guides to the right course, and we have believed in it. And we will never associate with our Lord anyone.
Malay
Ia memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

وَأَنَّهُ تَعَالَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا
Sahih International
And [it teaches] that exalted is the nobleness of our Lord; He has not taken a wife or a son
Malay
Dan Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا
Sahih International
And that our foolish one has been saying about Allah an excessive transgression.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن تَقُولَ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
Sahih International
And we had thought that mankind and the jinn would never speak about Allah a lie.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Sahih International
And there were men from mankind who sought refuge in men from the jinn, so they [only] increased them in burden.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya adalah beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنتُمْ أَن لَّن يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا
Sahih International
And they had thought, as you thought, that Allah would never send anyone [as a messenger].
Malay
Dan bahawa sesungguhnya manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan seseorang [sebagai Rasul]

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا
Sahih International
And we have sought [to reach] the heaven but found it filled with powerful guards and burning flames.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan api yang menyala.

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ ۖ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا
Sahih International
And we used to sit therein in positions for hearing, but whoever listens now will find a burning flame lying in wait for him.
Malay
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar , maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

وَأَنَّا لَا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَن فِي الْأَرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا
Sahih International
And we do not know [therefore] whether evil is intended for those on earth or whether their Lord intends for them a right course.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, ataupun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ ۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
Sahih International
And among us are the righteous, and among us are [others] not so; we were [of] divided ways.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن نُّعْجِزَ اللَّهَ فِي الْأَرْضِ وَلَن نُّعْجِزَهُ هَرَبًا
Sahih International
And we have become certain that we will never cause failure to Allah upon earth, nor can we escape Him by flight.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya kita mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya.

72:13
وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَىٰ آمَنَّا بِهِ ۖ فَمَن يُؤْمِن بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا وَلَا رَهَقًا
Sahih International
And when we heard the guidance, we believed in it. And whoever believes in his Lord will not fear deprivation or burden.
Malay
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk, kami beriman kepadanya, kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian, dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ ۖ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
Sahih International
And among us are Muslims [in submission to Allah ], and among us are the unjust. And whoever has become Muslim - those have sought out the right course.
Malay
`Dan bahawa sesungguhnya  ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا
Sahih International
But as for the unjust, they will be, for Hell, firewood.'
Malay
` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا
Sahih International
And [ Allah revealed] that if they had remained straight on the way, We would have given them abundant provision
Malay
Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka itu berjalan betul di atas jalan (tarekat), sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka.

لِّنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا
Sahih International
So We might test them therein. And whoever turns away from the remembrance of his Lord He will put into arduous punishment.
Malay
"untuk Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu dan sesiapa yang berpaling dari mengingati (berzikir) Tuhannya,  akan dimasukkan ke dalam azab yang memuncak beratnya.

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
Sahih International
And that the masjids are for Allah , so do not invoke with Allah anyone.
Malay
Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا
Sahih International
And that when the Servant of Allah stood up supplicating Him, they almost became about him a compacted mass."
Malay
Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا
Sahih International
Say,"I only invoke my Lord and do not associate with Him anyone."
Malay
Katakanlah : "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".

قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا
Sahih International
Say, "Indeed, I do not possess for you [the power of] harm or right direction."
Malay
Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

قُلْ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِن دُونِهِ مُلْتَحَدًا
Sahih International
Say, "Indeed, there will never protect me from Allah anyone [if I should disobey], nor will I find in other than Him a refuge.
Malay
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun daripada Allah, dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

إِلَّا بَلَاغًا مِّنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ ۚ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
Sahih International
But [I have for you] only notification from Allah , and His messages." And whoever disobeys Allah and His Messenger - then indeed, for him is the fire of Hell; they will abide therein forever.
Malay
"hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya, dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".

حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا
Sahih International
[The disbelievers continue] until, when they see that which they are promised, then they will know who is weaker in helpers and less in number.
Malay
sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَّا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا
Sahih International
Say, "I do not know if what you are promised is near or if my Lord will grant for it a [long] period."
Malay
katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا
Sahih International
[He is] Knower of the unseen, and He does not disclose His [knowledge of the] unseen to anyone
Malay
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -

إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
Sahih International
Except whom He has approved of messengers, and indeed, He sends before each messenger and behind him observers
Malay
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya, maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya 

لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا
Sahih International
That he may know that they have conveyed the messages of their Lord; and He has encompassed whatever is with them and has enumerated all things in number.
Malay
supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya  Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, padahal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu satu persatu.

