Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita dilimpahkan nikmat kurnia yang sentiasa memenuhi ruang hidup. Bagi saya, antara nikmat yang paling saya syukuri adalah nikmat tubuh badan yang sihat.
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat-Nya, kerana sekali lagi telah diperbaharui mandat yang telah diberi tidak lama dahulu
Pada tanggal 4 Mei, lebih kurang pukul 4.00 am sekali lagi saya bermimpi berada di surau yang merupakan pusat perguruan saya ketika dahulu. Pada ketika itu kelihatan seperti sebuah majlis yang gilang-gemilang diadakan. Ramai murid berada di segenap penjuru surau yayasan tersebut.
Disuatu ruang, muncul Almarhum Guru saya iaitu Ahli Silsilah Guru Mursyid yang Ke-36.
Ketika itu saya berdiri dihadapan mihrab surau tersebut.
Satu ayat yang tidak akan saya lupa di dalam mimpi tersebut adalah beliau berkata,
"Bukan saya yang sepatutnya berada di ruang mihrab itu, tetapi beliaulah yang seharusnya duduk di ruang mihrab itu ( dengan menyebut nama saya), sambil Ahli Silsilah Guru Mursyid Ke-36 itu menepuk tangan."
Saya membalas tepukan tangan daripada Beliau dan diperhatikan oleh seluruh warga dewan surau yang berada disitu.
Sebaik saja pengunguman daripada Guru saya itu, saya bersalaman dengan beberapa orang yang berada di surau itu. Antara wajah yang masih saya ingat ketika saya bersalaman adalah Rahmat Geni, beliau pernah belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia satu ketika dahulu. Kali terakhir saya tahu berita tentang beliau adalah ketika beliau menyambung ijazah Master di benua Eropah. Rahmat Geni merupakan rakyat Indonesia. :)
Di dalam mimpi tersebut terlihat juga kelibat anak kandung Guru saya.
lebih kurang begitu lah mimpinya.
......................................
Sebenarnya mimpi ini terjadi kerana sebelum saya tidur pada malam itu, saya telah berdoa kepada Allah SWT, memohon petunjuk kepada-Nya samada saya harus meneruskan perguruan ini atas kapasiti saya sendiri sebagai seorang Guru Mursyid.
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi mandat dan pada kali ini Guru saya sendiri mengeluarkan fatwanya di dalam mimpi tersebut.
Sebenarnya catatan ini saya tulis bukanlah untuk dibaca oleh orang awam, tetapi ditujukan kepada para pengamal tasawuf atau ahli makrifat yang bertebaran di muka bumi ini. Ia terjadi kerana ada diantara mereka yang kurang arif mempertikaikan tugas saya sebagai Ahli Silsilah Guru Mursyid yang ke-37.
Bagi ahli makrifat, untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara samada yang zahir mahupun di alam mimpi, mereka akan menggunakan signal Muroqabah.
Signal petunjuk langsung daripada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan