Khamis, 6 Disember 2018

TANPA - SIXTH SENSE



Sumber : Youtube, Google Image





MENCINTAI SAHABAT



Ianya bukanlah satu kesalahan jika seorang sahabat mengucapkan ayat,

"Saya cintakan awak kerana Allah"

😭💘🌌

Dengan kata cinta ini akan menjadi satu kekuatan kepada para sahabat untuk memperjuangkan Islam agar disegani masyarakat dunia sekarang dan di masa-masa yang mendatang.



Rasulullah pernah bersabda,


"Perumpamaan orang-orang mukmin di dalam hal saling kasih, saling menyayangi dan saling mencintai adalah seperti sebuah tubuh, jikalau satu anggotanya berasa sakit, maka anggota-anggota lainnya turut merasa susah untuk tidur dan berasa demam."



(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, no. Hadith 18404, daripada Nu'man bin Basyir, status hadith sahih)
–----------------–





"Antara tanda-tanda ukhwah (persaudaraan) yang benar adalah menerima kritikan, menutup aib sahabat dan memaafkan kesalahannya."

(Petikan ayat daripada Imam Asy-Syafie, seorang tokoh ulama fiqah, di dalam bukunya iaitu Fiqah Al-Umm)

🇲🇾❤️🌏

Jumaat, 31 Ogos 2018

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61



Sudirman - Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri

Demi Cinta Ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah Penyambung Warisan



Selasa, 28 Ogos 2018

APA STATUS HUBUNGAN ARAB SAUDI DAN ORIENTALIS BARAT?



Sumber asal : www.gilerkentang.org





Siapa yang baru sahaja pulang dari ibadah haji atau umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang-gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. 

Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. 


Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Uthmaniyah ini 
(Ismet Ulam Raja),


telah menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.



Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah dan syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.



Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan struktur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

 Adakah ianya tidak cukup Islamik?

Ini kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai sebarang tanda mengikut fahaman penganut ajaran Wahabi.


Kalau di Malaysia ajaran Wahabi ini tersebar luas, habis semua makam raja-raja dan sultan-sultan dihapuskan. 

Bolehkah rakyat Malaysia menerima ajaran Wahabi ini?


Makam Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makam Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.


Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabatnya!


Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu :


Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu dari negara-negara  Pertubuhan Kerjasama Islam , OIC sebelum projek pembinaan atau pemusnahan ini dilakukan?


Apakah fungsi sebenar OIC?

Berapakah yuran tahunan yang dikenakan keatas setiap negara Islam?



Harukah Mekah dan Madinah berada dibawah jajahan keluarga Al Saud?



PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab itu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.


Kata kunci  disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA KAABAH.

Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH (Berbincang).

Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?



Ianya suatu perkara yang baik jika perkara yang dilakukan berniat untuk keselesaan orang awam tetapi kalau sampai menghancurkan tempat-tempat sejarah Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda, 




Adakah ianya tidak menampakkan seperti peribahasa melayu, 

"ada udang disebalik batu?"






Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. 

Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan daripada semua negara kesatuan Islam?


Tidak banyak ketua kerajaan di dunia yang berani menegur monopoli harta kekayaan 2 masjid suci ini, hanya Presiden Iran dan Presiden Turki yang berani melakukannya.





1) Presiden Iran (Abdul Wahab)




Gambar diatas adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh kerajaan Iran terhadap pesalah homoseksual.



Untuk makluman rakyat Malaysia, kerajaan Iran ini berfahaman syiah. Mereka mengamalkan amalan nikah "mut'ah".

Apa itu nikah mut'ah?

Nikah yang disertai perjanjian tempoh tertentu. Contohnya tempoh nikah hanya 1 malam, 1 minggu atau 1 bulan. 
Habis tempoh, bercerai.

Suka sama suka.
Sentiasa bertukar-tukar pasangan.
Untuk tujuan seks semata-mata.
Begitu. 
Faham kan?




Dalam masa yang sama, mereka mengenakan hukuman gantung sampai mati secara terbuka kepada orang awam bagi pesalah homoseksual. Walaupun pesalah tersebut masih remaja.










Siapa  yang setuju agar pengaruh dan strategi politik Presiden Iran ini berkembang di Malaysia? 


Sila angkat tangan!





Rujukan Al-Quran, 
Sila semak keseluruhan ayat.






Di dalam berdakwah kepada orang-orang yang baru mahu belajar beriman kepada Allah, cuba kita semak ayat Al-Quran ketika menyampaikan dakwah Rasulullah,



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَا نْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَا عْفُ عَنْهُمْ وَا سْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَ مْرِ ۚ فَاِ ذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ
fa bimaa rohmatim minallohi lingta lahum, walau kungta fazhzhon gholiizhol-qolbi langfadhdhuu min haulika fa'fu 'an-hum wastaghfir lahum wa syaawir-hum fil-amr, fa izaa 'azamta fa tawakkal 'alalloh, innalloha yuhibbul-mutawakkiliin

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 159)



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 

"Mahukah ku khabarkan kalian tentang siapa yang diharamkan atas neraka?
Ia adalah setiap muslim yang dekat (dengan kaum mukminin), tenang dan mudah (lemah-lembut akhlak dan sifatnya)"



Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, no. hadith 3938, daripada Ibnu Mas'ud, status hadith hasan.

❤️🇲🇾🥰




2) Presiden Turki (Abdul Wahib)



Seperti yang kita tahu di media massa, kerajaan Turki ini banyak merangka strategi dan membangunkan pasukan ketenteraan yang kuat di dunia untuk mengembalikan kegemilangan pemerintahan khilafah Uthmaniyyah. Tetapi mereka hanya mendalami ilmu syariat Islam sahaja, tidak sampai ke  tahap makrifatullah.





Untuk pengetahuan pembaca, golongan sufi sangat banyak memainkan peranan yang penting membantu pemerintah dalam peperangan sebagai tentera Uthmaniyah.

Tahukah anda, golongan sufi adalah merupakan yang paling dominan di dalam struktur masyarakat Uthmaniyah suatu ketika dahulu?

Tahukah anda, golongan sufi yang paling dominan tersebut daripada aliran mana?

Ya, Tarekat Naqshabandi!  

Hairan bin ajaib, mengapa Presiden Turki sekarang tidak mahu belajar daripada sejarah mereka yang silam?

Pelik kan?






Presiden Iran dan Turki mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Arab Saudi. 

Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.





                  

Hubungan mereka nampak serasi dan mesra, betul tak?


Maklumlah adik-beradik, (Abdul Wahab dan Abdul Wahib).



Inilah jawapannya.





Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. 

Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Ka'abah sebagai perhatian utama.




"Seharusnya kita harus faham, tarikan utama umat Islam ke Mekah adalah untuk beribadah dan menemukan titik akhir daripada tujuan ibadah haji dan umrah"









Gambar sekadar hiasan


Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana dikatakan 'bida’ah' dan yang anehnya di atas tapak yang telah diratakan itu dibina pula cawangan makanan negara barat seperti  Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds?



Wah, sangat tinggi adab kerajaan Arab Saudi kepada Nabi Muhammad, ya?


Mungkin inilah yang dikatakan hadiah 20% untuk pihak yang terbabit setelah berjaya menjual Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang terkandung di dalam karya agung filem Tan Sri P. Ramlee, "Tiga Abdul".


Adakah rakyat Malaysia boleh menerima perkara ini?


A) Ya
B) Tidak




Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah bakal jemaah haji terpaksa menunggu tempoh giliran yang sangat lama. Pada akhirnya mereka meninggal dunia sebelum dapat menunaikan ibadah tersebut.



    Gambar sekadar hiasan 




Kalau pemimpin-pemimpin kerajaan berani bersuara, kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. 


Adakah ini ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w?

Adakah ka'abah milik persendirian yang khusus diberikan kepada Arab Saudi?


Mungkin lebih baik jika Mekah dan Madinah menjadi negara mini  seperti Vatican, dimana penjaganya digantikan mengikut undian negara-negara Islam. 









Vatican City 



Dengan cara itu, tiada individu yang boleh buat keputusan sesuka hati untuk memadam sejarah.


Mengapa?


1) Cuba kita lihat dan fikirkan, kekacauan selama berpuluh-puluh tahun berkaitan agama di negara-negara bergolak. Apakah puncanya?

