Dikarang Oleh : Mursyid Muda
Ibu Oh Ibu !
Menerima
cahaya mata adalah saat terindah buat mana-mana ibu yang melahirkan anak.
Walaupun melalui saat-saat sukar selama sembilan bulan sepuluh hari serta
melalui detik paling mencemaskan ketika melahirkan bayi tersebut, ia akan
hilang serta-merta setelah melihat bayi yang dilahirkan tersenyum ketika menatap
wajahnya. Ia terjadi juga terhadap Qalisya. Tetapi sakit yang dialaminya
sebulan yang lalu masih terasa hingga kini. Trauma ketika melahirkan bayi
tersebut masih terasa. Begitulah beratnya sakit kurnia dari tuhan ketika
melahirkan seorang anak yang sangat istimewa. Anak yang bakal menggegarkan dan membawa perubahan besar penduduk Kota Arked.
Dialah seorang bayi lelaki yang diberi nama ‘Azmi’ !
“Mari sini cucu atuk , biar
atuk dukung ya? Alalala, comelnya cucu atuk ni.”
Malib mengangkat Azmi dari
kendongan ibunya. Azmi tersenyum. Raut wajah bayi itu sangat comel.
“Ayah, bila kita nak adakan
kenduri kesyukuran ni?” - tanya Zikri.
“Ya tak ya juga. Dah sebulan
dia dilahirkan. Tapi masih belum buat kenduri kesyukuran lagi.”
“Apa kata kita buat malam
jumaat minggu depan?”
“Ayah pun fikir begitu
juga.”
“Kalau macam tu nanti aku
beritahu Abu tentang perkara ni. Bolehlah dia ajak kawan-kawan politik dia ke
majlis tu nanti.”
“Ha, eloklah tu. Bagus juga.
Sekurang-kurangnya mereka tau, kita dah ada seorang lagi ahli keluarga yang
baru. Hehhee” -ketawa Malib
“Heheee. Ayah, mintak sini
aku dukung. Nak jugak rasa bermanja-manja dengan anak buah kesayangan aku ni.”
– kata Zikri.
“Nah, pegang baik-baik.”
Ø Sebulan
kemudian di rumah Qalisya.
“Qalisya, umur budak ni dah
dua bulan.” – kata Riana.
“Ye la, sedar tak sedar, dah
dua bulan saya melahirkan Azmi.”
“Eh, dah cari ibu susuan dia
ke?”
“Hermm.belum lagi.”
“Ye la. Nanti kalau dah
diserahkan pada ibu susuan dia, boleh la awak bekerja cari nafkah untuk Azmi
nanti.”
“Itu lah. Takpe, esok boleh
Riana temankan saya cari ibu susuan dia?”
“Oh, boleh je. Nanti saya
bagi tau suami saya tentang perkara ni. Mintak izin dengan dia dulu.”
“Ye la. Nanti kalau jadi,
Riana datang la ke rumah ni ye?”
“Hehee, mestilah.”
“Eh, minum la air ni. Nanti
sejuk pulak.”
“Ok. Terima kasih.”
“Anak awak apa kabar? –
tanya Qalisya.
“Oh, dia sihat je. Seminggu
sekali ada juga menjenguk di rumah jagaan ibu susuan dia. Dah semakin berisi
badan dia. Rasa nak cubit-cubit je kalau tengok dia!!”
“Hehehee, ye ke? Kalau dah
habis tempoh jagaan dengan ibu susuan dia nanti, bawalah ke rumah ni. Saya nak
jugak tengok dia. Mesti comel kan? Ye la ibu dia kan cantik?”
“Heheehe. Terima kasih. Ye
la, nanti saya bawa dia ke sini ya.”
“Oh ya, muka dia mirip
siapa? Mirip Riana atau mirip wajah Adib ?”
“Hehee, alahh, mirip wajah
Adib. Ye la. Anak lelaki la katakan.”
“Hehhee, kacak la kalau dia
dah besar nanti ye?”
“Kalau kacak sangat nanti, takut
jadi 'buaya darat’ pulak. Hahaa !!”
“Hahaaa. Harap-harap jangan
la dia jadi nakal nanti ye? Kita sebagai ibu kena didik anak-anak kita supaya
jadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat.”
“Yurp, betul tu. Saya tak
nak dia jadi seperti orang-orang di tengah kota ni, terlalu ramai yang tak
bermoral ! Cukuplah apa yang saya telah
lalui sebelum ni. Bapak sendiri sanggup
jual anak dia kerana nak langsaikan hutang judi !”
“Hermm..ye la. Semoga jangan
berulang lagilah perkara yang macam tu pada generasi kita yang akan datang.”
“Harap-harap macam tu la.
Semoga ada insan yang dapat mengubah masyarakat kita ni menjadi lebih baik
akhlaknya.”
“Ye la. Banyak-banyaklah
kita berdoa kepada tuhan. Semoga dia menurunkan rahmat buat seluruh warga Kota
Arked ni.”
“Amin !!”
v Kampung
Raihan.
“Azmi, jangan nakal sangat
dengan ibu susuan kamu ni ya. Mak sayang Azmi. Jadilah anak yang baik untuk mak
dan juga ibu susuan kamu ni. Mak dah takde tempat nak bermanja dan berkongsi
kasih sayang lagi. Ayah kamu dah takde lagi.”
Qalisya menangis ketika
menatap wajah anaknya itu terimbas wajah arwah suaminya. Riana dan Delaila
hanya memandang sayu dua beranak itu dengan kerana kasihan melihat nasib yang
menimpa Qalisya.
“Sabarlah sahabatku Qalisya.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Kita sama-sama berdoa agar semuanya
akan berakhir dengan baik.”
“Herm….terima kasih Riana.
Saya pun harap macam tu juga.”
“Ye lah Riana. Saya janji
akan jaga dan sayang Azmi seperti anak kandung saya sendiri.”
“Terima kasih Delaila.”
“Sama-sama. Dah menjadi
tanggungjawab kita sebagai manusia.”
Qalisya dan Riana tersenyum
mendengar penjelasan dari Delaila itu.
Ø Tiga
tahun kemudian.
“Azmi , jom ikut mak?”
“Nak ke mana mak?”
“Mak nak ke kota. Nak beli
barang-barang sikit. Sambil tu boleh la kita jalan-jalan makan angin.”
“Jap..jap !.Azmi nak mandi
dulu, lepas tu nak pakai baju cantik-cantik !”
“Ye lah, anak mak ni ! Cepat
sikit ya, mak tunggu ni.”
“Ok !”
30 minit berlalu.
“Wah anak mak ni, pandai
pilih baju ye?. Kacaknya anak mak ni. mesti ramai budak perempuan yang terpikat
dengan Azmi nanti?”
“Hehehe, ye ke?”
“Ye lah. Jom kita bertolak
sekarang.”
“Jom, jom !! yea, yea, nak
keluar jalan-jalan, hehehe” – ketawa Azmi teruja.
Mendengar keletah dan ketawa
riang Azmi membuatkan hati Qalisya terasa sangat bahagia walaupun sudah
ketiadaan suaminya lagi. Mereka keluar ke rumah menuju ke pasar di
tengah-tengah Kota Arked.
“Eh, Riana ?!”
“Ha, Qalisya !”
“Kebetulan pulak y? Kita
jumpa di sini.”
“Ha, Azmi , apa kabar?” –
soal Riana.
“Sihat makcik.”
“Wah bukan main segak anak
awak ye Riana?” – tanya Qalisya.
“Takde lah makcik,
biasa-biasa je. Kairil takde la kacak sangat. Hehheeh” – jawab Kairil ketawa.
“Hehehe,
amboi pandai kamu menjawab ye?” Riana
mencelah.
“Hehehee, anak mak.” – jawab
Kairil.
“Dah alang-alang kita jumpa
ni, jom la kita jalan sama-sama.” -pelawa Riana.
“Ye lah. Tekak ni haus betul
la. Riana, jom kita pergi ke mana-mana gerai kedai minum.” – balas Qalisya.
“Oh, ok juga tu. Jom Kairil,
kita pergi minum dengan Azmi dan makcik Qalisya.”
“Jom, jom, jom !!” – jawab
Kairil teruja.
Kemesraan mereka berempat
menunjukkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Azmi dan Kairil main bersama-sama.
Adat kanak-kanak, tidak hilang daripada gurau-senda dan sentiasa riang gembira.
Setelah selesai minum, mereka semua berjalan-jalan sekitar kota mencari
barang-barang keperluan harian.
“Penatnya berjalan. Hari pun
dah petang ni. Rasanya elok kita balik dulu.”
“Ya lah Riana. Budak-budak
ni pun nampak macam da mengantuk je.”
“Herm, jom la kita balik.
Kairil, jom balik !”
Setelah kepenatan membeli-belah, mereka semua pulang menuju ke
rumah masing-masing untuk merehatkan diri.
v Bilik
Qalisya 10.25 malam.
“Azmi, sayang mak tak?”
“Sayanggg !!”
“Apa bukti Azmi sayang mak?”
“Nanti kalau Azmi dah besar,
Azmi akan bawa mak jalan-jalan. Kita pergi melancong jauh-jauh. Lepas tu nanti
Azmi belikan mak pakaian dan mainan, hehehehe.ok tak mak?”
“Hehehehee, pandai anak mak
ni. ok, mak pegang janji Azmi tu.”
“Mestilah pandai. Anak siapa
kan? Anak mak jugak .”
“Hermm, itu kalau Azmi dah
dewasa, kalau mak mati masa Azmi masih kecil lagi macam mana?” – soal Qalisya.
“Tak nak !! Azmi tak nak mak
mati ! kalau mak mati, Azmi nak ikut mak mati sekali !” – Azmi memberontak.
Qalisya menitiskan air mata
ketika mendengar jawapan Azmi.
“Jangan macam tu, Azmi tak
boleh ikut mak. Azmi mesti kena pandai jaga diri dan berdikari. Atuk kan ada ? Pakcik Zikri pun ada. Azmi ikutlah
mereka. Jagalah mereka kalau mereka dah tua nanti.”
“Mak jangan cakap macam tu.
Azmi tak nak mak mati. Azmi sayang mak…..”
Azmi memeluk ibunya dengan
erat. Dia menangis teresak-esak kerana terlalu sayangkan ibunya.
“Mak pun sayangkan Azmi
juga. Dah besar nanti, jangan nakal-nakal tau. Azmi mesti kene jadi anak yang
baik dan berguna untuk orang ramai. Azmi janji dengan mak ye?”
“Ya, Azmi janji. Azmi akan
jadi anak yang baik untuk mak.”
Kedua-dua anak dan ibu itu
menangis bersama-sama. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Qalisya
mengusap-usap ubun-ubun anaknya lantas mencium dahi dan pipi Azmi tanda sayang
kepada anak tunggalnya itu.
Ø Pada
keesokan harinya.
Seperti kanak-kanak yang
lain, Azmi juga seorang yang aktif. Dia
dan kanak-kanak yang lain dikejiranannya selalu ke luar bermain-main
berhampiran dengan kawasan rumah mereka.
“Fadhil, kau dah makan?”
“Dah.”
“Makan apa tadi?”
Makan roti bakar.”
“Oh, mesti sedap kan? Sarah,
kau pulak makan apa?”
“Sarah belum makan lagi.
Jarang makan pagi. Selalunya makan tengah hari terus.” – jawab Sarah.
“Oh, macam tu.”
“Ha, Azmi kita nak main apa
ye hari ni?” - tanya Fadhil.
“Kita main sembunyi-sembuyi
nak tak?”
“Oh, ok juga tu. Siapa yang
kene jadi tukang cari dulu?”
“Takpe, biar saya yang jadi
dulu. Saya pejam mata, lepas tu korang semua pergi la sembunyi. Nanti saya akan
cari sampai jumpa. Siapa yang saya jumpa dulu, dia la yang akan jadi ‘tukang
cari’ seterusnya. Tapi kalau orang yang kedua dapat cuit belakang badan saya
tanpa saya perasan, saya akan jadi ‘tukang cari’ sekali lagi. Hehhee.ok.” –
jelas Azmi teruja.
“Ok. Pejamlah mata sekarang
!” – jerit Fadhil.
Kanak-kanak di kejiranan
Azmi mempunyai hubungan yang sangat akrab. Biasanya, Azmi pasti akan dijadikan
ketua oleh rakan-rakan mereka apabila melakukan aktiviti. Begitulah cara
kehidupan Azmi ketika di zaman awal kanak-kanak. Kehidupannya sentiasa ceria
bersama kawan-kawan sekampung
.
Ø Beberapa
minggu selepas itu.
“Mana mak kau?” – tanya
Malib.
“Dia ada kat dapur tengah
masak, atuk.” – jawab Azmi.
“Oh, esok atuk nak ke Kota
Doni, jalan-jalan makan angin. Mak kamu ikut sekali. Azmi nak ikut tak?”
“Ha, jalan-jalan ?! Mesti la
nak ikut ! takkan la nak tinggal kat rumah sorang-sorang.” –kata Azmi teruja.
“Hahahaa, yelah cucu atok
ni.”
“Ayah, makanan dah siap
terhidang ni.Mari la kita makan.” – pelawa Qalisya.
“Oh, kejap-kejap. Ayah
tengah bermain dengan Azmi ni.” – jawab Malib.
“Alahh, esok-esok la kalau
nak main pun, dah malam ni.” – rungut Qalisya.
“Hehee, yelah. Ha, Azmi, mak
kamu dah panggil suruh makan tu. Jom kita ke dapur.” – pelawa Malib.
“Jom , jom !!!”
Dua jam selepas menikmati
makan malam, Azmi dan Qalisya masuk ke dalam bilik tidur.
“Mak, kita nak pergi
jalan-jalan kat mana esok?” – soal Azmi.
“Entahlah Azmi, kata atuk,
dia nak pergi jumpa sahabat dia di Kota Doni. Sampai kat sana nanti, ada
kenduri meraikan perkahwinan anak sahabat atuk tu.”
“Oh, mesti seronok kan mak?”
soal Azmi teruja.
“Ye la, nanti kita boleh
jumpa pakcik Tarmizi. Dia merupakan sahabat karib arwah ayah Azmi suatu ketika
dulu. Dia pindah ke sana. Dia ada bukak perniagaan minyak wangi. Dengar cerita
dah semakin maju sekarang ni.”
“Oh, ye ke?”
“Ye betul.Hermmm…jom la kita
tidur ? Mak dah ngantuk sangat ni. Kepala pulak rasa pening-pening. Eloklah mak
tidur dulu. Esok Azmi kena bangun awal pagi. Kalau Azmi dah bangun pagi esok
tapi mak masih tidur, kejutkan mak ye?” – kata Qalisya letih tak bermaya.
“Ok. Mestilah, Azmi pun dah
tak sabar nak pergi jalan-jalan esok ni !” – jawab Azmi teruja.
“Azmi, mak sayangggg Azmi
tau, sayang mak tak?”
“Mesti la sayang.”
“Jadi anak yang baik bila
dah besar nanti ye?”
“Baik mak.”
Kedua-dua anak-beranak itu
saling berpelukan sehingga tertidur.
Ø Pukul
8 pagi keesokan harinya.
“Argggghhh, dah pagi
rupanya. Tak sabar rasanya nak pergi ke Kota Doni tu. Eh, mak masih tidur lagi?
Betul la kata mak malam tadi. Rupanya mak memang bangun lewat hari ni.” -bisik hati Azmi
ketika melihat ibunya masih memejam mata.
“Mak , mak !! bangun la !
hari dah siang ni !” – jerit Azmi.
Azmi menggoyang-goyangkan
badan ibunya supaya terjaga dari tidur.
“Mak, mak , kenapa tidur
lagi ni ?!”
Puas dia menggerakkan
ibunya, tetapi masih tidak bangun juga. Dia keluar bilik mencari atuknya. Azmi
melihat atuknya sedang beristirehat di ruang tamu.
“Atuk, mak tak nak bangun? Dah
puas Azmi gerakkan tapi tak nak bangun jugak !”
“Ha, biar betul ? Jarang nak
tengok mak kamu ni bangun lewat. Takpe, biar atuk pergi gerakkan dia.”
“Qalisya, Qalisya. Bangun
nak. Hari dah pagi ni. kejap lagi kita nak bertolak ke Kota Doni.”
Qalisya tetap tidak bangun
dari tidur. Kulit muka Qalisya kelihatan sangat pucat, akhirnya Malib membuat
keputusan untuk melihat gerak nadi dan pernafasan dari hidungnya.
“Atuk, kenapa atuk
menangis?” – soal Azmi kehairanan.
“Mak kamu…..” – jawab Malib
sayu.
“Kenapa dengan mak atuk?” –
soal Azmi semakin pelik.
“Mak kamu dah meninggal dunia.”
“Ha? Mak ! Mak tak boleh
mati ! Azmi masih kecik lagi ! Sudah la Azmi takde ayah , mak jangan tinggalkan
Azmi pulak ! Mak dah janji malam tadi nak bawak Azmi jalan-jalan kan ?! Makkkkkkkkkkkkkk
!!!!” – Azmi memberontak.
Azmi memeluk ibunya dengan erat,
dia meraung sekuat hati. Melihat
tindak-balas Azmi, Malib
menepuk-nepuk belakang Azmi untuk ditenangkan. Malib turut menitiskan air mata
mengenangkan nasib yang menimpa cucunya itu.