Selasa, 9 Julai 2013

Cerpen - Ibu Oh Ibu



Dikarang Oleh : Mursyid Muda  


Ibu Oh Ibu !


Menerima cahaya mata adalah saat terindah buat mana-mana ibu yang melahirkan anak. Walaupun melalui saat-saat sukar selama sembilan bulan sepuluh hari serta melalui detik paling mencemaskan ketika melahirkan bayi tersebut, ia akan hilang serta-merta setelah melihat bayi yang dilahirkan tersenyum ketika menatap wajahnya. Ia terjadi juga terhadap Qalisya. Tetapi sakit yang dialaminya sebulan yang lalu masih terasa hingga kini. Trauma ketika melahirkan bayi tersebut masih terasa. Begitulah beratnya sakit kurnia dari tuhan ketika melahirkan seorang anak yang sangat istimewa. Anak  yang bakal menggegarkan dan  membawa perubahan besar penduduk Kota Arked. Dialah seorang bayi lelaki yang diberi nama ‘Azmi’ !

“Mari sini cucu atuk , biar atuk dukung ya? Alalala, comelnya cucu atuk ni.”
Malib mengangkat Azmi dari kendongan ibunya. Azmi tersenyum. Raut wajah bayi itu sangat comel.
“Ayah, bila kita nak adakan kenduri kesyukuran ni?” - tanya Zikri.
“Ya tak ya juga. Dah sebulan dia dilahirkan. Tapi masih belum buat kenduri kesyukuran lagi.”
“Apa kata kita buat malam jumaat minggu depan?”
“Ayah pun fikir begitu juga.”
“Kalau macam tu nanti aku beritahu Abu tentang perkara ni. Bolehlah dia ajak kawan-kawan politik dia ke majlis tu nanti.”
“Ha, eloklah tu. Bagus juga. Sekurang-kurangnya mereka tau, kita dah ada seorang lagi ahli keluarga yang baru. Hehhee”  -ketawa Malib
“Heheee. Ayah, mintak sini aku dukung. Nak jugak rasa bermanja-manja dengan anak buah kesayangan aku ni.” – kata Zikri.
“Nah, pegang baik-baik.”


Ø  Sebulan kemudian di rumah Qalisya.

“Qalisya, umur budak ni dah dua bulan.” – kata Riana.
“Ye la, sedar tak sedar, dah dua bulan saya melahirkan Azmi.”
“Eh, dah cari ibu susuan dia ke?”
“Hermm.belum lagi.”
“Ye la. Nanti kalau dah diserahkan pada ibu susuan dia, boleh la awak bekerja cari nafkah untuk Azmi nanti.”
“Itu lah. Takpe, esok boleh Riana temankan saya cari ibu susuan dia?”
“Oh, boleh je. Nanti saya bagi tau suami saya tentang perkara ni. Mintak izin dengan dia dulu.”
“Ye la. Nanti kalau jadi, Riana datang la ke rumah ni ye?”
“Hehee, mestilah.”
“Eh, minum la air ni. Nanti sejuk pulak.”
“Ok. Terima kasih.”
“Anak awak apa kabar? – tanya Qalisya.
“Oh, dia sihat je. Seminggu sekali ada juga menjenguk di rumah jagaan ibu susuan dia. Dah semakin berisi badan dia. Rasa nak cubit-cubit je kalau tengok dia!!”
“Hehehee, ye ke? Kalau dah habis tempoh jagaan dengan ibu susuan dia nanti, bawalah ke rumah ni. Saya nak jugak tengok dia. Mesti comel kan? Ye la ibu dia kan cantik?”
“Heheehe. Terima kasih. Ye la, nanti saya bawa dia ke sini ya.”
“Oh ya, muka dia mirip siapa? Mirip Riana atau mirip wajah Adib ?”
“Hehee, alahh, mirip wajah Adib. Ye la. Anak lelaki la katakan.”
“Hehhee, kacak la kalau dia dah besar nanti ye?”
“Kalau kacak sangat nanti, takut jadi 'buaya darat’ pulak. Hahaa !!”
“Hahaaa. Harap-harap jangan la dia jadi nakal nanti ye? Kita sebagai ibu kena didik anak-anak kita supaya jadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat.”
“Yurp, betul tu. Saya tak nak dia jadi seperti orang-orang di tengah kota ni, terlalu ramai yang tak bermoral ! Cukuplah  apa yang saya telah lalui sebelum ni. Bapak sendiri  sanggup jual anak dia kerana nak langsaikan hutang judi !”
“Hermm..ye la. Semoga jangan berulang lagilah perkara yang macam tu pada generasi kita yang akan datang.”
“Harap-harap macam tu la. Semoga ada insan yang dapat mengubah masyarakat kita ni menjadi lebih baik akhlaknya.”
“Ye la. Banyak-banyaklah kita berdoa kepada tuhan. Semoga dia menurunkan rahmat buat seluruh warga Kota Arked ni.”
“Amin !!”


v  Kampung Raihan.