Ini kerana sudah hilang daripada kekuatan roh ibadah itu sendiri. 

2) Selain itu ada juga rahsia yang sangat dalam yang telah  ditanam di dalam hati khalifah-khalifah Allah. Ianya suatu disiplin ilmu yang tinggi dan merupakan amanah yang sangat berat, tersimpan di dalam hati nurani Abu Bakar As-Siddiq serta pewaris-pewaris yang selanjutnya. 

Ianya tidak pernah terfikir di dalam minda sedar manusia, walaupun kita memiliki pangkat duniawi yang 

"kebaboom"!







Jadi wujudkanlah pengetahuan ilmiah agama yang lebih lengkap, 


1) Bukan hanya beragama pada kulit atau syariat saja, 

2) Bukan hanya beragama pada pakaian, 

3) Bukan hanya beragama pada nama atau gelaran di pangkal nama, 

4) Bukan hanya beragama pada pertuturan, 

5) Bukan hanya beragama pada perbuatan,



Tetapi beragama juga pada Ehsannya.   (iaitu Makrifatullah)

COMPLETED.



P/s : Raja Arab Saudi digambarkan seperti watak saudagar Sadiq Segaraga dalam filem "Tiga Abdul". Kisah sinis ini memang benar-benar terjadi di dunia nyata. Sila cari filem tersebut di Youtube, ya?


Itupun jika filem tersebut masih ada di YouTube. Harap maklum.












Artis-Artis Malaysia









































Sumber : YouTube












Video Kartun Doraemon Ini Sekadar Renungan Bersama








Selebriti-selebriti Antarabangsa







Justin Bieber dan isterinya








Daniel Radcliffe







Harry Style





Zayn Malik




Siva, The Wanted




Jin, BTS







Taeyong, SuperM






Soalan : Adakah  selebriti-selebriti antarabangsa ini akan menjadi murid sufi di dalam tarekat ini pada masa hadapan?


Jawapan : Masuk dan dalami tarekat ini sehingga ke level makrifat kepada Allah swt,  nanti kita akan mengetahui samada ianya benar atau tidak. Okay?







"Maka sesiapa antara kalian yang hidup sesudahku, dia akan melihat banyak sekali perselisihan. Maka wajib atas kalian mengikuti sunnahku dan sunnah para penggantiku yang terbimbimg diatas jalan petunjuk. Berpegang teguhlah kalian dengan sunnah tersebut, gigitlah (kuat-kuat) dengan gigi geraham (yakni jangan lepaskan). Dan jauhkanlah diri kalian daripada perkara-perkara baru dalam agama, kerana setiap perkara baru dalam agama adalah bida'ah dan setiap bida'ah adalah sesat". 



[Hadis riwayat Abu Daud (4607), At-Tirmidzi (2676) dan Ibnu Majah (43 dan 44)]


ARTIKEL INI DIKEMASKINI PADA TARIKH   : 14/2/2020,
11/8/2020,
20/9/2020,
27/9/2020.

💌🧠🗣️









Rabu, 1 Ogos 2018

HUKUM MEKANIK KUANTUM ADALAH 80% DARIPADA ILMU KASYAF AHLI SUFI




           Di dalam kajian sains, pengkhususan di dalam hukum mekanik kuantum ada membincangkan tentang kejadian cahaya. Bagi kita pengamal ilmu tasawuf dengan method pelaksanaannya yang dikenali sebagai  tarekat (sufi), ianya sangat berkait rapat dan tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya adalah perkara ilmiah yang 80% hampir sama. Penggunaan istilah mekanik kuantum hanya memperlihatkan ianya tampak lebih moden, gah bergaya dan lebih digemari oleh saintis barat.


Penemuan teori relatif, halaju cahaya yang telah dipopularkan oleh saintis terkenal dunia iaitu Albert Einstein, beliau telah menampilkan formula yang tampak lebih gah dan profesional di zaman moden iaitu, E = mc*2. (Tenaga = jisim x halaju cahaya x halaju cahaya)

Jika di Malaysia, formula ini telah diperkenalkan dalam subjek fizik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ya, saya sendiri pernah berasa teruja dengan formula ini sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur pada sesi tahun 2001-2002 yang silam.