Khamis, 28 Februari 2013

Ada Apa Dengan Dunia Tasawuf ?






Pentingnya Dunia Tasawuf
Syeikh Abdul Qadir Isa

Tugas-tugas syariah yang diperintahkan pada diri manusia terbahagi kepada dua.
Pertama  hukum-hukum yang berkaitan dengan aspek amalan fizikal.
kedua-dua  undang-undang-undang-undang yang berkaitan dengan amalan batin.
Dengan kata lain ada peraturan ibadah yang berkaitan dengan fizikal, ada pula yang berkaitan dengan qalbu (hati).
Amalan fizikal terbahagi dua. Perintah dan larangan. Perintah-perintah Tuhan di sini seperti solat, zakat, haji dan sebagainya. Sedangkan larangan seperti larangan membunuh, zina, mencuri, meminum arak, rasuah dan sebagainya.
Hal yang sama dalam amalan Qalbu terbahagi dua, perintah dan larangan.
Perintah-perintahnya  seperti Iman kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab-Nya dan Rasul-Nya, dan sebagainya. Seperti ikhlas, redha, syukur, jujur, khusyuk dan tawakal.
Sedangkan larangan Qalbu seperti kufur, nifaq, takabur, ujub, riak, iri hati, ghurur, dendam dan sebagainya.
Bahagian kedua inilah yang berkaitan dengan qalbu, lebih penting keutamaannya berbanding yang pertama (amalan fizikal) - walaupun secara keseluruhan sama-sama pentingnya - kerana alam batin itu merupakan asas alam fizikal, sekaligus sebagai sumber aspek fizikal. Jika amalan batin rosak, akan rosak pula amalan fizikal. Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman:
“Siapa yang menghendaki bertemu Tuhannya, hendaknya melakukan amalan yang baik, dan sama sekali tidak menyekutukan Tuhan dalam ibadahnya.” (Al-Kahfi 110)
Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W, sangat menekankan kepada para sahabatnya agar memperbaiki hatinya, dan menjelaskan bahawa kebaikan manusia itu sangat bergantung kepada kebaikan hatinya, menyembuhkan hatinya dari penyakit-penyakit yang tersembunyi di dalamnya. Beliau bersabda: “Ingatlah sesungguhnya dalam jasad ada segumpal darah (hati), jika baik maka baiklah seluruh jasad, jika buruk maka buruk pula seluruh jasad. Ingatlah, segumpal darah itu adalah qalbu.” (hr. Bukhari)
Begitu pula dalam hadis lain, Rasulullah saw, mengajarkan bahawa titik pandang Allah S.W.T itu adalah qalbu. "Sesungguhnya Allah tidak memandang jasadmu dan rupamu.Tetapi Allah memandang pada hatimu. "
Maka, sepanjang manusia melakukan kebajikan yang berhubungan dengan qalbunya yang menjadi sumber amalan fizikalnya, maka menjadi keharusan bahawa dirinya harus menepiskan (takhalli) segala sifat yang tercela yang dilarang Allah, kemudian menghias (tahalli) dengan sifat terpuji yang baik yang diperintahkan Allah kepada kita, maka pada saat itulah qalbu kita selamat dan sihat. Kita menjadi golongan yang beruntung, selamat pula, sebagaimana firmanNya:
“Pada hari apabila harta dan anak-anak tidak ada lagi gunanya, kecuali orang yang telah dianugerahi Allah dengan qalbu yang salim (selamat).” (Asy-Syu’ara’ : 88-89).
Imam Jalaluddin as-Suyuthi r.a, mengatakan, "Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa iri hati, ujub, dan riak serta seumpama dengannya, maka Al-Ghazali  mengatakan," Adalah Fardu Ain ".
Membersihkan qalbu, menyucikan jiwa termasuk fardu paling utama dan merupakan kewajipan Tuhan di sebalik perintah-Nya, sebagaimana ditegaskan dalam beberapa ayat Al-Quran:
Katakan, sesungguhnya Allah mengharamkan keburukan-keburukan baik yang fizikal mahupun yang batin "(Al-A'raaf 33)
"Janganlah mendekati keburukan-keburukan baik yang nampak mahupun tersembunyi (fizikal dan batin)". (Al-Anaam 151.)
Keburukan batin menurut para mufassir adalah dendam, riak dengki dan nifaq.
Sedangkan dari sunnah disebutkan:
Setiap hadits Nabi saw, yang menegaskan larangan tentang dendam, takabur, riya’ dan dengki, begitu juga hadits-hadits yang memerintahkan kita untuk berias dengan akhlaq yang baik dan bekerja yang baik, maka semua itu mendukung pentingnya tasawuf.