“Azmi, jangan nakal sangat dengan ibu susuan kamu ni ya. Mak sayang Azmi. Jadilah anak yang baik untuk mak dan juga ibu susuan kamu ni. Mak dah takde tempat nak bermanja dan berkongsi kasih sayang lagi. Ayah kamu dah takde lagi.”
Qalisya menangis ketika menatap wajah anaknya itu terimbas wajah arwah suaminya. Riana dan Delaila hanya memandang sayu dua beranak itu dengan kerana kasihan melihat nasib yang menimpa Qalisya.

“Sabarlah sahabatku Qalisya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Kita sama-sama berdoa agar semuanya akan berakhir dengan baik.”
“Herm….terima kasih Riana. Saya pun harap macam tu juga.”
“Ye lah Riana. Saya janji akan jaga dan sayang Azmi seperti anak kandung saya sendiri.”
“Terima kasih Delaila.”
“Sama-sama. Dah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia.”
Qalisya dan Riana tersenyum mendengar penjelasan dari Delaila itu.


Ø  Tiga tahun kemudian.

“Azmi , jom ikut mak?”
“Nak ke mana mak?”
“Mak nak ke kota. Nak beli barang-barang sikit. Sambil tu boleh la kita jalan-jalan makan angin.”
“Jap..jap !.Azmi nak mandi dulu, lepas tu nak pakai baju cantik-cantik !”
“Ye lah, anak mak ni ! Cepat sikit ya, mak tunggu ni.”
“Ok !”

30 minit berlalu.

“Wah anak mak ni, pandai pilih baju ye?. Kacaknya anak mak ni. mesti ramai budak perempuan yang terpikat dengan Azmi nanti?”
“Hehehe, ye ke?”
“Ye lah. Jom kita bertolak sekarang.”
“Jom, jom !! yea, yea, nak keluar jalan-jalan, hehehe” – ketawa Azmi teruja.

Mendengar keletah dan ketawa riang Azmi membuatkan hati Qalisya terasa sangat bahagia walaupun sudah ketiadaan suaminya lagi. Mereka keluar ke rumah menuju ke pasar di tengah-tengah Kota Arked.

“Eh, Riana ?!”
“Ha, Qalisya !”
“Kebetulan pulak y? Kita jumpa di sini.”
“Ha, Azmi , apa kabar?” – soal Riana.
“Sihat makcik.”
“Wah bukan main segak anak awak ye Riana?” – tanya Qalisya.
“Takde lah makcik, biasa-biasa je. Kairil takde la kacak sangat. Hehheeh” –  jawab Kairil ketawa.
“Hehehe, amboi pandai kamu menjawab ye?”  Riana mencelah.
“Hehehee, anak mak.” – jawab Kairil.
“Dah alang-alang kita jumpa ni, jom la kita jalan sama-sama.” -pelawa Riana.
“Ye lah. Tekak ni haus betul la. Riana, jom kita pergi ke mana-mana gerai kedai minum.” – balas Qalisya.
“Oh, ok juga tu. Jom Kairil, kita pergi minum dengan Azmi dan makcik Qalisya.”
“Jom, jom, jom !!” – jawab Kairil teruja.

Kemesraan mereka berempat menunjukkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Azmi dan Kairil main bersama-sama. Adat kanak-kanak, tidak hilang daripada gurau-senda dan sentiasa riang gembira. Setelah selesai minum, mereka semua berjalan-jalan sekitar kota mencari barang-barang keperluan harian.

“Penatnya berjalan. Hari pun dah petang ni. Rasanya elok kita balik dulu.”
“Ya lah Riana. Budak-budak ni pun nampak macam da mengantuk je.”
“Herm, jom la kita balik. Kairil, jom balik !”

Setelah kepenatan  membeli-belah, mereka semua pulang menuju ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri.




v  Bilik Qalisya 10.25 malam.

“Azmi, sayang mak tak?”
“Sayanggg !!”
“Apa bukti Azmi sayang mak?”
“Nanti kalau Azmi dah besar, Azmi akan bawa mak jalan-jalan. Kita pergi melancong jauh-jauh. Lepas tu nanti Azmi belikan mak pakaian dan mainan, hehehehe.ok tak mak?”
“Hehehehee, pandai anak mak ni. ok, mak pegang janji Azmi tu.”
“Mestilah pandai. Anak siapa kan? Anak mak jugak .”
“Hermm, itu kalau Azmi dah dewasa, kalau mak mati masa Azmi masih kecil lagi macam mana?” – soal Qalisya.
“Tak nak !! Azmi tak nak mak mati ! kalau mak mati, Azmi nak ikut mak mati sekali !” – Azmi memberontak.
Qalisya menitiskan air mata ketika mendengar jawapan Azmi.
“Jangan macam tu, Azmi tak boleh ikut mak. Azmi mesti kena pandai jaga diri dan berdikari. Atuk kan  ada ? Pakcik Zikri pun ada. Azmi ikutlah mereka. Jagalah mereka kalau mereka dah tua nanti.”
“Mak jangan cakap macam tu. Azmi tak nak mak mati. Azmi sayang mak…..”
Azmi memeluk ibunya dengan erat. Dia menangis teresak-esak kerana terlalu sayangkan ibunya.
“Mak pun sayangkan Azmi juga. Dah besar nanti, jangan nakal-nakal tau. Azmi mesti kene jadi anak yang baik dan berguna untuk orang ramai. Azmi janji dengan mak ye?”
“Ya, Azmi janji. Azmi akan jadi anak yang baik untuk mak.”
Kedua-dua anak dan ibu itu menangis bersama-sama. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Qalisya mengusap-usap ubun-ubun anaknya lantas mencium dahi dan pipi Azmi tanda sayang kepada anak tunggalnya itu.




Ø  Pada keesokan harinya.

Seperti kanak-kanak yang lain,  Azmi juga seorang yang aktif. Dia dan kanak-kanak yang lain dikejiranannya selalu ke luar bermain-main berhampiran dengan kawasan rumah mereka.

“Fadhil, kau dah makan?”
“Dah.”
“Makan apa tadi?”
Makan roti bakar.”
“Oh, mesti sedap kan? Sarah, kau pulak makan apa?”
“Sarah belum makan lagi. Jarang makan pagi. Selalunya makan tengah hari terus.” – jawab Sarah.
“Oh, macam tu.”
“Ha, Azmi kita nak main apa ye hari ni?” - tanya Fadhil.
“Kita main sembunyi-sembuyi nak tak?”
“Oh, ok juga tu. Siapa yang kene jadi tukang cari dulu?”
“Takpe, biar saya yang jadi dulu. Saya pejam mata, lepas tu korang semua pergi la sembunyi. Nanti saya akan cari sampai jumpa. Siapa yang saya jumpa dulu, dia la yang akan jadi ‘tukang cari’ seterusnya. Tapi kalau orang yang kedua dapat cuit belakang badan saya tanpa saya perasan, saya akan jadi ‘tukang cari’ sekali lagi. Hehhee.ok.” – jelas Azmi teruja.
“Ok. Pejamlah mata sekarang !” – jerit Fadhil.

Kanak-kanak di kejiranan Azmi mempunyai hubungan yang sangat akrab. Biasanya, Azmi pasti akan dijadikan ketua oleh rakan-rakan mereka apabila melakukan aktiviti. Begitulah cara kehidupan Azmi ketika di zaman awal kanak-kanak. Kehidupannya sentiasa ceria bersama kawan-kawan sekampung
.

Ø  Beberapa minggu selepas itu.

