Isnin, 29 Jun 2020

Repost : SUFI 2041, DIKAJI DARIPADA DALAM HINGGA KE LUAR








             10 daripada 25 orang Rasul yang telah diutuskan ke dunia, mereka bukan sahaja sebagai pemimpin rohani di zamannya, tetapi juga memiliki kemahiran ilmu duniawi yang harus dijadikan contoh teladan untuk seluruh umat manusia bagi yang mahu berfikir.

Jadi kita sebagai pengamal tasawuf yang berpaksikan method tarekat, khususnya Tarekat Naqshabandi Tareef Abidin ini, telah mengambil contoh kejayaan kekasih-kekasih Allah yang terdahulu dalam menyampaikan dakwah mereka kepada umat manusia di zaman masing-masing.






Nabi                               Kemahiran  Duniawi



Adam    a.s                     Pertanian, Penternakan, Kejuruteraan Besi.


Idris a.s                          Astronomi, Matematik, Kejuruteraan Binaan, Tekstil.


Nuh a.s.                         Kejuruteraan Perkapalan, Pelayaran, Zoologi, Botani.


Hud  a.s.                        Teknologi Binaan.


Ibrahim a.s.                  Astronomi.


Yusuf  a.s.                     Ekonomi, Perakaunan.


Daud a.s.                       Kejuruteraan Besi, Strategi Peperangan, Seni Suara.


Sulaiman a.s.               Kejuruteraan Binaan, Penerbangan, Bahasa Haiwan, Teleportasi, Kejuruteraan Tembaga.


Isa a.s.                           Perubatan.


Muhammad s.a.w.      Sains Politik, Pentadbiran, Ekonomi, Perubatan, Pendidikan dan lain-lain lagi.








ALLAH MENCINTAI HAMBANYA YANG DERMAWAN




Rasulullah pernah bersabda,

"Orang yang dermawan dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, jauh daripada neraka. Orang yang kedekut jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Orang bodoh yang dermawan lebih dicintai oleh Allah berbanding ahli ibadah yang kedekut."


(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, kitab Abwab Al-Birri wa As-Silati, bab Ma Ja'a fi As-Sakhaei, no. hadith 1961, daripada Abu Hurairah, status hadith sahih)



Kajian Saintifik


Artikel yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Queensland ada menyebutkan bahawa orang-orang yang bersifat kedekut boleh meningkatkan stress. 




Info Menarik

Abdul Rahman bin Auf dikenali sebagai sahabat nabi yang dermawan. Beliau menggunakan separuh daripada hartanya untuk jalan dakwah. 


 ðŸ˜ƒ❤️🇲🇾

MUROQABAH, KASYAF & MAKRIFAT DI DALAM KELAS YANG SAMA


Gambar sekadar hiasan




Jika kita temui binatang yang masih hidup boleh berbicara, tentu orang akan menganggapnya satu perkara yang ajaib. Lebih menjadi ajaib jika binatang yang telah disembelih, dipanggang dan berada dalam hidangan boleh berbicara dengan kita.



Kisah ini benar-benar berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. yang diceritakan dalam hadis, iaitu kambing yang telah disembelih dan telah dipanggang boleh berbicara lagi semasa ia dihidang kepada baginda.






Abu Hurairah r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W hanya menerima hadiah dan tidak mahu makan sedekah. Lalu seorang wanita Yahudi di Khaibar menghadiahkan kepada baginda kambing panggang yang telah dimasukkan racun. Lalu Rasulullah pun memakan sebahagian dari daging kambing itu.

(Selepas diberitahu oleh kambing panggang itu bahawa ianya beracun) Rasulullah mengingatkan para sahabat : "Angkatlah tangan kamu (berhenti makan), kerana kambing panggang ini memberitahu kepada aku bahawa dia beracun"

Setelah Bisyr bin Al-Baro' bin Ma'rur Al-Anshory (yang telah termakan bahagian beracun itu) didapati meninggal dunia ( sekembalinya ke rumah). Maka Rasulullah mengirim utusan membawa surat kepada wanita Yahudi itu dengan pertanyaan, "Apakah yang mendorong kamu melakukan hal itu (membubuh racun)? Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang akan ku lakukan tidak akan membahayakan diri mu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia dari mu".

Kemudian Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka wanita itu pun dibunuh. (Riwayat Abu Daud dalam sunan-Nya [4512]. Disahihkan oleh Al-Albaniy dalam sahih sunan Abu Daud [halaman 813], dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman).







Pengajaran daripada kisah ini
:


Bagi kita yang sudah 14 tahun sebagai pengamal tasawuf ini, sangat jelas bahawa daripada kisah kambing tersebut adalah sebenarnya bukanlah kambing itu yang bersuara, tetapi ianya merupakan siqnal muroqabah atau tingkatan kasyaf  yang disebut juga sebagai ilmu laduni atau ilmu makrifat kepada Allah SWT.

--------------



"Lisan manusia yang berakal ada di belakang hatinya ketika ingin berbicara, dia merujuk hatinya. Jikalau baik dia berbicara, jikalau bahaya dia menahan diri. Hati orang yang bodoh berada di belakang lisannya. Dia berbicara apa yang dilihatnya." 


(Petikan ayat daripada Imam Al-Ghazali, seorang tokoh ulama fiqah dan tasawuf, di dalam bukunya iaitu Ihya' Ulumuddin)