Pengarang kitab Maraqil Falah, mengatakan,” tidak ada gunanya bersuci badan kecuali dengan bersuci batin melalui keikhlasan, kebersihan jiwa dari belenggu nafsu, penipuan, dendam dan dengki, serta membersihkan hati dari segala hal selain Allah, baik di dunia mahupun di akhirat. Sehingga hamba hanya menyembah Dzat Allah, bukan kerana sebab tertentu. Menyembah dengan penuh rasa perlu padaNya, dan Allah melalui anugerah-Nya memenuhi hajat para makhluk-Nya sebagai Kasih sayang-Nya. Kerana itu dalam ibadahnya mesti si hamba hanya menuju yang Satu dan Yang Maha Tunggal, tidak ada satu pun selain Dia, begitu juga hawa nafsu anda tidak mempengaruhi diri anda ketika bakti kepada-Nya.”
Penyakit hati ini sebagai faktor yang menyebabkan jauhnya hamba dengan Allah, menjauhkan pula dari syurga-Nya. Rasulullah s.a.w, bersabda, “Tidak akan masuk syurga bagi orang yang di dalam hatinya masih ada sebiji atom keriakan.”
Kadang-kadang manusia tidak mengenal cacat dirinya, bahkan penyakit itu telah terbenam di dalam hatinya,  malah dirinya menganggap telah sempurna. Lalu apa yang akan ditempuh untuk mengenal penyakit-penyakit itu, mengenal  lengkap sedalam-dalamnya dengan lembut, bagaimana pula terapinya dan mebersihkannya?
Sesungguhnya, Tasawuf adalah ilmu yang secara khusus mendisiplinkan pada usaha pembersihan hati, mengubati penyakit hati, menyucikan jiwa dan membuang sifat-sifat manusiawi yang hina.
Dunia Islam menjadi lemah justeru ketika meninggalkan roh Islam, yang ada dalam dunia Sufi, bahkan dunia Islam hanya tinggal kulit-kulitnya, kerangka tanpa rohnya.
Oleh kerana itu kita melihat para Ulama yang mengamalkan ilmunya, para Mursyid yang cemerlang, sentiasa memberikan nasihat manusia agar memasuki dunia Sufi dan bermajlis dengan mereka, agar bersepadu antara jasad Islam dan Roh Islam, agar merasakan makna kebeningan hati yang luhur dan elok, dan merasakan makrifatullah dengan haqqul yaqin, sehingga mereka boleh berhias dengan Cinta-Nya, Muraqabah pada-Nya dan mengekalkan zikir pada-Nya.
Hijjatul Islam Al-Ghazali mengatakan, ketika mendorong umat manusia untuk masuk ke dunia tasawuf dan merasakan buahnya, “Masuk dunia tasawuf itu Fardu Ain, kerana setiap orang tidak akan mengenal cacat dirinya kecuali para Nabi – semoga selawat dan salam pada mereka semua –“
Syeikh Abul Hasan asy-Syadzily mengatakan, "Siapa yang tidak berkecimpung dalam ilmu kita ini (tasawuf) maka ia boleh mati dengan membawa dosa besar, sedangkan dia tidak mengerti ...."
Dalam ucapan Syeikh ini, Ibnu ‘Allan ash-Shiddiqy berkomentar mengenai ungkapan Abul Hasan Asy-Syadzily,
Peribadi mana wahai saudaraku yang berpuasa tetapi tidak kagum dengan puasanya?
peribadi mana yang solat tetapi tidak kagum dengan prestasi solatnya? Begitu pula seluruh taat kita kepadaNya .... "
Maka dari itu, ketika menempuh jalan seperti itu begitu sukar, bagi jiwa yang masih kurang pengetahuannya, setiap orang harus boleh melakukan mujahadah, kesabaran, hingga dia benar-benar selamat situasi yang membuatnya jauh dari Allah dan selamat dari amarahnya.
Fudlail bin 'Iyadl mengatakan,  "Seharusnya anda menekuni tarekat yang benar, dan anda jangan terpengaruh oleh jumlah minoriti para penempuh Jalan Allah. Hati-hati dengan jalan batil, dan jangan tertipu oleh sokongan majoriti pada kebanyakan penempuh jalan kebatilan ".
Jika anda merasa terganggu oleh kesendirian anda, maka lihatlah kepada mereka yang menempuh Jalan Allah itu (para Sufi), bersegeralah menuju kepada mereka dan tutuplah mata anda dari yang lain ketika bersama, kerana mereka tidak memerlukan sesuatu dari anda. Dan ketika mereka mengiringi anda menuju jalan anda, jangan menoleh pada mereka, kerana kalau anda menoleh pada mereka, mereka akan marah pada anda.”

Ahad, 3 Februari 2013

Sufi : Penjaga Maruah Islam


bola dunia

T. Muhammad Jafar 

Islam adalah sebuah agama yang akan terus berkembang sesuai dengan tuntutan zaman, tapi ingat, bukan pada ajaran-ajaran pokoknya seperti yang termaktub dalam Quran dan Hadits, tapi pada praktek keagamaannya dan juga penafsiran-penafsiran terhadap teks. Mari kita lihat dalam aplikasinya, selama ini orang selalu mendengung-dengungkan Islam adalah agama rahmatan lil’alamin (rahmat bagi sekalian alam), Islam adalah segalanya, Islam adalah solusi, tapi lihatlah realitanya, yang dilakukan pertama adalah penghukuman-penghukuman moral (moral punishment) dengan pemaksaan. Bukan  kesadaran, kecintaan dan rasa memiliki terhadap ajaran Islam dulu yang dibangun.
Sehingga mendengar kata syariat saja, orang sudah "meletup" kepalanya, orang lari, orang ketakutan, kerana takut dirazia, sehingga Islam yang tadi seharusnya menyejukkan, orang merasa damai, tenteram, tenang dengan ajaran Islam, berubah menjadi "momok" menakutkan. Mengapa ini terjadi? kerana yang dipraktikkan adalah Islam syariat, Islam undang-undang, padahal aspek undang-undang itu hanyalah satu bahagian kecil saja dari Islam keseleuruhan yang lebih maha agung dan indah daripada hukuman itu sendiri, oleh kerana itu, masih banyak sekali dalil-dalil syariat yang harus kita "rejam" dan kita cambuk, sebelum orang-orang dihukum kerana syariat.
Baru-baru ini Walikota Lhokseumawe di Provinsi Aceh juga membuat peraturan yang melarang perempuan duduk ngangkang diatas kendaraan bermotor ketika berboncengan. Kita semakin heran dan tertawa, kenapa mesti ada peraturan seperti ini ketika Rasulullah berabad-abad yang lalu mengangkat harkat dan derajat perempuan menjadi mulia dan tinggi, kenapa direndahkan oleh peraturan yang dibuat manusia modern seperti Walikota tersebut ?. pertanyaan selanjutnya, apakah peraturan ini dibuat demi tegaknya syariat Islam ?. makin lama makin aneh saja tingkah pemimpin negeri syariat. Tanpa sadar bermaksud menegakkan syariat, demi marwah Islam, tapi justru semakin mencoreng wajah Islam dan menciptakan aib bagi Islam. Beginilah kalau Islam dibangun dengan peraturan-peraturan, peraturan ngawur, yang mengatas namakan agama, padahal ayat Tuhan dijual dengan murahnya, dengan sebuah peraturan yang justru sangat tidak Islami.
Di bahagian lain, ketika mereka mempraktikkan hal-hal di atas, maka mereka dengan angkuhnya merasa merekalah pembela syariat sejati, merekalah penjaga maruah Islam. Lihatlah caranya menjaga maruah Islam: "Nahi Mungkar harus kita hilangkan dari bumi Allah, harus dengan kekerasan," Allahu Akbar, mari kita serang bar, diskotik, "Allahu Akbar" mari kita hadang dan kita usir jamaat kristiani yang ingin beribadah, "Allahu akbar ", mari kita bumi hanguskan jamaah Ahmadiah, mari kita sebat orang sebanyak-banyaknya". Logik sihat dari data base mana yang boleh kita pakai untuk menilai bahawa tindakan-tindakan di atas adalah tindakan menjaga maruah Islam?.
Dalam beragama, yang pertama harus disentuh, dibina dan dipupuk sentiasa adalah cinta, agama akan bermakna, akan membumi, akan menjadi rahmat, akan terasa menyejukkan adalah ketika cinta ada. Kerana dengan cinta akan lahir rasa memiliki, keikhlasan, kerelaan dan semangat penghambaan dan Islam sewajarnya adalah agama Cinta. Dalam setiap aktiviti kita selalu bermula dengan kalimat "dengan nama Allah yang maha pengasih dan Penyayang", ini menandakan apa, inilah semangat Islam sejati, dengan semangat kasih dan sayang inilah Islam akan tersemai, subur dan Indah, dengan amalan kalimah inilah maruah Islam terjaga, bukan dengan kekerasan dan pemaksaan.
