Selasa, 24 Disember 2013

Islam Itu Sebenarnya Berlapis-lapis (jilid 2)




Oleh : Hamba Allah


Sudah menjadi hukum pasti yang berlaku di alam bahawa di dunia ini segala sesuatu diciptakan Allah dengan berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat yang kesemuanya itu mempunyai tujuan tersendiri. Allah menciptakan bumi berlapis-lapis, bermula daripada lapisan paling atas berupa tanah yang subur, kemudian dibawahnya ada batuan yang keras sampai kemudian kepada kerak bumi yang terdiri dari batuan cair yang sangat panas dan kesemua susunan yang begitu teratur itu mempunyai tujuan dan tunduk kepada hukum Alam (Sunatullah) yang diciptakan oleh Allah saat dunia ini diciptakan. Buah-buahan ciptakan dengan berlapis, tanaman pun demikian bahkan atom sebagai bahagian benda terkecil yang diketahui manusia saat ini juga mempunyai lapisan.


Begitu juga Agama Islam yang kita kenal, mempunyai tingkatan atau lapisan yang dengan tingkatan tersebut memudahkan manusia untuk mempelajari agama. Syariat merupakan kumpulan hukum-hukum atau aturan yang harus dijalankan oleh umat Islam adalah pintu paling depan, etalase yang mewakili Islam itu sendiri. Orang yang belum mengenal Islam ketika ditanya apa itu Islam, kita boleh menjelaskan dengan sederhana melalui Rukun Islam yang dikerjakan oleh umat Islam seluruh dunia. Melalui ucapan syahadat, pelaksanaan solat 5 waktu dan solat sunat di masjid atau di rumah masing-masing, membayar zakat, melaksanakan puasa ketika bulan Ramadhan dan puasa sunat serta menunaikan ibadah haji akan boleh mewakili atau menjelaskan apa itu Islam.


Apa yang nampak terlihat sebagai rukun Islam yang 5 perkara itu tentu saja mempunyai aspek rohaniahnya, aspek esoteris yang mendukung gerak zahir daripada pelaksaaan rukun Islam yang 5 perkara. Gerakan-gerakan zahir, ucapan yang keluar daripada mulut akan boleh dilakukan oleh sesiapapun, bahkan orang yang baru mengenal Islam sekalipun atau sangat awam akan begitu mudah memahami dan melaksanakan ibadah yang diwajibkan dalam Islam.

Satu hal yang harus kita fahami bersama bahawa Islam yang kita kenal sekarang bukan turun dalam tempoh satu malam, bukan paket yang dihantar oleh malaikat kemudian dilaksanakan oleh umat atau dalam bahasa mudahnya, Islam bukan agama ‘mee segera’. Solat sebagai ibadah wajib baru dilaksanakan umat Islam setelah 13 tahun Nabi berdakwah, lalu ibadah apa yang dilaksanakan oleh umat sebelum adanya kewajiban solat? Apakah mereka tidak beribadah sama sekali?


Selama 13 tahun Nabi menanamkan Tauhid, Kalimah Allah Yang Maha Tinggi iaitu La Ilaha Ilallah yang merupakan perkara asas daripada agama. Kenapa harus memerlukan waktu 13 tahun untuk mengajarkan ucapan pendek tersebut? Inilah yang menjadi bahan renungan dan kajian kita bersama. Nabi menjelaskan bahawa perkerjaan paling mudah adalah menyebut nama Allah dan pekerjaan paling sulit juga menyebut nama Allah. Kalau hanya sekadar menyebut nama Allah atau mengucapkan syahadat, maka seluruh manusia yang berakal dan boleh berbicara akan mampu mengucapkannya akan tetapi mengucapkan kalimah Allah disertai oleh Allah itu pekerjaan yang sangat sulit seperti yang dijelaskan oleh Nabi.

Kerana agama mempunyai aspek zahir dan batin, tidak terkecuali juga Kalimah Syahadat, mempunyai aspek zahir dan batin pula. Dalam sebuah hadist Qudsi Allah Berfirman,

“La Ilaha Ilallah adalah kalimah KU dan dia adalah AKU, barangsiapa yang menyebut La Ilaha Ilallah akan masuk dalam benteng-KU dan barangsiapa yang masuk dalam benteng-KU maka dia terbebas daripada azab-KU”.

Pernahkah kita kemudian mengkaji, membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah? membuktikan bahawa diri kita masuk dalam kapsul yang Maha Menang sehingga Iblis beserta bala tenteranya tidak akan boleh menembus hati sanubari kita? Pernahkah kita membuktikan akan kehebatan Kalimah Allah seperti yang tercantum dalam al-Qur’an AR-RA’AD ayat 31 berikut :

“Dan sesungguhnya andai kata ada suatu bacaan (Kitab Suci) yang dapat membuat gunung-gunung berjalan/  bergoncang dahsyat atau bumi dipotong-potong / dibelah-belah atau orang-orang mati diajak berbicara / dapat berbicara (hidup kembali) nescaya Kitab Suci itu ialah Al-Quran. Dan mereka pun tidak juga beriman (dan juga masih tidak berikir juga untuk mengkajinya, walaupun Tuhan mengatakan KEDAHSYATAN AL-QURAN itu bertubi-tubi)”

Para Auliya Allah termasuk Guru saya sendiri telah mengkaji dan membuktikan secara nyata dan fakta dan apa yang dilakukan Beliau boleh dilakukan juga oleh para murid kerana memang memakai formula yang sama sehingga hasilnya sama. Al-Quran yang kita kenal bukan hanya untuk dibaca, dialun-alunkan dengan nada indah atau dipertandingkan di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, lebih jauh Al-Quran apabila diketahui teknologinya boleh menghasilkan tenaga yang Maha Dahsyat.


Subhanallah.