“Mana mak kau?” – tanya Malib.
“Dia ada kat dapur tengah masak, atuk.” – jawab Azmi.
“Oh, esok atuk nak ke Kota Doni, jalan-jalan makan angin. Mak kamu ikut sekali. Azmi nak ikut tak?”
“Ha, jalan-jalan ?! Mesti la nak ikut ! takkan la nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” –kata Azmi teruja.
“Hahahaa, yelah cucu atok ni.”
“Ayah, makanan dah siap terhidang ni.Mari la kita makan.” – pelawa Qalisya.
“Oh, kejap-kejap. Ayah tengah bermain dengan Azmi ni.” – jawab Malib.
“Alahh, esok-esok la kalau nak main pun, dah malam ni.” – rungut Qalisya.
“Hehee, yelah. Ha, Azmi, mak kamu dah panggil suruh makan tu. Jom kita ke dapur.” – pelawa Malib.
“Jom , jom !!!”

Dua jam selepas menikmati makan malam, Azmi dan Qalisya masuk ke dalam bilik tidur.

“Mak, kita nak pergi jalan-jalan kat mana esok?” – soal Azmi.
“Entahlah Azmi, kata atuk, dia nak pergi jumpa sahabat dia di Kota Doni. Sampai kat sana nanti, ada kenduri meraikan perkahwinan anak sahabat atuk tu.”
“Oh, mesti seronok kan mak?” soal Azmi teruja.
“Ye la, nanti kita boleh jumpa pakcik Tarmizi. Dia merupakan sahabat karib arwah ayah Azmi suatu ketika dulu. Dia pindah ke sana. Dia ada bukak perniagaan minyak wangi. Dengar cerita dah semakin maju sekarang ni.”
“Oh, ye ke?”
“Ye betul.Hermmm…jom la kita tidur ? Mak dah ngantuk sangat ni. Kepala pulak rasa pening-pening. Eloklah mak tidur dulu. Esok Azmi kena bangun awal pagi. Kalau Azmi dah bangun pagi esok tapi mak masih tidur, kejutkan mak ye?” – kata Qalisya letih tak bermaya.
“Ok. Mestilah, Azmi pun dah tak sabar nak pergi jalan-jalan esok ni !” – jawab Azmi teruja.
“Azmi, mak sayangggg Azmi tau, sayang mak tak?”
“Mesti la sayang.”
“Jadi anak yang baik bila dah besar nanti ye?”
“Baik mak.”

Kedua-dua anak-beranak itu saling berpelukan sehingga tertidur.


Ø  Pukul 8 pagi keesokan harinya.


“Argggghhh, dah pagi rupanya. Tak sabar rasanya nak pergi ke Kota Doni tu. Eh, mak masih tidur lagi? Betul la kata mak malam tadi. Rupanya mak  memang bangun lewat hari ni.” -bisik hati Azmi ketika melihat ibunya masih memejam mata.
“Mak , mak !! bangun la ! hari dah siang ni !” – jerit Azmi.
Azmi menggoyang-goyangkan badan ibunya supaya terjaga dari tidur.
“Mak, mak , kenapa tidur lagi ni ?!”
Puas dia menggerakkan ibunya, tetapi masih tidak bangun juga. Dia keluar bilik mencari atuknya. Azmi melihat atuknya sedang beristirehat di ruang tamu.
“Atuk, mak tak nak bangun? Dah puas Azmi gerakkan tapi tak nak bangun jugak !”
“Ha, biar betul ? Jarang nak tengok mak kamu ni bangun lewat. Takpe, biar atuk pergi gerakkan dia.”

“Qalisya, Qalisya. Bangun nak. Hari dah pagi ni. kejap lagi kita nak bertolak ke Kota Doni.”
Qalisya tetap tidak bangun dari tidur. Kulit muka Qalisya kelihatan sangat pucat, akhirnya Malib membuat keputusan untuk melihat gerak nadi dan pernafasan dari hidungnya.

“Atuk, kenapa atuk menangis?” – soal Azmi kehairanan.
“Mak kamu…..” – jawab Malib sayu.
“Kenapa dengan mak atuk?” – soal Azmi semakin pelik.
“Mak kamu dah meninggal dunia.”
“Ha? Mak ! Mak tak boleh mati ! Azmi masih kecik lagi ! Sudah la Azmi takde ayah , mak jangan tinggalkan Azmi pulak ! Mak dah janji malam tadi nak bawak Azmi jalan-jalan kan ?! Makkkkkkkkkkkkkk !!!!” – Azmi memberontak.
Azmi memeluk ibunya dengan erat, dia meraung sekuat hati. Melihat  tindak-balas Azmi,  Malib menepuk-nepuk belakang Azmi untuk ditenangkan. Malib turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa cucunya itu.

Tiada ulasan: