Demam Piala Dunia kembali lagi. Keghairahan beserta semangat kesukanan yang tinggi, ramai diantara kita yang mengambil bahagian sebagai penonton acara perlawanan bola sepak dunia ini.
Ada yang menyokong pasukan A,
Ada yang menyokong pasukan F.
Ada yang menyokong pasukan daripada negara kelahiran Brazil,
Ada juga yang menyokong daripada negara kelahiran England.
Masing-masing mempunyai harapan tinggi untuk menang terhadap pasukan pilihan mereka.
Secara jujurnya, Saya bukanlah peminat bola sepak. Sejak daripada zaman sekolah tak minat bola sepak. hehehe.
Tetapi apabila dah dewasa, apatah lagi sudah melibatkan diri dalam bidang kepimpinan manusia, jadi Saya harus mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dunia saat ini.
Dipendekkan cerita, pada Piala Dunia kali ini Saya telah memilih Argentina sebagai pasukan kegemaran.
Kenapa Saya memilih Argentina?
Bukan kerana Saya minat bola sepak,
Bukan kerana kehebatan pasukan itu,
Tetapi oleh kerana Buenos Aires, Argentina adalah lokasi dakwah Saya di benua Amerika Latin untuk Misi Luar Biasa Tahun 2025
Itu saja. Boleh? :)
Ya, Saya doakan Argentina menang. Amin, amin, amin, Ya robbal'alamin.