Agama cinta adalah agama yang dipraktikkan para Sufi. Mereka selalu memulakan segala sesuatu dengan cinta dan menamatkan juga dengan cinta.Mereka selalu menisbahkan diri sebagai awan, yang sentiasa menaungi siapa saja, dan sebagai rumput, yang di injak oleh siapa saja (ini menandakan rahmat semesta), jadi sangat universal, sangat berwawasan, sangat humanis. Sufi tak pernah mengisytiharkan diri "kamilah pahlawan Islam, kamilah penjaga maruah Islam", yang mereka terus lakukan hanyalah, menyebar, menyemai dan terus memupuk cinta dalam qalbu setiap Insan, dalam semangat manusia sejagat, tanpa batas.
Kaum Sufi masih menjaga agama autentik, agama asli Islam iaitu agama kasih dan sayang, bukan agama tafsiran yang hanya bertujuan untuk kepentingan tertentu, sufi juga tidak mengamalkan hukuman-hukuman moral dalam beragama. Ajaran sufi adalah melakukan segala amalan keagamaan dengan cinta dan kerelaan, tidak dengan paksaan. Sehingga ketika hati tersentuh, maka secara automatik akan dipraktikkan, lalu tersebarlah Islam sebagai agama cinta, mengikis dan menghancurkan Islam sebagai agama kekerasan dan agama hukuman seperti yang diamalkan selama ini, endingnya adalah wajah Islam terselamat, dari agama kekerasan menjadi agama santun dan lemah lembut, jadi siapakah yang sebenarnya menjaga maruah Islam?
Tuntutan kehidupan masa depan, tidak akan pernah boleh dibina dengan kebencian, dan semangat "menghukum" moral, mengatur-ngatur moral masyarakat dan menetapkan kebebasan berfikir masyarakat. Hari ini sahaja kita lihat, orang-orang semakin "banal" (degil) dan semakin tidak mengendahkan ajaran-ajaran agama, lihat saja berapa banyak fatwa yang dikeluarkan, mengharamkan pluralisme, sekularisme, liberalism, tapi apa yang terjadi, terbitnya buku-buku tentang itu semakin menggunung, melebihi bangunan MUI Pusat, di mana-mana orang membincangkan itu, fatwa larangan merayakan tahun baru dengan hura-hura, bakar mercun kerana masuk kategori haram di Aceh, namun apa yang terjadi, beribu-ribu orang tumpah ruah kejalan, di mana maruah MUI, dimana maruah MPU Kinabalu?. masyarakat sendiri yang mendelegitmasi (melunturkan) fatwa-fatwa tersebut secara terang-terangan, sekali lagi secara terang-terangan. Apakah ini tidak boleh menjadi mirror (cermin) bagi punggawa-punggawa agama dan pemimpin negeri ini, bahawa pendekatan selama ini kepada masyarakat perlu diubah, bahawa pendekatan selama ini bermasalah, kerana yang dibina bukanlah agama cinta, tapi agama hukuman, agama larangan, kalau ini terus dipraktikkan dan tidak diubah, saya sangat yakin semua orang akan seperti Nietsze nanti, "mari bakar kitab" kerana tidak ada gunanya lagi beragama, agama hanya membuat orang menderita dan agama Islam akan semakin dihina oleh umatnya sendiri, ingat OLEH UMATNYA SENDIRI !
Akhirnya semakin negara mengedepankan penghukuman moral, semakin setiap gerak kehidupan manusia sampai detail diatur oleh hukum-hukum syariat negara melalui Dinas Syariat Islam, MPU, MUI maka akan semakin menebar kebencian terhadap ajaran  Islam sendiri,. Menginginkan orang beragama demi tegakknya Islam tapi dengan cara kekerasan, pemaksaan maka itu bukanlah menjaga marwah Islam, tapi semakin melecehkan Islam, semakin melakukan penodaan terhadap  ajaran Islam yang sejatinya adalah agama cinta, agama kasih dan sayang. Jadi, siapakah yang selama ini melakukan penodaan terhadap Islam dan siapakah penjaga maruah Islam sebenarnya ?. berenanglah ke lautan tasawuf, mandilah didalam air makrifatnya maka akan terpancar marwah Islam sebenarnya.

** Penulis adalah Mahasiswa Pemikiran Islam Pasca Sarjana IAIN Ar-Raniry dan bergiat di Sufi Institute

Jumaat, 28 Disember 2012

Beza Sedikit Sahaja Mampu Menjadi Juara Dunia !

Sumber Catatan : hidupringkas.com




Jika ada satu soalan yang ajaib. Soalan yang jika ditanya oleh sesiapa saja pasti akan membuatkan dirinya berubah menjadi seorang yang dikagumi. Saya akan letakkan soalan tersebut berbunyi begini:
"Apa kelebihan yang dia ada yang membuatkannya lebih hebat dari aku...?"
Sesiapa saja yang mula bertanya pada dirinya sendiri, soalan seperti di atas lalu kemudiannya mula mencari jawapan pada soalan tersebut, sudah pasti, lambat atau cepat akan berubah menjadi hebat dan berjaya.

Adakah anda pernah bertanyakan soalan yang sama seperti:

  • Kenapa dia ni jadi boss aku? apa lebihnya dia berbanding aku?
  • Kenapa syarikat dia tu jauh lebih berjaya daripada aku? apa yang dia lakukan yang membezakan dia dan aku?
  • kenapa pendapatan dia jauh lebih tinggi daripada aku? apa yang dua buat lebih daripada aku?
  • Dan lain-lain seumpamanya
Kelebihan yang terlalu sedikit
Jika anda salah seorang daripada mereka yang soalan-soalan di atas sering berlegar-legar dalam kepalanya, di sini saya perturunkan petua penting yang mungkin kita sering lihat tapi tak perasan.
  • Cuba lihat kenapa Usain Bolt menjana pendapatan jauh lebih tinggi daripada pelari pecut lain. Jika pendapatannya 10 kali ganda lebih dari orang dibawahnya ia bukanlah kerana dia berlari 10 kali ganda lebih laju daripada orang yang ditewaskannya. Sebaliknya perbezaan hanyalah dalam lingkungan perpuluhan saat.
  • Cuba lihat Safee Sali. Pendapatannya tinggi berkali ganda lebih daripada pemain bola lain bukan kerana dia berkali ganda bagus bermain bola dari mereka. Hanya sedikit perbezaan kecil yang membezakan mereka.
  • Jika kedai Tomyam yang berjiranan, yang satunya didatangi oleh 3 kali ganda ramai orang daripada jiran sebelahnya, bukanlah disebabkan makanan, atau layanannya 3 kali ganda lebih. Sebaliknya hanya ada sedikit perbezaan kecil.
  • Jika seorang pemenang anugerah pelajar terbaik mendapat tajaan biasiswa hebat, berbagai hadiah istimewa dan berbagai ganjaran istimewa yang 10 kali ganda lebih baik daripada pelajar nombor dua di bawahnya, perbezaan markah mereka mungkin hanyalah satu atau dua markah saja. Ia juga bukan bermakna pelajar itu berusaha 10 kali ganda lebih dari orang lain.
Apa yang mahu dinyatakan di sini ialah anda tidak perlu berusaha 10 kali ganda lebih dari orang lain untuk menjana pendapatan 10 kali ganda daripada mereka. Apa yang perlu adalah hanya sedikit. Sedikit saja kelebihan untuk meninggalkan orang lain.