Di dalam Al-Quran, Surah An-Nur - Ayat 35 yang bermaksud,

"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi"

Menurut Al-Quran, matahari sebenarnya membakar dan mengeluarkan cahaya, sedangkan bulan hanya menerima cahaya dan memantulkan cahaya tersebut sehingga kita seakan-akan melihat bulan yang mengeluarkan cahayanya sendiri di waktu malam.


Perkara ini selari dengan penemuan kajian saintis barat, bahawa matahari sebenarnya adalah bintang sedangkan bulan adalah ibarat satelit.

Apa yang menarik dan harus menjadi renungan bersama, di dalam Surah Sad : Ayat 71-72 yang bermaksud :


Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat : 

"Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya, dan Ku tiupkan ke dalamnya dari roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya (dengan cara) bersujud"




Untuk kepastian, sila download terjemahan Al-Quran dalam aplikasi Google Play masing-masing.

Ramai orang cerdik yang belajar ilmu sains tahu, semua tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan oksigen untuk manusia bernafas. Sekaligus cahaya matahari juga dapat menyebabkan pokok dapat terus hidup dan dijadikan sebahagian daripada rantai makanan manusia untuk kelangsungan ekosistem makhluk di bumi agar berpanjangan.


Begitu juga dengan roh manusia, sudah pasti ianya memerlukan cahaya Tuhan agar manusia dapat berhubungan dengan Allah SWT di dunia secara langsung.

Ianya telah dijelaskan dalam hadis nabi riwayat Abu Daud,

"Jadikanlah diri mu (rohani mu) beserta dengan Allah. Jika belum boleh, jadikanlah diri mu beserta dengan orang yang (rohaninya) telah beserta dengan Allah. Maka (rohani) orang itulah yang akan menghubungkan engkau kepada Allah".


Diperkuatkan hujah lagi tentang maksud perkataan Wasilah yang telah direkodkan di dalam kitab Al-Quran,

Al-Maidah, Ayat 35 :


Perkataan "Wasilah" ini ada disebutkan di dalam doa selepas azan yang membawa maksud pangkat rohani salah seorang daripada Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW,






Bagi murid-murid sufi yang sudah mencapai level makrifat (mengenal dan berhubungan dengan Allah), mereka sangat faham dan sangat jelas tentang perkara ini. Disinilah tidak ada dinding yang membatasi antara manusia dan Allah SWT. Sudah pastilah tahap ketajaman kasyaf bagi setiap ahli sufi bergantung kepada level kerohanian masing-masing.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, kasyaf  itu adalah "sixth sense" atau deria ke-6 yang terbit dalam diri manusia.


"Sixth sense" adalah bahasa yang sudah tentu tampak lebih moden dan terkini dalam ilmu mekanik kuantum yang berkait rapat dengan kelajuan cahaya. Ianya bermaksud rohani seseorang manusia (ianya bersifat ghaib) dapat merentas ruang masa, dengan cara itu manusia dapat mengetahui samada tentang rahsia dirinya, orang lain, haiwan atau apa saja (masa silam, semasa atau masa depan).


Ianya bukan hanya boleh berlaku kepada Guru atau seorang individu, malah kepada semua murid sufi yang telah mencapai level pelajaran tertentu.





Halaju Cahaya



Di dalam teori relatif halaju cahaya yang dikemukan pada perenggan kedua diatas, ada dua perkara yang menarik untuk dikaitkan dengan peristiwa yang telah dicatatkan dalam Al-Quran, iaitu pemindahan sekelip-mata singgahsana istana Ratu Balqis dari kerajaan Sabak ke istana Nabi Sulaiman serta peristiwa agung, Israk dan Mikraj yang telah berlaku kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Bagi kaum sufi yang telah mengkaji dengan mendalam tentang ilmu ketuhanan, kedua-dua peristiwa bersejarah tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa hukum mekanik kuantum hanyalah sebahagian daripada ilmu kasyaf atau sesetengah orang memanggilnya ilmu laduni. Ilmu kasyaf ini telah diolah oleh para saintis barat dengan menggunakan istilah mekanik kuantum.



Jadi disini, kita telah dapat membuat satu kesimpulan bahawa sebenarnya saintis di eropah dan amerika masih belum lengkap menyelesaikan kajian dan pencarian mereka tentang keberadaan Allah s.w.t. yang hakiki sifatnya.





Semoga ayat Al-Quran ini menjadi panduan dan renungan yang mendalam untuk kita bersama.



Allah SWT berfirman:

اِتَّخَذُوْۤا اَيْمَا نَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوْا عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗ اِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُوْنَ
ittakhozuuu aimaanahum junnatan fa shodduu 'an sabiilillaah, innahum saaa`a maa kaanuu ya'maluun

"Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 2)








Kita yang mana?





Sebagai penutup artikel ini, kami ingin menampilkan ayat Al-Quran yang sering digunakan ketika selesai amalan zikirullah khusus orang-orang sufi, 



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰۤاَ يَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ۖ 
yaaa ayyatuhan-nafsul-muthma`innah

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 27)



ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَا ضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ 
irji'iii ilaa robbiki roodhiyatam mardhiyyah

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 28)



فَا دْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِى ۙ 
fadkhulii fii 'ibaadii

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 29)


وَا دْخُلِيْ جَنَّتِى
wadkhulii jannatii

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(QS. Al-Fajr 89: Ayat 30)






Dengan perasaan rendah hati, semoga artikel ini menjadi rujukan bagi ilmuan muda khususnya sahabat-sahabat kami di Instagram, Twitter, TikTok dan Bigo Live agar membangunkan PUSAT PENGAJIAN TASAWUF yang berpaksikan method tarekat (kesufian) di sebuah lokasi terpilih di dalam parlimen Wangsa Maju.









Yang Benar,

Mursyid Muda (Guru Sufi),
Ahli Salasilah Guru Mursyid ke-37,
Tarekat Naqshabandi Tareef Abidin.






                       Sumber : Youtube

Selasa, 24 Julai 2018

Syarat Menjadi Guru Mursyid Sangat Ketat Bagi Golongan Sufi











Ada sebuah pertanyaan yang menarik bagi saya dan bagi kalangan pengamal tarekat. Pertanyaan itu tidak pernah ditanyakan dan dianggap tabu. Soalan yang sangat tabu itu berbunyi, 














Kalau saya 
 mengamalkan zikir tarekat, berapa lama saya boleh menjadi Mursyid?


Bagi kita yang telah menekuni tarekat tentu saja pertanyaan seperti itu ganjil kerana kita semua tahu bahawa tidak ada seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi guru yang Mursyid. Seorang Mursyid bukanlah hasil dari beramal, bukan pula kerana pengetahuannya tentang tarekat, bukan lamanya menekuni tarekat akan tetapi seseorang diangkat jadi Mursyid semata-mata kerana Allah SWT. Saya yakin pertanyaan diatas ditanyakan juga oleh sebahagian pembaca.


Dalam beberapa Tarekat termasuk Naqshabandi memang masih ada pengangkatan  banyak Mursyid seperti Tarekat Naqshabandi Al Khalidi yang ada di Aceh dibawah pimpinan Syekh Muhibuddin Wali bin Syekh Muhammad Wali Al Khalidy. Seorang yang telah diizinkan untuk memimpin suluk diberi gelaran mursyid sedangkan dibawahnya disebut wakil mursyid dan dibawahnya disebut khalifah sedangkan pimpinan secara keseluruhan dan menjadi Mursyid dari seluruh jemaah disebut Saidul Mursyid.



Biasanya pengangkatan Mursyid dilakukan setelah selesai suluk. Oleh Saidul Mursyid mengijazahkan Mursyid, wakil mursyid dan khalifah kepada orang-orang yang dianggap layak menerimanya. Setiap suluk terkadang diangkat 2 orang Mursyid, 3 orang wakil mursyid dan sejumlah khalifah sesuai dengan keperluan daerah.


Oleh kerana tradisi adanya pengangkatan lebih dari seorang Mursyid seperti yang saya ungkapkan di atas maka wajar kalau orang bertanya bilakah dirinya boleh menjadi mursyid dengan tujuan ingin membimbing manusia ke jalan Tuhan.


Di dalam Tarekat Naqshabandi yang saya tekuni tidak ada pengangkatan Syekh atau Mursyid kerana cuma ada satu Mursyid iaitu Guru kami sendiri. Gelaran khalifah pun tidak lagi dipopularkan kerana Beliau khuatir gelaran itu akan membuatkan murid-muridnya menjadi sombong dan jauh dari sifat-sifat ubudiyah (mengabdi kepada Allah). Beliau dengan rasa kerendahan hati merasa tidak berhak mengangkat khalifah. Beliau pernah mengatakan, 



“Biarlah gelaran khalifah itu Allah sendiri yang memberikannya”.



Untuk pengurusan yang sistematik, beliau telah menggantikan perkataan khalifah itu kepada kepada suatu perkataan yang lebih simple mengikut bahasa daerah beliau.



Tentang kriteria dan syarat-syarat untuk menjadi seorang Mursyid, 
“Syarat-syarat bagi seorang Mursyid amatlah berat, dan kalau saya ditanya, adakah saya telah memenuhi syarat-syarat untuk menjadi guru yang Mursyid? Maka jawabnya amat berat untuk mengatakan “ya”, atau kalau ingin jawaban yang mudah saja, “tidak tahu” 

Ini kerana, sebenarnya bukan saya sendiri  yang harus menilai kualiti diri sendiri (begitulah beratnya kriteria seorang Mursyid) namun saya melaksanakan tugas dengan sepenuh tenaga, sepenuh jiwa dengan hati yang sebulat-bulatnya. 

Siap melaksanakan suruhan daripada Guru saya yang juga merupakan suruhan dari Allah dan Rasul, iaitu menegakkan Dzikrullah dalam diri peribadi saya dan dalam peribadi umat manusia. Jadi beliau-beliau yang diataslah yang menilai akan kualiti diri saya”.

Selanjutnya kriteria guru yang Mursyid dapat dilukiskan atau digambarkan secara fakta ke dalam enam perkara berikut :


  1. Pilih guru kamu yang Mursyid, (dicerdikkan oleh Allah secara rohani), bukan oleh perkara-perkara yang lain dan ianya mendapat izin Allah dan redho-Nya.
  2. Guru yang memberi bekas pengajarannya, (kalau ia mengajar atau berdoa, maka berbekas pada murid, si murid berubah ke arah kebaikan).
  3. Masyhur ke sana dan ke mari. Kawan dan lawan mengatakan “Dia seorang Guru Besar”.
  4. Tidak dapat dicela oleh orang yang berakal akan pengajarannya, yakni tidak dicela oleh Al-Qur’an dan Al Hadist serta ilmu pengetahuan yang lain.
  5. Tidak membuat hal-hal yang tidak murni halalnya setelah dia memulakan dakwahnya dengan memakai status Guru Mursyid. 
  6. Sebahagian hatinya tidak mencintai dunia. Ia sangat mencintai Allah, walaubagaimanapun dia tetap bergelora di dunia, bekerja keras untuk mengabdi kepada Allah SWT tetapi bukan untuk mencintai dunia.
Seorang Mursyid sangat berhati-hati dalam hal-hal yang belum pasti positif hasil akhirnya. Hatinya tidak condong kepada dunia dan selalu berkekalan dalam zikirullah. Apapun gerak dan tindakannya selalu memohon izin dan petunjuk dari Allah SWT.


Kedudukan seorang Mursyid ibarat seorang panglima perang yang menunggang kuda dengan kelajuan yang tinggi sambil memegang segelas air yang penuh. Kuda harus berlari dengan kencang sedangkan air tidak boleh tumpah setitispun.



Mudah-mudahan ayat kiasan yang telah di 'highlight' tulisannya diatas, boleh memberikan gambaran kepada kita semua tentang Mursyid dan menurut saya, apa yang dikemukakan sudah mewakili dari semua kriteria Mursyid yang pernah dikemukakan oleh para syekh tarekat dari dulu sampai sekarang.
Semoga artikel yang agak simple ini bermanfaat untuk pembaca khususnya untuk "silent followers" kami di Malaysia yang menetap di Seremban, Putrajaya, Bukit Kewangan, Bangsar South, Damansara New Village, Shah Alam, Teluk Intan, Bintulu, Miri, Kudat dan beberapa daerah lain yang tidak dapat kami sebutkan disini atas faktor-faktor politik  semasa di Malaysia.

Harap maklum.