Rabu, 16 November 2011

22 JENIS MAKANAN UNTUK CEPAT JADI GENIUS





Sumber : sioloon.com



Pada kali ini kami ingin tampilkan formula pemakanan orang-orang genius muslim pada zaman silam yang telah menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.


Formula ini disimpan rapi di dalam kitab- kitab tradisional yang menggunakan bahasa arab.


Walaupun ia amat bagus, namun formula ini telah tersembunyi daripada pengetahuan orang-orang arab dan umat Islam di seluruh dunia. Namun sejak akhir-akhir ini telah wujud usaha-usaha untuk menampilkan semula kepada umum. 


Pada abad ke-21 ini telah wujud kecenderungan dikalangan ilmuan Islam dan bukan Islam di peringkat antarabangsa untuk mengkaji dan menguji keaslian formula ini. Ini telah didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya khususnya terhadap susu, madu dan telur. 

Berikut adalah formula pemakanan para genius muslim yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan manusia :



1) MADU 


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya

sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. 


Ia adalah makanan untuk
kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, 
mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. 

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. 


Rasullullah s. a. w bersabda, 
"Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".


Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!




2) KISMIS 



Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke dalam otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



CARA MAKAN :



 i) Menghadap Kiblat
 ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) 
iii)Baca doa penerang hati 
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. 
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.




3) SUSU SEGAR 


Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, 
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.


Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s. a. w menerangkan susu boleh menguatkan
belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari
penyakit lupa. 


Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat
dari susu debu.

CARA
MINUM : 


i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s. a.w.




4) TELUR 


Bermanfaat
untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. 


Sabda Nabi s. a. w,

"Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah
kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.





5) HALIA 


Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : 


Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.




6) LIMAU OREN 


Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.  Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.





7) BUAH DELIMA 


Untuk penerang hati. 


Sabda Nabi s. a. w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."




8) DAGING BURUNG MERPATI 


Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. 


Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.






9) OTAK AYAM 


Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.






10) DAGING AYAM 


Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.


Abu Musa r. a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.




11) DAGING BIRI-BIRI 


Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.





12) HATI 


Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan 
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.




13) KEKACANG 


Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. 


Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.




14) BUAH BADAM 

Untuk meningkatkan kecerdasan.





15) ZA'FARAN : 

KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) 

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai- kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.





16) KEMENYAN PUTIH 


(kemenyan serani/luban/kundar) 
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.






17) BUNGA KOBIS 


Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.






18) BUNGA CENGKEH 


Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.





19) LABU 


Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w. 


"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.





20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.




21) MINYAK SAPI 


Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.




22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR 


Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Kuasa Minda : Sarapan Pisang



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:


Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ?The New England Journal of Medicine?, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, ?Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!?
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan. dengan kain kering. Menakjubkan!