Mungkin itulah yang dikatakan sebagai, "work smart instead of work hard". Lihat apa yang orang sekeliling anda lakukan. Pilih yang terbaik di antara mereka dan belajarlah cara mereka melakukan kerja. Sebaik saja anda membaiki hanya sedikit saja lebih dari mereka, maka anda akan melonjak naik.

Dalam perjalanan menempa kejayaan, kepekaan kita melihat dan berfikir memainkan peranan yang cukup besar. Marilah kita lihat dan fikirkan apa perubahan baik yang boleh dilaksanakan segera pada apa saja yang kita lakukan.

Jangan tunggu sesuatu yang besar untuk berubah. Cukup sekadar sedikit untuk membezakan anda daripada yang lain. Hanya sedikit perbezaan yang baik saja diperlukan untuk melonjakkan diri kita ke atas jauh meninggalkan orang lain.

Persoalannya sekarang, apakah perbezaan sedikit itu yang perlu kita lakukan. Fikir-fikirkanlah...!

Rabu, 16 November 2011

22 JENIS MAKANAN UNTUK CEPAT JADI GENIUS





Sumber : sioloon.com



Pada kali ini kami ingin tampilkan formula pemakanan orang-orang genius muslim pada zaman silam yang telah menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.


Formula ini disimpan rapi di dalam kitab- kitab tradisional yang menggunakan bahasa arab.


Walaupun ia amat bagus, namun formula ini telah tersembunyi daripada pengetahuan orang-orang arab dan umat Islam di seluruh dunia. Namun sejak akhir-akhir ini telah wujud usaha-usaha untuk menampilkan semula kepada umum. 


Pada abad ke-21 ini telah wujud kecenderungan dikalangan ilmuan Islam dan bukan Islam di peringkat antarabangsa untuk mengkaji dan menguji keaslian formula ini. Ini telah didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu dan telur. 

Berikut adalah formula pemakanan para genius muslim yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan manusia :



1) MADU 


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya

sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. 


Ia adalah makanan untuk
kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, 
mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. 

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. 


Rasullullah s. a. w bersabda, 
"Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".


Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!




2) KISMIS 



Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke dalam otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



CARA MAKAN :



 i) Menghadap Kiblat
 ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) 
iii)Baca doa penerang hati 
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. 
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.




3) SUSU SEGAR 


Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, 
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.


Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s. a. w menerangkan susu boleh menguatkan
belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari
penyakit lupa. 


Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat
dari susu debu.

CARA
MINUM : 


i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s. a.w.




4) TELUR 


Bermanfaat
untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. 


Sabda Nabi s. a. w,

"Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah
kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.





5) HALIA 


Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : 


Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.




6) LIMAU OREN 


Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.  Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.





7) BUAH DELIMA 


Untuk penerang hati. 


Sabda Nabi s. a. w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."




8) DAGING BURUNG MERPATI 


Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. 


Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.






9) OTAK AYAM 


Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.






10) DAGING AYAM 


Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.


Abu Musa r. a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.




11) DAGING BIRI-BIRI 


Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.





12) HATI 


Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan 
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.




13) KEKACANG 


Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. 


Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.




14) BUAH BADAM 

Untuk meningkatkan kecerdasan.





15) ZA'FARAN : 

KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) 

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai- kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.





16) KEMENYAN PUTIH 


(kemenyan serani/luban/kundar) 
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.






17) BUNGA KOBIS 


Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.






18) BUNGA CENGKEH 


Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.





19) LABU 


Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w. 


"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.





20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.




21) MINYAK SAPI 


Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.




22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR 


Juga membantu meningkatkan akal dan memori.